BTC USD 41,477.4 Gold USD 1,737.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belajar Melabur Saham di Bursa Malaysia

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,710
Reaction score
21,652
Points
1,671
Naik 15mata. Bull trend lama ni rasanya
 
Sponsored Post

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,841
Reaction score
873
Points
121
Geng kejar pucuk time ni rilek lagi.
Esok dah naik 1700 baru buat-buat menggelabah nak masuk.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,710
Reaction score
21,652
Points
1,671
Drop 14pts. Selling pressure
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376

Bursa Malaysia dibuka rendah

September 13, 2021 @ 10:38am

bursa-fon_1631500687.jpg


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mencatatkan dagangan rendah pagi ini, meneruskan trend menurun minggu lalu kerana kekurangan pemangkin belian selain menjejaki prestasi lemah di Wall Street pada Jumaat.

Pada jam 9.16 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.63 mata kepada 1,570.34 daripada penutupan urus niaga Jumaat iaitu 1,575.97.

Indeks dibuka 2.19 mata lebih rendah pada 1,573.78.

Wall Street ditutup rendah pada hari Jumaat dengan sentimen pelabur berubah menjadi negatif selepas indeks harga pengeluar Amerika Syarikat (AS) pada bulan Ogos mencatatkan kenaikan 8.3 peratus tahun ke tahun.

Menurut Rakuten Trade dalam satu nota penyelidikan, Wall Street terus dijejaskan oleh data pekerjaan yang lemah baru-baru ini selain daripada kebimbangan mengenai varian Delta yang mungkin membantutkan pemulihan AS.

"Bagi bursa tempatan, FBM KLCI meneruskan pembetulannya kerana aktiviti pengambilan untung yang berterusan.

"Indeks telah kehilangan 25 mata sejak mencecah paras melepasi 1,600 pada akhir bulan Ogos dan kami berpendapat ia akan berada di bawah tekanan hari ini di tengah-tengah ketidakpastian pasaran serantau yang lain," katanya.

Justeru, firma penyelidikan itu menjangkakan indeks penanda aras itu akan stabil dan bergerak sekitar 1,570-1,580 hari ini.

Pergerakan harga di pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 303 berbalas 196 sementara 361 kaunter tidak berubah, 1,398 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 528.99 juta unit bernilai RM238.53 juta.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Maxis masing-masing naik dua sen kepada RM8.31 dan RM4.68, dan Public Bank menambah tiga sen kepada RM4.05 sementara Petronas Chemicals dan Tenaga Nasional turun dua sen setiap satu kepada RM7.93 dan RM10 .28.

Bagi saham aktif, KNM menyusut 2.5 sen kepada 27.5 sen, Tanco naik satu sen kepada 24.5 sen, dan Emico meningkat tiga sen kepada 43 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 31.77 mata kepada 11,491.04, Indeks FBMT 100 turun 29.84 mata pada 11,182.48, dan Indeks FBM Emas Syariah kerugian 26.57 mata kepada 12,587.63.

FBM 70 menokok 0.2 mata menjadi 15,044.13 sementara FBM ACE naik 15.48 mata kepada 7,270.58.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 21.16 mata kepada 6,583.06, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.39 mata kepada 200.51, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 24.81 mata kepada 15.365.36.

– Bernama


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376

Aktiviti pembelian ekuiti oleh pelabur asing berterusan

Oleh Mahanum Abdul Aziz- September 13, 2021 @ 1:16pm
[email protected]

bursa-stock-market1_1631510158.jpg


KUALA LUMPUR: Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu kelima berturut-turut yang memperlihatkan aliran masuk bersih berjumlah RM433.16 juta.

Dalam laporan aliran dana mingguan bagi minggu berakhir 10 September 2021, MIDF Research berkata, ketika pasaran dibuka pada Isnin lalu, pelabur asing adalah pembeli bersih berjumlah RM72.18 juta.

