Belanja PLKN Cecah RM 750 Juta-Berbaloikah? (terbukti membazir)

CG Sponsors




moore426559

Super Active Member
Joined
May 11, 2012
Messages
9,095
Reaction score
892
Points
111
Ianya dilaksanakan pada tahun 2004, dan Menteri Pertahanan ketika itu, iaitu Perdana Menteri Malaysia sekarang, Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak,mengumumkan bajet tahunan sebanyak RM 500 juta untuk program PLKN ini.Ini termasuk semua kos emolumen,perkhidmatan dan perbekalan,dan juga bagi perbelanjaan aset.

Dan untuk tahun ini,bajet PLKN telahpun dinaikkan sebanyak RM 252 juta,kepada RM juta.Pecahan perbelanjaan meliputi:

RM21,328,00.00 bagi kos emolument
RM723,893,530.00 untuk perkhidmatan dan perbekalan
RM6,220,000.00 bagi aset
RM1,480,470.00 untuk pembayaran dan kenaan bayar tetap termasuk ganjaran kepada kakitangan awam.

Kami tidak menyangkal bahawa kenaikan ini pastinya ada.Tipulah kalau semua kos yang ada sekarang, sama seperti tahun 2004 dahulu.Namun begitu, kami berpendapat, ada cara yang lebih baik untuk menjimatkan kos dan juga perbelanjaan-perbelanjaan yang lain.

Kami merasakan bahawa, modul PLKN ini adalah lebih baik dijalankan semasa di sekolah, dan bukan selepas zaman persekolahan seseorang murid tersebut.Cara ini sebenarnya lebih menjimatkan kos sedia ada, tanpa perlu banyak membazir ke atas perbelanjaan aset, perbekalan dan juga perkhidmatan.

Masalah yang terbesar dalam cadangan kami adalah mungkin disebabkan waktu persekolahan itu sendiri.Rata-ratanya, cuti sekolah paling lama pun, sebulan.Tempoh latihan PLKN pula adalah selama 3 bulan.Cadangan kami adalah selepas setiap pelajar mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka terus sahaja ke modul PLKN, dan bukan menunggu sehingga 6 atau 7 bulan sebelum memanggil mereka kembali untuk menjalani latihan.

Ianya samada peperiksaan SPM dipercepatkan ataupun waktu persekolahan di Malaysia ini disemak semula, seperti mana proses pengajian pelajar universiti sekarang,yang akan memulakan pengajian pada bulan September ini.Segalanya mungkin sekiranya ada kemahuan.
 
Last edited:
Sponsored Post

rustam

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2010
Messages
10,794
Reaction score
55
Points
125
Kos meningkat setiap tahun, berapa amaun peruntukan pun perlu dibelanjakan supaya ada pergerakan duit. Prasarana disekolah berbeza dgn di PLKN kerana modul latihan melibatkan aktiviti luaran yg lasak disamping dpt mendidik remaja dgn aktiviti yg berfaedah.
 

budak_design

Active Member
Joined
Jun 27, 2010
Messages
1,815
Reaction score
2
Points
25
kalau xbuat habis la kroni xdapat projek buat baju plkn..supply makanan..mane blh wehh..kene teruskan jgk...:)):))
 

nazrirazra

Legendary Member
Joined
Jul 17, 2009
Messages
11,925
Reaction score
213
Points
128
PLKN ni bagus. Lagi bagus kalau modul diserap ala S.Korea atau Singapore tapi perbelanjaan seperti tak munasabah. Mesti ada yg "ngap" sebahagian ni.
 

coq_kodok

Active Member
Joined
Feb 28, 2013
Messages
1,128
Reaction score
22
Points
25
aikkkk......mana ada rugikn malaysia la bro,bleh wat sosial lagi tuh......aku teringin la nk jadi jurulatih diaorang......:eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register