Belanjawan 2021 (6 Nov 2020, 4PM)

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,233
Reaction score
12,114
Points
1,906
1607585276703.png


Dewan Rakyat lulus usul potong RM45 juta peruntukan Jasa
Diterbitkan Hari ini 3:11 pm


PARLIMEN | Dewan Rakyat meluluskan usul untuk memotong RM45 juta daripada peruntukan berjumlah RM85.5 juta buat Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) atau dahulunya dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) hari ini.

Usul itu diluluskan secara undian suara dan dikemukakan oleh Timbalan Menteri Kewangan I Abd Rahim Bakri untuk meminda jumlah peruntukan dalam Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021.
Undian suara dibuat selepas perbahasan ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

"Saya ingin menarik perhatian ahli-ahli parlimen, penolakan usul ini akan menyebabkan jumlah yang diluluskan kembali kepada jumlah yang asal iaitu RM85.5 juta.

“Oleh sebab itu sokongan ahli Yang Berhormat adalah sangat penting bagi membolehkan penubuhan J-Kom dengan perbelanjaan yang cost effective(berpatutan) dengan RM45.5 juta,” katanya dalam ucapan penggulungannya.

Terdahulu, penubuhan semula jabatan itu, yang dikenali sebagai penyebar propaganda kerajaan BN, mengundang kritikan hebat pelbagai pihak, termasuk pembangkang yang antara lain berkata dana itu boleh digunakan untuk tujuan lebih penting di tengah-tengah penularan Covid-19.

Jabatan itu dimansuhkan ketika pentadbiran PH.
Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata nama jabatan itu akan ditukarkan kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) dengan peranan dan fungsi berbeza.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,233
Reaction score
12,114
Points
1,906
Lim berkata langkah itu hanya akan menelan belanja RM6.4 bilion dan dapat membantu 8 juta individu dan syarikat.

Lanjutan automatik moratorium pinjaman B40, M40 penting, kata Guan Eng




December 12, 2020 1:37 PM


PUBLIC_LINEUP_SOCIAL_DISTANCING_BPN_BANK_MCO_COVID19_S_FMT_21042020-3.jpg

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, lanjutan moratorium pinjaman bank secara selepas 30 Sept hanya membantu 645,000 peminjam atau 8% daripada 8 juta peminjam.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencadangkan lanjutan secara automatik moratorium pembayaran pinjaman bank kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) selama 6 bulan selepas 30 Sept.

Beliau berkata, langkah itu hanya akan menelan belanja RM6.4 bilion dan dapat membantu 8 juta individu dan syarikat Malaysia.

“Ini berbanding dengan pelanjutan secara bersasar moratorium pinjaman bank dan bantuan bank sekarang selepas 30 Sept yang hanya membantu 645,000 peminjam, bersamaan dengan hanya 8% daripada 8 juta peminjam sebelum ini.

“Ini hanya menguntungkan institusi kewangan yang memanjangkan tempoh pembayaran pinjaman, seterusnya menyebabkan peminjam perlu membayar jumlah bayaran faedah yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.


Lim-guan-eng-ms-121220.jpg
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng

Lim berkata industri perbankan mencatatkan keuntungan sebanyak RM32 bilion pada tahun 2019 walaupun dilandai krisis Covid-19.

Katanya, pada tahun ini bank terus mencatatkan keuntungan tanpa sebuah pun yang mengalami kerugian.

Dalam pada itu, Lim berkata pakej rangsangan ekonomi tambahan sebanyak RM45 bilion dalam Belanjawan 2021 amat diperlukan bagi menyelamatkan pekerjaan berikutan kenaikan kadar pengangguran yang tidak dijangka kepada 4.7% dan penguncupan Indeks Pengeluaran Industri (IPI) sebanyak 0.5% pada Okt lalu.

Katanya, penguncupan IPI tahun ke tahun pada Okt sebanyak 0.5% adalah satu kejutan berikutan pertumbuhan 3 bulan berturut-turut pada Julai, Ogos dan September ketika negara menghadapi kesan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

“Jelas bahawa pemulihan ekonomi yang diharapkan daripada peningkatan pertumbuhan ekonomi dan perdagangan global terbantut di Malaysia dan semakin kurang kesannya.
“Bukan sahaja IPI menguncup, tetapi terdapat penurunan mendadak dalam pembentukan modal tetap kasar Malaysia sebanyak 11.6% pada suku ketiga tahun ini.