Katanya, ia kemudian diikuti oleh pelabur runcit dengan pembelian bersih sebanyak RM11.10 juta, sementara institusi tempatan adalah penjual bersih dengan penguncupan sebanyak RM83.28 juta.

"Pelabur asing adalah pembeli bersih untuk setiap hari kecuali Khamis. Aliran masuk asing terbesar dicatatkan pada Rabu dengan aliran masuk terendah pada Isnin, yang mana masing-masing sebanyak RM207.19 juta dan RM72.18 juta.

"Penjualan bersih oleh pelabur asing adalah pada Khamis dengan berjumlah -RM62.95 juta," katanya dalam laporan mingguan itu.

Bagi pelabur runcit, MIDF Research berkata, mereka adalah pembeli bersih setiap hari, dengan pembelian bersih terbesar direkodkan pada Khamis dan pembelian bersih terendah pada Isnin, dengan masing-masing sebanyak RM129.62 juta dan RM11.10 juta.

Secara terkumpul, ia berkata, pada minggu itu, belian bersih ekuiti di Bursa Malaysia oleh pelabur runcit adalah bernilai RM278.59 juta.

Sementara itu, katanya, institusi tempatan pula mencatatkan penjualan bersih mingguan terkumpul sebanyak -RM711.96 juta.
"Institusi tempatan adalah penjual bersih untuk setiap hari pada minggu itu dengan jualan bersih terbesar pada Rabu sebanyak -RM243.26 juta, sementara nilai penjualan terendah adalah pada Khamis sebanyak -RM66.88 juta.

MIDF Research berkata, sejak awal 2021, secara terkumpul, pelabur runcit adalah satu-satunya pembeli bersih pasaran ekuiti tempatan berjumlah RM9.83 bilion.

Ia berkata, pelabur institusi tempatan dan asing pula adalah penjual bersih iaitu masing-masing sebanyak -RM6.04 bilion dan -RM3.79 bilion.

Namun, katanya, diperhatikan pelabur asing secara beransur-ansur mengurangkan penjualan bersih mereka dari paras -RM6.01 bilion setakat 9 Ogos 2021.

Dari segi penyertaan pelabur runcit, institusi tempatan dan pelabur asing mencatatkan pergerakan mingguan membabitkan purata nilai dagangan harian (ADTV) masing-masing sebanyak 2.49 peratus, -1.15 peratus dan -29.79 peratus.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376

Bursa Malaysia ditutup rendah

September 13, 2021 @ 8:14pm

BURSA_SAHAM_1631535258.jpg


Gambar fail. - NSTP/ZULFADHLI ZULKIFLI.


KUALA LUMPUR: Indeks komposit utama Bursa Malaysia ditutup 0.37 mata lebih rendah hari ini, dipengaruhi jualan di kaunter wajaran tinggi terpilih, didahului oleh Top Glove.

Pada jam 5 petang, indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.84 mata kepada 1,570.13 daripada 1,575.97 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Ia dibuka 2.19 mata lebih rendah kepada 1,573.78, yang juga adalah paras tertinggi harian dan merosot serendah 1,562.11.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 669 kepada 362, manakala 444 kaunter tidak berubah, 783 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 4.01 bilion unit bernilai RM2.40 bilion berbanding 4.40 bilion unit bernilai RM2.75 bilion pada Jumaat.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata ekuiti Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan sentimen lembap di pasaran dan kekurangan pemangkin belian.

Katanya, FBM KLCI merosot 0.37 peratus dengan jualan besar-besaran di kaunter sarung tangan dan perladangan.

"Indeks itu merosot kira-kira 30 mata selepas mencapai paras tertinggi melepasi 1,600 pada akhir Ogos dan kami berpendapat, ia akan mengalami lebih banyak tekanan dalam jangka pendek dalam keadaan meningkatnya ketidakstabilan dalam kalangan pasaran serantau.

