Belanjawan 2021 (6 Nov 2020, 4PM)

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,689
Reaction score
11,931
Points
2,376
FB_IMG_1591970852499.jpg

FB_IMG_1591970861694.jpg

TERKINI | Pembentangan Belanjawan 2021 ditunda daripada Jumaat, 2 Oktober 2020 kepada Jumaat 6 November 2020

Turut ditangguhkan, pembentangan RMK-12 yang dijadualkan pada 6 Ogos ini kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kerajaan
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,689
Reaction score
11,931
Points
2,376

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Menteri Kewangan Rasmi Portal Rasmi Maklumbalas Belanjawan 2021

15.08.2020 - Kuala Lumpur, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz melancarkan portal rasmi bagi mengumpulkan cadangan dan maklum balas Belanjawan 2021 semasa lawatan rasminya ke Johor hari ini bersempena Jelajah Konsultasi Belanjawan 2021.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan berkata melalui laman sesawang http://belanjawan2021.treasury.gov.my, pihak awam boleh mengemukakan cadangan dan maklum balas masing-masing secara terus kepada kementerian itu bermula hari ini sehingga 15 September 2020.

"Lawatan rasmi ke Johor kali ini merupakan sebahagian usaha kerajaan Persekutuan untuk mendekati pihak berkepentingan melalui sesi libat urus bagi mendapatkan maklum balas mengenai inisiatif pakej pemulihan ekonomi PRIHATIN dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) serta mengumpul cadangan awal dalam merangka Bajet 2021 yang bakal dibentangkan 6 November ini," menurut kenyataan itu.

Dalam lawatan itu, Tengku Zafrul turut mengadakan sesi dialog bersama wakil sektor pendidikan dan farmaseutikal, usahawan wanita perusahaan kecil dan sederhana serta bertemu beberapa ibu tunggal yang menerima bantuan di bawah PENJANA.

Menurut Kementerian Kewangan, antara topik yang ketengahkan dalam sesi dialog bersama wakil sektor pendidikan di Educity Iskandar Malaysia adalah usaha mempromosi institusi pendidikan di Iskandar Malaysia sebagai destinasi pendidikan berkualiti dari peringkat sekolah hingga ke pengajian tinggi dan memperkasakan bidang teknikal dan vokasional.

Turut disentuh ialah memudahcara pengurusan kemasukan pelajar antarabangsa dalam era norma baharu dan meningkatkan pelaburan dalam sektor pendidikan.

Mengulas status ekonomi semasa, Tengku Zafrul berkata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua 2020, yang merekodkan penguncupan sebanyak 17.1 peratus adalah disebabkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan COVID-19, yang telah mengekang aktiviti ekonomi pada tempoh tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata, apabila dianalisa secara lebih mendalam, penguncupan KDNK jelas dilihat berkurangan dari April (-28.6 peratus) kepada Mei (-19.5 peratus) dan seterusnya penambahbaikan mendadak berbentuk-V bagi Jun (-3.2 peratus).

Ini jelas menunjukkan bahawa ekonomi mula pulih pada Mei apabila ekonomi dibuka semula secara berperingkat dan kadar jangkitan COVID-19 yang lebih terkawal.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1870710
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,689
Reaction score
11,931
Points
2,376
IMG_20201028_150310_647.jpg

IMG_20201028_150314_186.jpg

YDP Agong menasihati Ahli-ahli Dewan Rakyat beri sokongan padu kepada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara

- Istana Negara
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,689
Reaction score
11,931
Points
2,376
Belanjawan negara penting untuk ekonomi negara
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,418
Reaction score
1,882
Points
201
Diorg da kawtim dgn agong awal2
Harap bersabar
Masing2 ada bahagian
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,908
Reaction score
11,654
Points
1,906
Sokong Belanjawan 2021, Agong beritahu ahli Parlimen semula

October 28, 2020 2:38 PM

agong-sultan-abdullah-fmt-200520-2.jpg

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan ahli Parlimen, sengketa politik untuk kepentingan peribadi akan merugikan negara dan rakyat menjadi mangsa.

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong sekali lagi menasihatkan ahli Parlimen menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan 6 Nov ini demi mengutamakan kebajikan rakyat dan pemulihan ekonomi negara.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah turut menegaskan Belanjawan 2021 penting kepada kerajaan dan pihak berkuasa untuk meneruskan dasar serta usaha menangani Covid-19.

Katanya, Agong mengingatkan ahli Parlimen, sengketa politik untuk kepentingan peribadi jika diteruskan akan merugikan negara dan rakyat menjadi mangsa.



“Sultan Abdullah menyeru ahli Dewan Rakyat menghormati titah nasihat untuk mereka memberhentikan segera segala perbalahan politik dan sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Kenyataan itu dikeluarkan selepas Sultan Abdullah menerima mengadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara pagi tadi.
Katanya, dalam pertemuan selama sejam itu, Agong turut mendengar taklimat ringkas berhubung Belanjawan 2021.

“Baginda turut menzahirkan keyakinan penuh kemampuan Muhyiddin untuk menerajui kepimpinan negara pada saat negara diuji pelbagai krisis.”

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,908
Reaction score
11,654
Points
1,906
aduuh sapa yg tak reti bahasa ni, sampai Agong kena remind balik
baru je beberapa hari lepas Agong bawak keluar surat rasmi
 
Sponsored Post
Top
Log in Register