“Penurunan mendadak ini akan memberi kesan buruk kepada keyakinan ekonomi terhadap pertumbuhan masa depan dan merosakkan daya saing Malaysia kerana negara lain di Asia tidak mengalami fenomena yang sama,” katanya.

Lim berkata tambahan RM45 bilion dalam Belanjawan 2021 diperlukan bagi mewujudkan sumber baru pertumbuhan ekonomi dan memperlahankan pemberhentian pekerjaan, kehilangan pekerjaan dan penutupan perniagaan.

“Perlu ada pelaksanaan segera kenaikan bantuan bulanan kebajikan masyarakat daripada RM200-300 menjadi RM1,000, termasuk kepada golongan penganggur yang dijangka mencecah 1 juta rakyat, yang akan menelan belanja RM12 bilion setahun.

“Ini akan menyediakan jaringan keselamatan segera kepada pekerja yang menganggur sepanjang tempoh krisis Covid-19,” katanya.

Lim juga berkata, insentif pengambilan pekerja untuk jangka masa 2 tahun di bawah skim [email protected] dengan bayaran RM500 sebulan kepada pekerja dan RM300 kepada majikan bagi mendorong majikan mengambil pekerja tempatan seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan (PH) dalam Belanjawan 2020.

Beliau berkata, langkah memperluaskan skim itu untuk merangkumi 600,000 pekerja dan majikan akan menelan belanja RM13 bilion.
“Ini juga dapat membantu lebih daripada 500,000 belia yang menganggur.

“Baki RM4 bilion harus dibelanjakan untuk mendigitalisasikan pendidikan, termasuk membeli komputer riba bagi menyediakan pembelajaran atas talian bagi pelajar yang tidak dapat menghadiri sekolah.

“Bantuan kewangan berjumlah RM10 bilion harus diberikan untuk memberi talian hayat kepada perniagaan baru dan sedia ada, lanjutan pinjaman dan kredit, terutamanya untuk industri pelancongan yang sedang lumpuh,” katanya.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,233
Reaction score
12,114
Points
1,906
KATA MP | Antaranya, kenaikan bantuan bulanan daripada RM200-300 menjadi RM1,000, termasuk kepada penganggur Malaysia yang dijangka mencecah sejuta orang.

1607752901275.png


Belanjawan 2021: DAP cadang pakej rangsangan RM45 bilion
Lim Guan Eng
Diterbitkan Hari ini 10:29 am



KATA MP | Pakej Rangsangan Ekonomi tambahan sebanyak RM45 bilion untuk Belanjawan 2021 amat diperlukan demi menyelamatkan pekerjaan berikutan kenaikan kadar pengangguran yang tidak dijangka kepada 4.7 peratus dan penguncupan IPI sebanyak 0.5 peratus pada Oktober 2020.

Jabatan Perangkaan (DOSM) baru-baru ini mengumumkan terdapat 748,200 orang penganggur pada bulan Oktober, iaitu peningkatan 0.1 peratus kepada 4.7 peratus pada bulan Oktober berbanding 4.6 peratus pada bulan September.

Penguncupan IPI tahun-ke-tahun (y-o-y) pada Oktober 2020 sebanyak 0.5 peratus adalah satu kejutan berikutan pertumbuhan tiga bulan berturut-turut pada bulan Julai, Ogos dan September, ketika negara ini menghadapi kesan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

DOSM mengatakan sebelum penguncupan 0.5 peratus IPI pada Oktober 2020, IPI bertumbuh 1.2 peratus pada bulan Julai, 0.2 peratus pada bulan Ogos dan 1 peratus pada bulan September.

Ramai yang mengharapkan pengangguran menurun dan IPI terus bertumbuh pada bulan Oktober berikutan pelonggaran sekatan pergerakan Covid-19.

748,2000 orang penganggur ini sepadan seperti ramalan Menteri Sumber Manusia M Saravanan bahawa 1 juta rakyat Malaysia yang menganggur menjelang bulan September termasuk sektor tidak formal, lepasan sekolah dan graduan baru universiti.



