BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanja RM1,000 beli vitamin

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


KUALA BESUT - Sepasang suami isteri dari Kampung Gong Manak di sini sanggup mengeluarkan belanja RM1,000 setiap bulan semata-mata untuk membeli pemakanan tambahan bagi memastikan anak-anak mereka bijak dan berjaya.

Pasangan guru terbabit, Wan Norhashimah Wan Ahmad, 44, dan Abdullah Ya, 51, memperuntukkan sejumlah wang itu untuk pelbagai jenis makanan tambahan seperti vitamin dan makanan lain kepada lima daripada enam anaknya yang masih bersekolah.

‘Pelaburan’ mereka terbukti menjadi apabila anak kedua mereka, Fatin Hamimi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Nurul Ittifaq memperoleh keputusan 11A+ dalam keputusan peperiksan Sijil Pelajaran Malasyia (SPM) yang diumumkan semalam.

Fatin Hamimi bukan sahaja muncul pelajar terbaik di sekolahnya tetapi turut terbaik di daerah dan antara yang terbaik di negeri ini.

Malah, dia juga pelajar keempat terbaik Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2009.

Menurut Wan Norhashimah, dia sanggup tidak mencarum insurans per-lindungan sebaliknya berpakat dengan suami mengeluarkan perbelanjaan itu membeli pelbagai jenis vitamin dan pemakanan tambahan lain khusus untuk minda anaknya sejak 1995 lagi.

“Semua anak saya dibekalkan dengan makanan tersebut dan ia sangat membantu dalam memastikan dia mudah belajar,” kata guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bharu, di sini.

Sementara itu, menurut Fatin Hamimi, dia mengambil pelbagai pemakanan tambahan yang dibekalkan ibu bapanya mengikut jadual.

Namun, katanya, semua itu bukan 100 peratus penentu kejayaan sebaliknya ia diiringi usaha sendiri, kesungguhan guru dan amalan solat hajat selain solat Fardu.

“Saya juga tidak pernah mengikuti kelas tambahan sebaliknya hanya menghadiri kelas tambahan disediakan sekolah, berbincang dengan rakan dan memberi tumpuan dalam kelas,” katanya yang bercita-cita menjadi doktor.

Kakaknya, Noor Farahhannan, 20, juga bekas pelajar sekolah sama muncul pelajar terbaik SPM 2009 sekolah itu apabila memperoleh keputusan 8A+, 2A dan 1A- dan kini melanjutkan pelajaran dalam tahun dua bidang perubatan di Universiti Sains dan Teknologi Jordan (JUST).

Adik perempuannya yang belajar di sekolah sama memperoleh 9A dalam PMR sebelum ini manakala adik lelakinya memperoleh 5A dalam keputusan Ujian Percapaian Sekolah Rendah (UPSR).



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/belanja-rm1-000-beli-vitamin-1.34291
 
Last edited:
[
Menurut Wan Norhashimah, dia sanggup tidak mencarum insurans per-lindungan sebaliknya berpakat dengan suami mengeluarkan perbelanjaan itu membeli pelbagai jenis vitamin dan pemakanan tambahan lain khusus untuk minda anaknya sejak 1995 lagi.

nasib baik la x sakit apa2.. klu sakit, vitamin ke mana, belajar pun ke mana.

Klu ada duit lebih, aku pun nak spend kat makanan tambahan mcm diorang buat :)cgrock
 
tahniah..terbaikk dalam negeri tu..
 
RM1k sebulan utk vitamin? agak kasar gak tu..tp suami isteri ni cikgu, kira ok la..
 
banyak2 suplimen..examo yang betul2 boleh rangsang otak aku..
memang terasa rajin..
buktinya ambik examo masa PMR..cemerlang
tak ambik examo masa SPM..ke longkang
 
kulit cantik and sihat je.. akibat banyak mam vitamin.. eheh
 
Org miskin cam Mardhiah tuh pun leh skor baekkkk punyer... x yah vitamin pun, nih suma berkat usaha dan tawakal pada Allah jerk...

rasa mcm nak sependapat dgn ko...:))
 
Bagusnya ......dah berjaya nanti balas balik jasa ibu bapa.. :)
 
Back
Top
Log in Register