"Sehubungan itu, kami menjangka indeks petunjuk pasaran tidak banyak berubah untuk tempoh berbaki minggu ini dengan paras sokongan segera pada 1,535 dan halangan pada 1,595," katanya kepada Bernama.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank menokok satu sen kepada RM8.30, manakala Public Bank dan Petronas Chemicals menambah empat sen masing-masing kepada RM4.06 dan RM7.99.

Tenaga Nasional berkurangan dua sen masing-masing kepada RM10.28 dan Top Glove jatuh 15 sen kepada RM3.28.

Dalam kalangan saham aktif, KNM merosot dua sen kepada 28.0 sen, manakala Pasukhas Group dan Avillion meningkat setengah sen masing-masing kepada 11.5 sen dan 15.5 sen.

Dalam kalangan kaunter rugi, Sungei Bagan Rubber turun 42 sen kepada RM3.49, Vitrox Corporation jatuh 34 sen kepada RM18.90, dan KL Kepong merosot 14 sen kepada RM20.84.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 41.45 mata kepada 11,481.36, Indeks FBMT 100 turun 39.63 mata kepada 11,172.69,dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 44.59 mata kepada 12,569.61.

FBM 70 merosot 45.49 mata kepada 14,998.62 dan FBM ACE jatuh 35.99 mata kepada 7,219.11.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 23.15 mata kepada 6,581.07, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 16.62 mata kepada 15,373.55, dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.26 mata kepada 200.64.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 2.41 bilion saham bernilai RM2.05 bilion daripada 2.64 bilion saham bernilai RM2.40 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 378.50 juta unit bernilai RM621.63 juta berbanding 379.11 juta unit bernilai RM57.44 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menguncup kepada 1.17 bilion saham bernilai RM289.66 juta daripada 1.32 bilion saham bernilai RM286.80 juta pada Jumaat.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 520.27 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (815.19 juta), pembinaan (86.94 juta), teknologi (198.55 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (47.65 juta), hartanah (138.59 juta), perladangan (20.14 juta), REITs (14.50 juta), dana tertutup (8,000), tenaga (389.42 juta), penjagaan kesihatan (73.75 juta), telekomunikasi dan media (22.73 juta), pengangkutan dan logistik (69.76 juta) dan utiliti (12.87 juta). -- Bernama


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376

Bursa Malaysia dibuka rendah

September 14, 2021 @ 10:32am

Bursa02.transformed_0_1631586740.jpg


Kaunter saham Bursa Malaysia - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan kekurangan minat belian, walaupun prestasi semalaman Wall Street kukuh.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.76 mata kepada 1,569.37 daripada 1,570.13 semasa ditutup pada Isnin.

Ia dibuka rendah 0.58 mata kepada 1,569.55.

Bagaimanapun, suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 198 berbanding 144, manakala 279 kaunter tidak berubah, 1,647 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 166.81 juta unit bernilai RM87.51 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata, pasaran boleh diimbangi oleh potensi aktiviti belian saham pada harga rendah pada minggu ini berikutan peningkatan semula yang positif di Wall Street, selain kestabilan dalam landskap politik tempatan selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) semalam.

"Bagi komoditi, harga minyak sawit mentah dan minyak mentah berada pada aliran meningkat, manakala harga aluminium terus mencatatkan peningkatan.

"Oleh itu, kami menjangka aktiviti belian saham pada harga rendah akan berterusan dalam saham yang mencatatkan pemulihan seperti perbankan, pengguna dan pelancongan terutamanya dalam segmen perjalanan domestik," menurut firma penyelidikan itu dalam nota hari ini.

Katanya pelabur juga boleh menjalankan dagangan di kaunter perladangan serta minyak dan gas dalam persekitaran harga komoditi yang kukuh.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM8.30, Public Bank dan CIMB Group, masing-masing merosot dua sen kepada RM4.04 dan RM4.82 manakala Petronas Chemicals meningkat tiga sen kepada RM8.02.