212599c2bcc19def43ba7f1dd1242a1a.jpg



Jelas bahawa pemulihan ekonomi yang diharapkan daripada peningkatan pertumbuhan ekonomi dan perdagangan global telah terbantut di Malaysia dan semakin kurang kesannya.

Bukan sahaja IPI menguncup, tetapi terdapat penurunan mendadak dalam pembentukan modal tetap kasar Malaysia sebanyak 11.6 peratus pada suku ketiga tahun ini.

Penurunan mendadak ini akan memberi kesan buruk kepada keyakinan ekonomi terhadap pertumbuhan masa depan dan merosakkan daya saing Malaysia, kerana negara-negara lain di Asia tidak mengalami fenomena yang sama.

Oleh itu, tambahan RM45 bilion untuk Belanjawan 2021 diperlukan demi mewujudkan sumber baharu pertumbuhan ekonomi dan memperlahankan pemberhentian pekerjaan, kehilangan pekerjaan dan penutupan perniagaan. RM45 bilion itu harus digunakan untuk menghadapi lima teras utama.

Lima teras utama pakej rangsangan ekonomi RM45 bilion:

Pertama, perlu ada pelaksanaan segera kenaikan bantuan bulanan kebajikan masyarakat daripada RM200-300 menjadi RM1,000, termasuk kepada golongan penganggur yang dijangka mencecah 1 juta rakyat Malaysia, yang akan menelan belanja RM12 bilion setahun.

Ini akan menyediakan jaringan keselamatan segera kepada pekerja yang menganggur sepanjang tempoh krisis Covid-19.

Kedua, pelanjutan secara automatik moratorium pembayaran pinjaman bank, tidak termasuk golongan 20 peratus teratas, selama 6 bulan selepas 30 September, yang akan menelan belanja RM6.4 bilion dan dapat membantu 8 juta individu dan syarikat Malaysia.

Ini berbanding dengan pelanjutan secara bersasar moratorium pinjaman bank dan bantuan bank sekarang selepas 30 September, yang hanya membantu 645,000 peminjam, bersamaan dengan hanya 8 peratus daripada 8 juta peminjam sebelum ini.

Ini hanya menguntungkan institusi kewangan yang memanjangkan tempoh pembayaran pinjaman, seterusnya menyebabkan peminjam perlu membayar jumlah pembayaran faedah yang lebih tinggi.

Hakikatnya ialah industri perbankan mencatatkan keuntungan sebanyak RM32 bilion pada tahun 2019 dan walaupun dilandai krisis Covid-19 pada tahun 2020, terus mencatatkan keuntungan tanpa sebuah bank pun mengalami kerugian.

Ketiga, insentif pengambilan pekerja untuk jangka masa dua tahun, di bawah skim [email protected] dengan RM500 sebulan kepada pekerja dan RM300 sebulan kepada majikan bagi mendorong majikan mengambil pekerja tempatan seperti yang dicadangkan oleh PH dalam Belanjawan 2020.

Memperluas skim ini untuk merangkumi 600,000 pekerja dan majikan Malaysia akan menelan belanja RM13 bilion. Ini juga dapat membantu lebih daripada 500,000 belia yang menganggur.



Keempat, baki RM4 bilion harus dibelanjakan untuk mendigitalisasikan pendidikan termasuk membeli komputer riba bagi menyediakan pembelajaran atas talian bagi pelajar yang tidak dapat menghadiri sekolah.



6b95cc1ce46600e8fa1f45d3dddee49c.jpg



Pendidikan Malaysia mengalami krisis tahun ini, apabila pelajar hanya bersekolah selama empat bulan.

Kehilangan latihan sumber manusia tidak dapat diukur. Pelajar Malaysia harus diberi pilihan untuk belajar secara atas talian.

Kelima, pemberian kewangan berjumlah RM10 bilion harus diberikan untuk memberi talian hayat kepada bagi perniagaan baru dan sedia ada, lanjutan pinjaman dan kredit, terutamanya untuk industri pelancongan yang sedang lumpuh.

Bagi industri pelancongan sahaja, untuk 9 bulan pertama tahun ini, Malaysia kehilangan RM54 bilion hasil pulangan pelancongan berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Bukan industri pelancongan sahaja yang bergantung kepada "sokongan hidup", industri lain juga turut menderita.

