BTC USD 50,602.8 Gold USD 1,781.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belajar Melabur Saham di Bursa Malaysia

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,130
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,130
Reaction score
16,624
Points
2,376

Bursa Malaysia rendah, pelabur ambil untung

Oktober 1, 2021 @ 10:47am

Stock_mart_1633056406.jpg


KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan kemunculan kegiatan pengambilan untung di kaunter berwajaran tinggi terpilih, kata peniaga.

Pada 9.52 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 8.18 mata kepada 1,529.62 daripada penutupan urus niaga petang Khamis pada 1,537.80.

Indeks utama dibuka 1.31 mata lebih rendah pada 1,536.49.

Pergerakan harga di pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 453 berbalas 204 manakala 357 kaunter tidak berubah, 1,230 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan ialah 931.15 juta unit bernilai RM473.44 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya, ia menjangkakan fasa penstabilan di pasaran tempatan akan muncul dalam tempoh terdekat berikutan sentimen lemah di pasaran semalaman Wall Street.

"Bagi komoditi pula, harga minyak sawit mentah (MSM) telah diniagakan melepasi paras RM4,500 satu tan di sebalik kebimbangan para pelabur terhadap bekalan kerana pengeluaran pada kebiasaannya memuncak pada September hingga Oktober.

"Harga tinggi sepanjang masa MSM baik untuk sektor perladangan.

"Kami turut berpendapat kegiatan membeli saham murah terutamanya yang bertemakan pemulihan akan berterusan dan untuk itu, pelabur akan memberi tumpuan kepada sektor pengguna, penerbangan dan pelancongan," katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank bertambah 2.0 sen kepada RM8.07, sementara Public Bank dan TNB masing-masing turun 1.0 sen kepada RM4.06 dan RM9.67, Petronas Chemicals menyusut 8.0 sen kepada RM8.62, dan IHH Healthcare berkurangan 3.0 sen menjadi RM6.67.

Bagi saham aktif, Sapura Energy lega setengah sen kepada 11 sen, NWP Holdings tidak berubah pada 26.5 sen, sementara MESB naik 8.0 sen kepada 55.5 sen dan Widad Group menokok setengah sen kepada 39.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 46.55 mata kepada 11,264.53, Indeks FBMT 100 susut 50.59 mata kepada 10,947.16, Indeks FBM Emas Syariah merosot 58.61 mata kepada 12,300.40, FBM 70 lebih rendah 39.61 mata pada 14,941.14, dan FBM ACE berkurangan 34.23 mata kepada 7,124.67.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menyusut 1.05 mata kepada 203.18, Indeks Perladangan naik 19.09 mata kepada 6,347.43, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 32.55 mata kepada 15,174.80.

- Bernama


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,130
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,130
Reaction score
16,624
Points
2,376

Bursa Malaysia ditutup rendah

Oktober 1, 2021 @ 8:08pm

Bursa-call_1633090072.jpg


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti jualan yang berterusan di kaunter penjagaan kesihatan dan telekomunikasi serta media dalam persekitaran sentimen yang lemah di pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 13.32 mata atau 0.87 peratus kepada 1,524.48 daripada 1,537.80 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks, yang dibuka rendah 1.31 mata kepada 1,536.49, berada antara 1,521.08 dan 1,539.47 sepanjang hari.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 757 berbanding 269, manakala 361 kaunter tidak berubah, 857 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 3.97 bilion unit bernilai RM27.73 bilion daripada 4.39 bilion unit bernilai RM3.34 juta semalam.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata ekuiti tempatan ditutup rendah pada hari dagangan yang kurang menggalakkan berikutan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi, terutamanya bank dan pengeluar sarung tangan.

"Pasaran serantau utama turut dalam julat negatif berikutan petunjuk negatif semalaman daripada Wall Street berikutan pelabur memberi reaksi terhadap kebimbangan mengenai inflasi yang meningkat," katanya.

Di peringkat serantau, peniaga ActivTrades Anderson Alves berkata kebanyakan saham Asia merosot pada Jumaat berikutan penyerahan yang lemah daripada Wall Street semalaman apabila S&P 500 ditutup rendah pada September, paling teruk untuk bulan dan suku tahun sejak permulaan pandemik.

