Belanjawan 2021: 13 MP yang sokong undi belah bahagi

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,165
Reaction score
11,710
Points
1,906
1606408164013.png


Belanjawan 2021: 13 MP yang sokong undi belah bahagi
Diterbitkan 26 Nov 2020, 8:48 pm



PARLIMEN | Dewan Rakyat menyaksikan kejadian yang jarang berlaku hari ini apabila pembangkang gagal mendapat sokongan cukup dari kalangan mereka sendiri untuk undi belah bahagi Belanjawan 2021.

Ini di sebalik perdebatan hangat ketika Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menyampaikan ucapan penggulungan di peringkat dasar Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 hari ini.

Sokongan 15 ahli Parlimen diperlukan untuk undi belah bahagi untuk tujuh blok dilakukan. Ini akan membolehkan undian setiap ahli Parlimen direkod secara rasmi.

Sebaik saja Tengku Zafrul menamatkan ucapannya, Mahfuz Omar (Amanah-Pokok Sena) bangkit bagi meminta undi belah bahagi.

Akhirnya, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun hanya mengira 13 ahli Parlimen pembangkang yang meyokongnya.

Daripada banyak gambar, rakaman video dan pertanyaan kepada sejumlah ahli Parlimen, Malaysiakini boleh menyimpulkan bahawa 13 orang itu ialah:
1. Khalid Abdul Samad (Amanah-Shah Alam)
2. Mahfuz Omar (Amanah-Pokok Sena)
3. Dr Hatta Ramli (Amanah-Lumut)
4. Hasanuddin Mohd Yunus (Amanah-Hulu Langat)
5. Dzulkefly Ahmad (Amanah-Kuala Selangor)
6. Hanipa Maidin (Amanah-Sepang)
7. Dr Mahathir Mohamad (Pejuang-Langkawi)
8. Mukhriz Mahathir (Pejuang-Jerlun)
9. Amiruddin Hamzah (Pejuang-Kubang Pasu)
10. Shahruddin Md salleh (Pejuang-Sri Gading)
11. Hassan Karim (PKR-Pasir Gudang)
12. Baru Bian (PSB-Selangau)
13. Mordi Bimol (DAP-Mas Gading)

Tanpa pengudian belah bahagi, Dewan Rakyat kemudian meluluskan RUU itu diluluskan di peringkat dasar menerusi undi suara.

Ada kemungkinan undi belah bahagi diadakan untuk tahap seterusnya iaitu peringkat jawatankuasa, di mana ahli Parlimen berpeluang meneliti peruntukan untuk setiap kementerian.

Beberapa ahli Parlimen PKR dan DAP memberitahu Malaysiakini bahawa kepimpinan parti telah mengarahkan mereka untuk tidak meminta undi belah bahagi.

Bagaimanapun kebanyakan ahli Parlimen Amanah seperti tidak mendapat mesej itu. Pada masa sama presidennya Mohamad Sabu, yang jua ahli Parlimen Kota Raja, tidak menyokong permintaan Mahfuz itu, yang merupakan anggota Amanah.

Tindakan Mohamad itu membayangkan langkah tidak meminta undi belah bahagi adalah keputusan PH. Dia juga dilihat bersama-sama pemimpin tinggi PH lain di sidang media selepas sidang.

Mordi Bimol (DAP-Mas Gading) memberitahu Malaysiakini yang dia menyokong Mahfuz kerana tidak menerima arahan kepimpinan parti sebelum undian dibuat.

"Saya tidak gembira dengan bahagian tertentu dalam RUU itu," katanya.

Anehnya, mesej untuk tidak meminta undi belah bahagi nampaknya turut sampai kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) dan Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) yang tidak menyokong undi belah bahagi.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,165
Reaction score
11,710
Points
1,906
1606408263311.png


MP DAP: Tak sokong undi belah bahagi 'keputusan kepimpinan'
Diterbitkan 26 Nov 2020, 7:22 pm