Kerunsingan kini meningkat terhadap wujudnya pertumbuhan ekonomi yang positif untuk suku akhir tahun ini dan pertumbuhan ekonomi 7.5 peratus tahun depan seperti yang diramalkan oleh Kerajaan Persekutuan PN.

Kerajaan harus membantu dengan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM45 bilion yang serupa untuk tahun depan jika kita ingin menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan dan menyekat kadar pengangguran merosot kepada paras tertinggi 5.3 peratus sebelum ini pada Mei 2020 semasa kawalan pergerakan seluruh negara Covid-19.



LIM GUAN ENG ialah Ahli Parlimen Bagan merangkap Setiausaha Agung DAP.



 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,233
Reaction score
12,114
Points
1,906
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

32m ·

i-SINAR KWSP DAN MORATORIUM: PEMUDA UMNO KUMPUL DAN SERAH ADUAN RAKYAT KEPADA KEMENTERIAN KEWANGAN

Setelah Menteri Kewangan berjanji dalam penggulungan belanjawan 2021 untuk memenuhi tuntutan BN bagi pengeluaran dari Akaun 1 KWSP dan lanjutan Moratorium pinjaman secara automatik, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah menyediakan dua hotline bagi memantau aduan rakyat mengenai perlaksanaannya.

Sejak dilancarkan, kami telah menerima lebih 2,000 keluhan, rintihan dan aduan rakyat dari pelbagai medium, baik di media sosial seperti facebook dan twitter, whatsapp dan panggilan telefon.

Walaupun skim i-Sinar telah ditambahbaik beberapa kali, pendirian PEMUDA UMNO ialah kriteria/syarat yang ditetapkan untuk permohonan di bawah kategori 2 adalah tidak adil dan tidak wajar.

PEMUDA UMNO tegas bahawa kriteria/syarat ini haruslah dimansuhkan sepenuhnya supaya ahli KWSP yang berada dalam kesusahan dan memerlukan akses kepada simpanan mereka dibenarkan untuk membuat pengeluaran sehingga RM10,000 dalam tempoh masa yang paling singkat.

Demikian juga perihal Moratorium, setelah menerima beberapa laporan daripada mereka yang pernah memohon bank untuk memberi lanjutan moratorium pinjaman, PEMUDA UMNO pecaya bahawa terdapat bank-bank tertentu yang tidak mematuhi apa yang dijanjikan Menteri Kewangan.

Antara aduan yang diterima daripda orang awam termasuklah bank tidak memberi jawapan kepada pemohon dalam tempoh yang munasabah, bank masih memerlukan pelbagai dokumen sokongan diserah walaupun Menteri Kewangan berjanji kelulusan adalah automatik bagi golongan B40, M40 dan Perniagaan Kecik & Sederhana (PKS) dan tempoh bayaran pinjaman ditambah sehingga dua hingga empat tahun lagi bagi mereka yang meminta moratorium.

PEMUDA UMNO meminta orang ramai yang mengalami sebarang masalah semasa meminta lanjutan moratorium pinjaman dan pengeluaran KWSP untuk terus menyalurkan aduan secara terperinci.

InsyaAllah, PEMUDA UMNO akan kumpulkan semua aduan terhadap masalah-masalah yang diterima kepada piham Kementerian Kewangan.

1607906302912.png
 

sazleej

Fun Poster
Joined
Jun 15, 2008
Messages
901
Reaction score
6
Points
15
Harap dapat la moratorium ni.. boleh buat bekal.. huhuhuhu
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,233
Reaction score
12,114
Points
1,906
Guan Eng tanya apa sudah jadi dengan Dana Covid-19

15 January 2021

MGF17092020_CERAMAH-WARISAN-PLUS09.jpg

Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – DAP mempersoalkan apa sudah jadi dengan Dana Covid-19 bernilai RM17 bilion yang diluluskan dalam Belanjawan 2021 sehingga Kementerian Kesihatan menghentikan pelaksanaan yang lengkap dan menyeluruh 3T – saringan, pengesanan dan rawatan.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, tanpa 3T, lebih ramai rakyat Malaysia akan dijangkiti Covid-19 dan lebih banyak nyawa akan terkorban dengan sia-sia.


Menurutnya, soalan ini sepatutnya dapat diajukan di Parlimen tetapi setelah penggantungan Parlimen yang menimbulkan pelbagai persoalanan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, negara mungkin tidak tahu jawapannya.

