Belanjawan 2021 (6 Nov 2020, 4PM)

CG Sponsors




midi2020

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
4,807
Reaction score
111
Points
33
Betoi
Pkr dap pun patut tolak
Yg nampak tolak skrg amanah n pejuwang je
ko tulis 'pejuwang'.. satu gelaran yg buruk untuk parti Pejuang.. maknanya ko tak suka parti Pejuang..
ironi betul, ko tak suka Pejuang tapi ko setuju dengan tindakan yg diambil Pejuang menolak belanjawan yg di dalamnya ada peruntukan untuk JASA..
baguslah, macam yg cek mek pernah post..
"ini bukan tentang ideologi, ini tentang kesan kepada rakyat"
yg baik kita sokong.. yg buruk kita tolak.. tak kiralah pembangkang, UMNO, PAS atau Bersatu..
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,867
Reaction score
12,064
Points
1,906
Najib Razak



1m ·

"Pakar ekonomi" merangkap penasihat ekonomi rasmi kepada PM7 sepanjang tempoh rejim Gagalkrasi PH jahanamkan ekonomi yang juga adik ipar Tun Daim kata semalam bahawa skim pengeluaran KWSP tidak masuk akal.

Dia kata ianya lebih elok untuk kerajaan memberi elaun bulanan kepada semua golongan B40 dan M40 sebab "Jepun buat, Singapura pun buat".

Eh.. Jepun dan Singapura pun ada GST. Yang korang batalkan kenapa pula?

Jika tak batal dan rejim PH tak tambah hutang RM140 bilion, tak jarah RM84 bilion dan kurangkan hasil kerajaan sebanyak RM20 bilion setiap tahun, sudah tentu lebih banyak bantuan boleh diberi kepada Rakyat pada zaman pandemik ini.

Sembang je pandai.

Lagipun, "pakar ini" langsung tak faham kenapa ramai Rakyat mahu bayaran pertama sebagai lump-sum.

Sebab itu, bayaran elaun bulanan tidak mungkin memenuhi kehendak ini.

1606875219215.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,867
Reaction score
12,064
Points
1,906
1606916083150.png


'Anwar hilang sokongan sebagai calon PM jika gagal tolak belanjawan'


Diterbitkan Hari ini 9:18 pm

Dikemaskini Hari ini 9:18 pm


Beberapa penganalisis politik menyifatkan kredibiliti Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim akan tercalar sekiranya pembangkang gagal menolak Belanjawan 2021.


Malah, menurut Dr Nuurrianti Jalli, Anwar akan kehilangan sokongan dalam Pakatan Harapan (PH) sebagai calon perdana menteri sekiranya Belanjawan 2021 kerajaan PN diluluskan.



“Pada pendapat saya, jika dia (Anwar) gagal menolak Belanjawan 2021, Anwar mungkin akan kehilangan sokongan dari penyokongnya di dalam Pakatan Harapan (PH) sebagai calon perdana menteri mereka, malah juga boleh meragukan sokongan penyokong PH di luar parlimen.


“Sekarang, situasi adalah sokongan lebih banyak berpihak kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan dasar Belanjawan 2021 juga telah banyak memberi tumpuan kepada kesan Covid-19 kepada rakyat.


“Ini juga meningkatkan keyakinan di kalangan penyokong kerajaan sedia ada malah mungkin akan menarik penyokong baru,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Nurrianti turut berpandangan, ketika ini, Anwar tiada usul jelas atau asas untuk menentang belanjawan tersebut.

“Sekarang ini pada pendapat saya, Anwar tiada usul yang jelas dan apakah cadangan yang lebih baik sebagai asas tentangan Belanjawan 2021, ada sesetengah pemerhati hanya melihat Anwar sebagai bunyi bising di Parlimen tetapi tidak memberi kesan yang kuat terhadap perubahan polisi atau contohnya perubahan belanjawan.

“Namun kiritikan pembangkang (Anwar) itu perlu, untuk memastikan parlimen ada elemen semak dan imbang,” jelasnya lagi.
Kredibiliti tercalar

Senada dengan Nurrianti, penganalisis politik Arif Anwar Lokmanol Hakim turut menyatakan sekiranya Anwar gagal menolak belanjawan, keyakinan ahli PH terhadapnya juga akan berkurangan.

“Dengan (Anwar) gagal menolak belanjawan, ia pasti calar kredibiliti Anwar untuk terus jadi calon perdana menteri atau mengemudi pilihan raya umum (PRU15) nanti.

“Jika dari gabungan parti PH mula mempertikaikan hal itu (sokongan Anwar). Ia akan jadi dan sudah tentu keyakinan ahli PH kepada Anwar makin berkurangan,”jelasnya.

Setakat ini, Belanjawan 2021 telah memasuki peringkat kedua, iaitu pengundian jawatankuasa.

fa6de2228ecac1a1e168986367f5e797.jpg



Meskipun terdapat cadangan dari pembangkang untuk membuat undian secara belah bahagi buat beberapa peruntukan kementerian, namun sehingga tujuh pusingan undian, pembangkang masih tidak berjaya memenangi satu pun undi belah bahagi berkenaan.