PARLIMEN | Beberapa ahli DAP menuntut penjelasan daripada wakil rakyat parti itu selepas mereka didapati tidak bangun untuk menyokong cadangan agar Belanjawan 2021 diundi secara en bloc hari ini.
Undian en bloc - atau belah bahagi - memerlukan semua anggota parlimen dalam Dewan Rakyat mencatat undian mereka. Ia memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 15 ahli parlimen.
Bagaimanapun hanya 13 ahli parlimen yang berdiri semasa ia dicadangkan dan daripada jumlah itu hanya seorang wakil DAP serta seorang wakil Parti Sarawak Bersatu berdiri.
Dengan menolak cara pengundian tersebut, Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 disediakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah diterima melalui undian suara.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee, dan Adun Subang Jaya, Michelle Ng, dari DAP antara yang menuntut penjelasan berhubung insiden itu.
Bekas setiausaha politik veteran DAP, Lim Kit Siang, Dyana Sofya pula berkata walaupun berdepan kemungkinan undian itu akan tetap memihak kepada kerajaan, sekurang-kurangnya anggota parlimen pembangkang harus mencuba untuk menyokong cara pengundian en bloc.

Explain now.


Still waiting for a strong, convincing and formidable explanation.


“Kenapa tak boleh bangun je? Kalau kalah undi, kalahlah. Sekurang-kurangnya undi dan cuba,” ciapnya menerusi akaun Twitter.


Kenapa tak boleh bangun je? Kalau kalah undi, kalah lah. Sekurang-kurangnya undi dan cuba!


An explanation is in order. We owe the people this.

Pada masa sama terdapat anggota parlimen DAP menerima kritikan dari penyokongnya di dunia maya. Misalnya Anggota Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii.



Yii pada awalnya berkata, dia tidak akan menyokong belanjawan tersebut namun dia antara anggota parlimen yang tidak berdiri untuk menyokong pengundian secara belah bahagi.

“Bandar Kuching tidak akan menyokong belanjawan ini dan bersedia untuk berbahas lanjut di peringkat jawatankuasa,” tulisnya dalam akaun Facebook.



dd744480dc63febaf152a8044fec39ef.jpg



Yii kemudian menjelaskan alasannya untuk tidak menyokong pengundian secara en bloc dicadangkan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) kerana ia merupakan “keputusan kepimpinan” dan parti itu hanya akan mengundi ketika RUU itu sampai ke peringkat jawatankuasa.

Selepas peringkat dasar, RUU tersebut akan melalui peringkat kedua iaitu jawatankuasa. Dewan Rakyat akan meneliti peruntukan bagi setiap kementerian dan setelah itu, mereka mempunyai peluang untuk meminta pengundian belah bahagi lagi.

Anggota Parlimen DAP yang dihubungi Malaysiakini enggan mengulas lanjut dan sehingga kini tiada kenyataan rasmi dari parti tersebut.

“Pergi tanya Port Dickson (Anwar Ibrahim),” kata seorang anggota parlimen DAP kepada Malaysiakini.

Malaysiakini telah mengenal parti 13 anggota parlimen yang menyokong pengundian secara en bloc.



7e80b4ada0025c96c406ff02aee77ca4.png


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,165
Reaction score
11,710
Points
1,906
1606408515272.png


Anwar minta rakan biarkan belanjawan lulus dulu
Diterbitkan 26 Nov 2020, 7:24 pm

Dikemaskini 26 Nov 2020, 8:19 pm



Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata dia telah meminta Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk tidak melakukan undi belah bahagi pada Belanjawan 2021 hari ini.
Ini kerana kata Anwar, dia tidak mahu dilihat menolak insentif baru yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Namun, Anwar berikrar pihaknya akan meminta undi belah bahagi diadakan semasa peringkat jawatankuasa ketika anggota parlimen membahaskan perbelanjaan setiap kementerian.
Menjelaskan tindakannya setelah mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan, Anwar berkata gabungan itu tetap menentang belanjawan yang dibentangkan Perikatan Nasional (PN).

Ini kerana isu utama seperti perbelanjaan "tidak realistik" belum dijawab oleh Zafrul, katanya.
"Tetapi apa yang dilakukannya adalah mengumumkan geran dan elaun tambahan untuk barisan depan, petani, nelayan dan lain-lain.

"Itu menjadikan isu ini sulit. Saya tidak mahu dilihat mengabaikan fakta bahawa menteri telah mengambil beberapa langkah, yang lebih diterima oleh rakyat.
"Walaupun Lim dan Mohamad mempunyai pandangan yang kuat, saya merayu mereka, berikan tugas itu, buat masa ini kita harus biarkan (belanjawan) terus berjalan," katanya kepada wartawan di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan Anwar untuk tidak melakukan undi belah bahagi dibuat pada saat-saat akhir.
Berikutan itu berlaku satu pertemuan selama dua jam mengenai perkara itu yang dikatakan berlangsung 'panas'.