Oleh sebab itu, katanya, penggantungan ini harus dibatalkan dan Parlimen perlu bersidang segera, untuk mengakhiri ketidakmampuan dan ketidakcekapan tersebut dan sebaliknya memberikan sumber dan sokongan yang sangat diperlukan kepada wira barisan hadapan negara.

Tegasnya, bahaya tidak melakukan ujian saringan lengkap pada semua kontak rapat dan individu yang tidak bergejala adalah sangat benar kerana pesakit tanpa gejala boleh menjadi bergejala kemudian dan menyebarkan virus.

”Para saintis di Amerika Syarikat telah menemui bahawa penularan daripada individu tanpa gejala dianggarkan menyumbang 59% daripada semua penularan Covid-19. Ini dapat dilihat di Hospital Besar Pulau Pinang dengan peningkatan jumlah pesakit Covid-19 yang berusia, yang dijangkiti oleh anggota keluarga mereka yang lebih muda dan tidak mempunyai gejala,” ujarnya di sini.

Baru-baru ini Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan ujian saringan tidak lagi dilakukan pada setiap individu yang dikenal pasti sebagai kenalan rapat dengan pesakit positif Covid-19, sebaliknya hanya menyaring mereka yang menunjukkan gejala.
Dalam pengesanan kontak yang melibatkan kluster jangkitan, hanya sejumlah sampel yang akan diambil dan bukan setiap kontak dekat disaring seperti sebelum ini.

Pekeliling Kementerian Kesihatan menyatakan memadai untuk mengambil 20 sampel jika jumlah individu yang terdedah dalam kelompok kurang dari 50.
Sekiranya jumlahnya melebihi 50, maka memadai mengambil 30 sampel atau 10 peratus atau mana-mana yang lebih rendah.

Guan Eng mendakwa kelonggaran ujian saringan penuh yang melibatkan semua kontak rapat tanpa gejala ini akibat daripada sistem penjagaan kesihatan yang tidak mampu untuk menangani lonjakan jumlah pesakit Covid-19.

”Ini menimbulkan isu ketidakcekapan Menteri Kabinet dan kesiapsiagaan mereka yang lemah dalam memberikan sokongan penuh kepada wira barisan hadapan negara dalam pertempuran hidup dan mati melawan Covid-19.

”Sumber yang mencukupi, baik daripada segi tenaga kerja ataupun peralatan, sepatutnya tersedia untuk wira barisan hadapan negara untuk melaksanakan 3T iaitu saringan, pengesanan dan rawatan, yang merupakan paling berkesan dalam membendung penularan Covid-19,” tambahnya.

Soalnya lagi, apa gunanya meluluskan RM17 bilion untuk dana Covid-19 dalam Belanjawan 2021 jika tidak dikerahkan dan digunakan sepenuhnya.- MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,233
Reaction score
12,114
Points
1,906
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

1j ·

PKP 2.0: PERMUDAHKANLAH MORATORIUM UNTUK RAKYAT!

Jika Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam juga memperakui keupayaan kewangan bank-bank masih kukuh untuk menawarkan Moratorium, apa salahnya pihak Bank dan Institusi Kewangan menzahirkan sifat tanggungjawab sosial korporat mereka sekali lagi di kala rakyat sedang lalui saat sukar berhadapan dengan PKP 2.0 untuk perangi COVID-19?

Mohon sangat agar pihak Kerajaan khususnya Kementerian Kewangan dapat menyelaras dan memastikan bank-bank dan institusi-institusi kewangan dapat menawarkan moratorium kepada rakyat sempena PKP 2.0 ini.

Ramai yang benar-benar susah dan terkesan teruk akibat perlaksanaan PKP 2.0 yang sememangnya tidak dapat dielakkan untuk tangani kes-kes Covid-19 yang meningkat dan makin meruncing.

Jangan pula cuba mengambil kesempatan dalam kesempitan rakyat dengan mengenakan caj-caj tambahan mahupun menggandakan keuntungan terakru hingga menambah beban pelanggan hanya kerana menawarkan penangguhan bayaran ansuran dan bukannya pelupusan bayaran.

Apakah kalian setuju dengan pandangan ini?

#PemudaJurubicaraRakyat

1610845774895.png
 
Sponsored Post
Top
Log in Register