Daripada saham aktif, Kejuruteraan Asastera naik satu sen kepada 39.5 sen, DataPrep Holdings meningkat empat sen kepada RM1.19 manakala Avillion dan Tanco Holdings, masing-masing tidak berubah pada 15.5 sen dan 23.5 sen.

Kaunter paling rugi termasuklah SAM Engineering yang merosot 18 sen kepada RM14.56, diikuti Genetec Technology yang susut 12 sen kepada RM32.94 dan Maxis yang berkurangan 10 sen kepada RM4.66.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 2.20 mata kepada 11,483.56, Indeks FBMT 100 naik 0.18 mata kepada 11,172.87 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 12.53 mata kepada 12,582.14.

FBM 70 naik 22.03 mata kepada 15,020.65 manakala FBM ACE meningkat 5.00 mata kepada 7,224.11.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 8.57 mata kepada 6,589.64, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.94 mata kepada 201.58 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 28.82 mata kepada 15,344.73.

-BERNAMA


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376

Bursa Malaysia jatuh 14.62 mata

September 14, 2021 @ 6:41pm

bursa-kaunter_1631616045.jpg


Kaunter saham Bursa Malaysia - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia terus merosot untuk ditutup rendah petang ini, diheret turun oleh kegiatan penjualan yang membabitkan kaunter berwajaran tinggi didahului oleh Kuala Lumpur Kepong (KLK).

Pada jam 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 14.62 mata kepada 1,555.51 berbanding penutupan Isnin pada paras 1,570.13.

Indeks utama itu yang dibuka 0.58 mata lebih rendah pada 1,569.55, berlegar antara 1,548.89 dan 1,573.18 di sepanjang urus niaga.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung 716 berbalas 339 sementara 424 kaunter tidak berubah, 789 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 4.66 bilion unit bernilai RM3.01 bilion daripada 4.01 bilion unit bernilai RM2.40 bilion pada Isnin.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata ekuiti Malaysia berakhir rendah di tengah-tengah sentimen bercampur, sama seperti prestasi pasaran serantau kerana pelabur menantikan data inflasi AS yang terkini.

"FBM KLCI ditutup rendah untuk hari keempat berturut-turut, kehilangan 0.93 peratus dengan kegiatan jualan yang ketara membabitkan saham perbankan.

"Namun begitu, dengan sokongan belian daripada dana asing, kami percaya indeks penanda aras akan disokong dengan baik pada paras semasa," katanya kepada Bernama.

Beliau menambah pada penilaian semasa, beberapa aktiviti membeli saham murah dijangka muncul dan FBM KLCI diunjur berlegar antara 1,560-1,580 untuk baki minggu urus niaga ini.

Pada penutupan, 20 daripada 30 saham komponen FBM KLCI mencatatkan dagangan rendah sementara tujuh kaunter memperoleh kenaikan dan tiga yang lain tidak berubah.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun satu sen kepada RM8.29, Public Bank berkurangan enam sen kepada RM4.00, Petronas Chemicals jatuh tujuh sen kepada RM7.92 dan Press Metal Aluminium merosot 23 sen kepada RM5.58.

Bagi kaunter aktif, Kanger International susut setengah sen kepada 5.5 sen, KNM Group, Avillion dan Serba Dinamik masing-masing merosot satu sen kepada 27 sen, 14.5 sen dan 36 sen.

Saham paling kerugian termasuk KLK yang turun 42 sen kepada RM20.42, diikuti oleh Hong Leong Bank menyusut 34 sen kepada RM18.46, serta Aeon Credit Service jatuh 28 sen kepada RM11.82.