"Ia ambil masa lama sebab mereka (MP) sama ada hentam atau pertahankan dia (Anwar)," kata seorang ahli Parlimen Harapan yang hadir dalam mesyuarat itu.
"Keputusan Anwar jadikan semua orang berada dalam posisi yang sangat sulit," katanya.

Sumber berkata Presiden Amanah, Mohamad "geram dan kecewa" terhadap presiden PKR itu, manakala DAP "sangat tidak senang" dengan keputusan berkenaan.
Bercakap kepada wartawan, Anwar berkata keputusan hari ini bukan bermaksud Pakatan Harapan akan membenarkan belanjawan diluluskan pada peringkat jawatankuasa atau bacaan kali ketiga nanti.
"Kita telah buat keputusan untuk minta belah bahagi

"Seandainya beberapa kementerian bercanggah dengan pendirian kita dalam pengurusan kerajaan baik, penyelewengan, soal dasar. Ini kita mula dari hari Isnin," katanya.
PH katanya, juga ingin penjelasan lebih terperinci mengenai pengumuman terbaru yang dibuat oleh menteri kewangan hari ini.

Hari ini, Zafrul mengumumkan beberapa perubahan, termasuk meluaskan pengeluaran Akaun 1 KWSP kepada semua pencarum yang terjejas pendapatan tahun ini.
Terdahulu, Umno turut menuntut perkara itu dan membayangkan akan menolak belanjawan jika ia tidak dipenuhi.

Zafrul turut mengumumkan bahawa peruntukan untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan dikurangkan. Perinciannya akan dimaklumkan di peringkat jawatankuasa.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia mempunyai cukup majoriti di Dewan Rakyat, Anwar berkata: "Kita akan menyentuh soal itu bila tiba masanya (we will cross it at the right time)".


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,165
Reaction score
11,710
Points
1,906
Ahli Parlimen PH terima WhatsApp saat terakhir

26 November 2020

MGF26112020_PENGGULUNGAN-BAJET14-1.jpg

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mambaca ucapan penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 peringkat dasar di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. foto IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 26 NOVEMBER 2020.


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dilaporkan menerima arahan pada saat-saat terakhir untuk tidak meminta undi blok dijalankan semasa undian untuk kelulusan rang undang-undang perbekalan.
Keadaan itu bermakna wakil rakyat PH diminta merestui undian suara sahaja, sekali gus membolehkan rang undang-undang perbekalan diluluskan tanpa terlalu dramatik.


Sinchew Daily melaporkan, ketika pengundian berlangsung, Ahli Parlimen PH menerima pesanan melalui WhatsApp mengenai keputusan parti untuk tidak menyokong undi blok.
Walau bagaimanapun, sesetengah wakil rakyat PH tidak sempat menyemak WhatsApp sehingga mereka berdiri meminta undi blok.

Seorang Ahli Parlimen juga memberitahu bahawa kelibat wakil rakyat Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak kelihatan semasa undian suara dijalankan.

Kedua-dua Ahli Parlimen bagaimanapun kelihatan dalam Dewan Rakyat pada sebelah pagi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membidas wakil rakyat pembangkang kerana gagal membawa dewan kepada undi blok.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, beliau meminta Ahli Parlimen PH untuk mengizinkan kelulusan Bajet 2021 selepas Menteri Kewangan bertolak ansur dengan sesetengah permintaan PH.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,165
Reaction score
11,710
Points
1,906
1606408731857.png


ULASAN | Ini sebab mengapa PH tak buat undi belah bahagi
Anthony Loke
Diterbitkan 26 Nov 2020, 11:58 pm


ULASAN | Ramai yang amat kecewa dan tertanya-tanya mengapa Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan khususnya DAP dan PKR tidak bangun untuk meminta undi belah bahagi untuk menolak Belanjawan 2021 di Parlimen petang tadi.
Yang pertamanya, adakah Belanjawan 2021 telah diluluskan di parlimen hari ini? Jawapannya, tidak!