"Pada masa depan, peniaga dijangka mula membina kedudukan portfolio baharu untuk akhir tahun, menjelang perubahan besar dalam dasar monetari daripada bank-bank pusat G7 dan apabila pasaran sedang pesat membangun mula menunjukkan tanda-tanda awal stagflasi," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Pada Jumaat, katanya terdapat bacaan Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan akhir dari seluruh dunia.

"Pasaran akan memantau tinjauan pembuatan Institut Pengurusan Bekalan Amerika Syarikat (AS) dan data mengenai Perbelanjaan Penggunaan Peribadi AS pada sesi AS pada Jumaat," katanya.

Sementara itu, Top Glove dan Maxis, adalah dua kaunter paling rugi dalam indeks petunjuk pasaran hari ini, masing-masing merosot 12 sen kepada RM2.70 dan 15 sen kepada RM4.54.

Bagi saham wajaran tinggi lain, Maybank tidak berubah pada RM8.05, Public Bank berkurangan tiga sen kepada RM4.04, IHH Healthcare susut lima sen kepada RM6.65, TNB turun lapan sen kepada RM9.60 manakala Petronas Chemicals naik empat sen kepada RM8.74.

Daripada saham aktif, Sapura Energy, KNM dan Serba Dinamik, masing-masing merosot 1.5 sen kepada 10 sen, 21.5 sen dan 32 sen manakala Kanger International tidak berubah pada lima sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 86.89 mata kepada 11,224.19, Indeks FBMT 100 berkurangan 90.78 mata kepada 10,907.24 dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 110.94 mata kepada 12,248.07.

FBM 70 susut 106.23 mata kepada 14,874.53 manakala FBM ACE berkurangan 94.48 mata kepada 7,064.42.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 1.30 mata kepada 202.93, Indeks Perladangan meningkat 19.74 mata kepada 6,348.08 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 47.27 mata kepada 15,160.08.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 2.90 bilion saham bernilai RM2.44 bilion daripada 2.74 bilion saham bernilai RM2.96 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 237.90 juta unit bernilai RM36.65 juta daripada 410.46 juta unit bernilai RM63.61 juta semalam.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE jatuh kepada 822.05 juta saham bernilai RM248.09 juta daripada 1.23 bilion saham bernilai RM310.07 juta pada Khamis.

Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 515.45 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (729.76 juta), pembinaan (163.19 juta), teknologi (302.59 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (62.87 juta), hartanah (186.0 juta), perladangan (30.80 juta), REIT (4.69 juta), dana tertutup (56,100), tenaga (662.12 juta), penjagaan kesihatan (98.75 juta), telekomunikasi dan media (37.70 juta), pengangkutan dan logistik (95.68 juta) dan utiliti (13.55 juta).

– Bernama


 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,923
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,923
Reaction score
22,062
Points
1,671
✍Senarai syarikat Yang bakal kena cukai makmur....
100juta profit kena one off 33% bukan 24%.
lebih adil dan lebih bersasar.
So, kalau faham2 jer lah kenapa ada reaksi negatif untuk saham2 berkaitan dan kebanyakkan yg profit atas 100juta ini adalah Indeks link kaunter.

FB_IMG_1635753000287.jpg
FB_IMG_1635753003876.jpg
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,923
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,923
Reaction score
22,062
Points
1,671
NEW IPO: SWIFT HAULAGE BERHAD
Board: MAIN Market
IPO Price: RM1.03per unit
Opening of application: 30/11/2021
Closing of application: 07/12/2021
Balloting of application: 09/12/2021
Allotment of IPO shares to successful applicants: 17/12/2021
Tentative listing: 21/12/2021

FB_IMG_1638319323340.jpg
 

Lobey

Active+ Member
Messages
4,341
Joined
Feb 25, 2008
Messages
4,341
Reaction score
128
Points
43
NEW IPO: SWIFT HAULAGE BERHAD
Board: MAIN Market
IPO Price: RM1.03per unit
Opening of application: 30/11/2021
Closing of application: 07/12/2021
Balloting of application: 09/12/2021
Allotment of IPO shares to successful applicants: 17/12/2021
Tentative listing: 21/12/2021

FB_IMG_1638319323340.jpg
@stillFX demo keje sini lg?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register