Pada peringkat dasar, terdapat cubaan dari pembangkang untuk membuat pengundian secara belah bahagi. Bagaimanapun, hal itu tidak berjaya setelah tidak mendapat sokongan 15 anggota parlimen yang diperlukan bagi proses itu dilakukan.

Anwar, yang sebelum ini tidak menyokong undian belah bahagi di peringkat dasar mengakui, dia telah meminta Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk tidak menyokong cara pengundian tersebut.

Ini kerana kata Anwar, dia tidak mahu dilihat menolak insentif baru yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Terdapat juga ahli parlimen yang berkata, Anwar bertindak demikian kerana enggan mendedahkan jumlah sokongan majoriti yang dimilikinya.

Beberapa anggota parlimen yang tidak mahu dinamakan sebelum ini berkata, Anwar yang juga merupakan presiden PKR telah berjanji untuk melepaskan jawatannya sebagai ketua pembangkang di parlimen jika gagal membuktikan dia memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, penganalisis dari Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Rusdi Omar pula berpandangan sebaliknya.
Menurutnya, ini demikian kerana sokongan Anwar sukar diukur melalui belanjawan ini.

“Tak nampak ia akan memberikan kesan kepada Anwar kerana Belanjawan 2021 perlu diluluskan bagi menyelesaikan isu kritikal seperti isu kesihatan, isu rakyat dan ekonomi.

“Tiada kena mengena dengan sokongan majoriti yang diterimanya dan populariti individu sukar diukur melalui belanjawan ini,” katanya lagi.

 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
21,206
Reaction score
2,045
Points
206
Boleh tolak dah belanjawan ni
Harap pkr, dap dapat ikut pejuwang n amanah tolak Belanjawan
 

KLVIPER

Legendary Member
Joined
Mar 31, 2008
Messages
16,678
Reaction score
540
Points
161
ko tulis 'pejuwang'.. satu gelaran yg buruk untuk parti Pejuang.. maknanya ko tak suka parti Pejuang..
ironi betul, ko tak suka Pejuang tapi ko setuju dengan tindakan yg diambil Pejuang menolak belanjawan yg di dalamnya ada peruntukan untuk JASA..
baguslah, macam yg cek mek pernah post..
"ini bukan tentang ideologi, ini tentang kesan kepada rakyat"
yg baik kita sokong.. yg buruk kita tolak.. tak kiralah pembangkang, UMNO, PAS atau Bersatu..
PH ada peluang untuk gagalkan budget tapi taknak ambil peluang. Jika budget gagal, PN jatuh.
Tapi anwar ni banyak retorik, cakap ada majoriti tapi tak jadi apa2 pun.
Blunder paling besar dari anwar bila yakin mp umno sokong dia. Tu yang yakin pn jatuh.
Tapi hangat hangat taik ayam je.

Kena ingat, jika budget gagal, parlimen bubar. Muhyidin bukannya kuat pun. Tapi Anwar yang terlampau lemah
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,867
Reaction score
12,064
Points
1,906
#BHnasional Butiran 11 Belanjawan 2021 biaya langkah tambahan termasuk biaya selenggara sekolah tahfiz, pondok berdaftar
https://bit.ly/3olqJqa
#Belanjawan2021

RM100 juta untuk selenggara sekolah tahfiz, pondok, SAR

Disember 3, 2020 @ 10:51am


05hmTENGKU_ZAFRUL_TENGKU_ABDUL_AZIZ1_1606964182.jpg

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan penyelenggaraan sekolah tahfiz, sekolah pondok berdaftar dan sekolah agama rakyat pada 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata peruntukan itu disediakan menerusi Butiran B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan di bawah butiran 021300 - Pemberian Kemudahan Projek Khas.

"Butiran B11 disediakan RM922 juta, berdasarkan amalan digunakan untuk membiayai langkah tambahan diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2021.



"Antara langkah ucapan belanjawan turut dibiayai bawah peruntukan ini ialah keperluan tambahan RM120 juta bagi penambahbaikan Rancangan Makanan Tambahan bagi pelajar miskin," katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Teo Nie Ching (PH-Kulai) mengenai butiran dan program di bawah Bekalan 11, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021.
Zafrul berkata, peruntukan sama turut membabitkan geran padanan bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan 'social enterprise' bernilai RM100 juta terutamanya bagi program peningkatan pendapatan golongan rentan.

"Selain itu ia bagi menangani isu sosial seperti penderaan kanak-kanak dan gelandangan, serta pelbagai langkah menyumbang kepada kesejahteraan rakyat.
"Ia termasuk perluasan subsidi pengangkutan awam bas, geran untuk Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), pusat aktiviti warga emas dan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bergerak bagi pedalaman Sabah dan Sarawak," katanya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,867
Reaction score
12,064
Points
1,906
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggunakan sejumlah RM1.167 bilion bagi menangani pandemik Covid-19. - Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang
#MalaysiaGazette
 
Sponsored Post
Top
Log in Register