Hari ini, Rang Undang-undang Perbekalan 2021 hanya lulus peringkat bacaan kedua atau di peringkat dasar. Selepas hari ini, perbahasan akan masuk peringkat Jawatankuasa mulai hari Isnin depan.
Maksudnya, perbelanjaan untuk setiap Kementerian perlu dibahaskan secara terperinci dan diluluskan. Mulai Isnin depan, setiap hari ada peluang untuk undi belah bahagi dipanggil oleh sekurang-kurangnya 15 Ahli Parlimen.

Mengapa kita tidak undi belah bahagi hari ini? Sebabnya ialah kita tidak menolak keseluruhan belanjawan tersebut. Ada perkara yang kita boleh bersetuju dan sokong seperti pembayaran gaji untuk kakitangan awam, elaun khas untuk frontliners, bantuan tunai kepada rakyat, subsidi gaji untuk majikan, peruntukan untuk pengangkutan seperti MY30 dan lain-lain peruntukan yang memberi manfaat terus kepada rakyat.

ccc9cebfa56b8ef0da3b305e0258056c.jpg


Namun, banyak juga peruntukan yang kita tolak seperti peruntukan RM85 juta untuk Jasa, pemotongan peruntukan untuk pelbagai jenis aliran sekolah dan isu-isu lain yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Ambil tanggungjawab sepenuhnya
Maka, kita akan membantah dan menolak peruntukan yang kita tidak setuju di peringkat jawatankuasa Kementerian masing-masing. Contohnya, kita akan minta undi belah bahagi untuk tolak belanjawan Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana Jasa merupakan agensi di bawah kementerian tersebut.

Bayangkan, kalau semua Ahli Parlimen pembangkang bangun memohon undi belah bahagi dan menolak pada petang tadi. Apakah serangan pula daripada pihak Perikatan Nasional pada malam ini?

87f8727e1ae55b8b5a1a75b853a1c3a8.jpg


Mereka akan tuduh Pakatan Harapan ingkar kepada nasihat Yang Di-Pertuan Agong, tidak mahu gaji kakitangan awam dibayar, tidak menyokong bantuan kepada golongan B40, menyekat elaun hidup untuk petani dan nelayan. Mereka akan memainkan sentimen rakyat dengan pelbagai tuduhan tersebut.

Sebagai Ketua Parlimen untuk blok Ahli Parlimen DAP, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan saya untuk memberikan arahan kepada Ahli-ahli Parlimen DAP untuk tidak bangun meminta undi belah bahagi selepas mendapat mesej daripada pihak Ketua Pembangkang.

Saya faham ramai ahli dan penyokong DAP merasa amat kecewa terhadap keputusan ini dan mengecam tindakan kita. Saya memohon maaf secara terbuka sekiranya saudara dan saudari merasakan keputusan ini adalah satu keputusan yang salah.

Saya hanya boleh menjanjikan bahawa semua Ahli Parlimen DAP akan pastikan bahawa mulai Isnin depan "The fight will go on”

ANTHONY LOKEialah anggota parlimen Seremban dan Ketua Parlimen DAP.

 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,489
Reaction score
1,086
Points
151
Kali nie aku sokong bang nuar......dia yg mimpi pembangkang lain jgn undi
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,165
Reaction score
11,710
Points
1,906
DR. SHAMSHER SINGH THIND

38m ·

Selepas pengundian Belanjawan 2021 peringkat dasar pada hari ini, 3 benda dapat kita pelajari.

1. Isu sokong atau tak sokong rang undang undang tak patut dijadikan agenda utama. Yang penting adalah nasib rakyat (terutamanya golongan M40 & B40) mestilah dibela. Rakyat mahukan pengeluaran EPF secara one-off sebanyak RM 10,000, dan mahukan moratorium dilanjutkan. Dan terima kasih kepada UMNO, terutamanya kepada Bossku, yang memastikan kerajaan persekutuan membuat pindaan yang sewajarnya. (https://www.sinarharian.com.my/.../KWSP-moratorium-BN...). Dah ucap thank you kah?

2. DAP dan PKR menyokong rang undang-undang tersebut. Mungkin kerana mereka tidak mahu dilihat sebagai anti-kerajaan yang menggagalkan rang undang-undang berkaitan dengan Belanjawan hanya kerana berlainan politik. Tapi kenapa pula ada beberapa MP DAP selepas itu membuat statement di FB kata mereka telah membantah rang undang-undang tersebut?
Contoh 1: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157887355707759&id=567442758
Contoh 2: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159062959984306&id=843954305

Sekiranya mereka telah membantah melalui undian suara, kenapa mereka tak berdiri untuk minta undian melalui belah bahagi? So, please lah, cut the crap! Tak payah nak wayang Hindustan.

3. Tiba masanya untuk Dr Mahathir meletak jawatan. Tak nampak bodohkah dia berdiri dengan Pejuang dan PAN, tetapi tanpa DAP, Warisan dan PKR? "Cucu ular" pun tak berdiri bersama dengan Atuk. Ish ish isshh ... Sekarang Prof Dr P Ramasamy pun dah suruh Dr M berehat ja di rumah (https://m.malaysiakini.com/columns/551989). Apa lagi berambus lah!

1606410154421.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,165
Reaction score
11,710
Points
1,906
Muhamad Harris Nasril

3j ·

Jenguk fb Kit Siang dan Guan Eng tadi. Boleh tahan depa kena maki dengan penyokong sendiri sbb tak berdiri masa nak putuskan belah bahagi. Bang Non pun kena maki gak.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,165
Reaction score
11,710
Points
1,906
Jae Senn

2j ·

DAP isn't stupid when they refused to support PujaWang today. You know why?

If they go with Mahathir's idea and trigger what's essentially a vote of no-confidence by preventing Budget 2021 from being passed, Muhyiddin will go for the nuclear option - calling for snap polls.

With BN, PAS and PPBM on one side, DAP and PKR on the other, and PujaWang as an irrelevant spectator, DAP can kiss their forty-plus Parliamentary seats goodbye.

Now they still have over 40 Parliamentary seats. So they'd better support the current administration while they still have a loud voice in the Dewan Rakyat. If snap polls are called, DAP might end up with half their current number of seats, or probably less.

So.. support Budget 2021 and get to keep over 40 Parliamentary seats? Or support the lame and irrelevant PujaWang and end up with less than 20 seats in the aftermath? Their options are clear.

It's not about DAP betraying their support base or screwing Atok. It's about their own political survival. If you think that DAP is terrible for putting their political survival over the aspirations of their voters, then you must also be the type that think that a business owner should put charity and social activities far above the need to run a successful business and turn in a profit.

DAP is a political party. Their leaders are politicians. Which part of that don't the DAP support base understand? Sadly, all of it.

The DAP support base of radicals and extremists are so hell-bent on politics of hatred and vengeance; of the need to get even; of the need to "teach BN a lesson"; that they absolutely do not understand what politics and realpolitik are about. Heck, they might even think they're watching a real fight with real injuries on WWE.

So, hopefully DAP's move in the Dewan Rakyat today will wake their support base up from their naivete. DAP is a political party. Which means, they will be hypocritical at times, depending on the circumstances and the need at hand. They will be fork-tongued when needed, because they will need different messages for different audiences and back-pedal when things go awry. The aim of a political party is to gain and maintain political power, which necessitates them to preserve any voice and authority that they've managed to gain, which means they'll need to be opportunistic when they need to be. Without that political power, they won't be able to serve those who voted them into power in the first place. If you chose them to be your voice, you will have to accept that they will use their own discretion at deciding how to best go about their business.

They are not entirely corruption-free. They are not the paramounts of honesty. They are not the conscience of the people. They are not necessarily the defenders of justice and freedom. They are merely politicians and representatives of their constituencies. They didn't get into politics to be different from the status quo, but to be a part of the status quo. This is the reality of politics.



Hats off to DAP today for foregoing petty politics and being pragmatic politicians in this rare instance. Not only did they torpedoed Mahathir's irresponsible desire to trigger snap elections during the ongoing Covid-19 pandemic, this act directly allowed them to preserve their significant presence in Parliament. It has also shown that DAP did not trivialize and insult the Yang di-Pertuan Agong's advice of not to politicize the Budget 2021 parliamentary vote, unlike Mahathir and his handful of bandits.

It won't go down well with their voters, but why should DAP care? They still have their firepower to come back and fight again another day. After 100 days, those who are seething at what DAP did today might totally forget about it anyway.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register