Antara saham yang mencatatkan keuntungan pula adalah Nestle yang mengembang 80 sen kepada RM134.80, D&O Green Technologies melonjak 40 sen kepada RM5.55 dan Daibochi meningkat 30 sen kepada RM2.69.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 86.51 mata kepada 11,394.80, Indeks FBMT 100 menguncup 84.89 mata kepada 11,087.80 dan Indeks FBM Emas Syariah menyusut 78.57 mata kepada 12,491.04.

FBM 70 merosot 39.20 mata kepada 14,959.42 sementara FBM ACE susut 79.82 mata kepada 7,139.29.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 78.68 mata kepada 6,502.39, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri susut 2.70 mata kepada 197.94, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan dengan ketara sebanyak 173.73 mata kepada 15,199.82.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 2.79 bilion saham bernilai RM2.67 bilion daripada 2.41 bilion saham bernilai RM2.05 bilion pada Isnin.

Perolehan waran mengembang kepada 430.28 juta unit bernilai RM65.47 juta berbanding 378.50 juta unit bernilai RM62.16 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE lebih tinggi kepada kepada 1.41 bilion saham bernilai RM282.02 juta daripada 1.17 bilion saham bernilai RM289.66 juta semalam.

Produk dan perkhidmatan pengguna menguasai 616.06 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (954.72 juta), pembinaan (126.57 juta), teknologi (219.88 juta), SPAC (kosong), perkhidmatan kewangan (87.15 juta), hartanah (152.03 juta), perladangan (47.38 juta), REIT (8.40 juta), dana tertutup (11,400), tenaga (354.01 juta), penjagaan kesihatan (92.31 juta), telekomunikasi dan media (49.71 juta), pengangkutan dan logistik (62.42 juta) dan utiliti (18.05 juta). -BERNAMA


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376

Bursa Malaysia tingkat perhubungan pelabur

September 14, 2021 @ 8:24pm

BURSA_SAHAM_1631622235.jpg


Bursa Malaysia - Foto fail NSTP


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd melaksanakan program insentif perhubungan pelabur dan awam untuk mempertingkatkan keterlihatan dan kebolehcapaian syarikat senaraian awam (PLC) kepada komuniti pelaburan menerusi kerjasama perhubungan pelabur yang lebih aktif.

Pengendali bursa itu berkata, PLC yang menyertai program rintis itu akan menjalani latihan selama setahun untuk memperkukuh kemampuan perhubungan pelabur dalaman mereka ke arah kerjasama perhubungan pelabur yang lebih berkesan.

Skop program perhubungan pelabur dan awam itu merangkumi antaranya membantu PLC dan pengurusan kanannya dengan persediaan slaid pembentangan korporat dan lembaran fakta, merancang dan menganjurkan taklimat pelabur dengan penganalisis dan pengurus dana, di samping membantu menerusi langkah perhubungan awam seperti kenyataan dan temu bual media.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift, berkata penting untuk PLC membangunkan hubungan erat dengan pemegang saham yang berpotensi dan sedia ada, selain mengadakan komunikasi yang berkesan dengan semua pihak berkepentingan mengenai pencapaian ekuiti dan azam mereka.

"Berbuat demikian secara konsisten akan membantu pelabur dalam membuat keputusan pelaburan secara bermaklumat, yang mana adalah komponen penting untuk kejayaan syarikat dalam pasaran pelaburan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, program itu bukan hanya membantu PLC mengenal pasti nilai perhubungan pelabur malah membantu memasarkan dan mempromosikan daya tarikan mereka sebagai pelaburan berdaya maju, berpotensi meningkatkan profil, penilaian dan mudah tunai PLC.

Program berkenaan adalah tumpuan strategik Bursa Malaysia bagi penambahbaikan ekosistem, yang bertujuan mengembangkan kerancakan pasaran dan mudah tunai di samping menyediakan platform pengumpulan modal yang kondusif kepada PLC sedia ada.

Setakat 1 September, dua PLC iaitu Ge-Shen Corporation dan Excel Force MSC Bhd mengadakan taklimat perhubungan pelabur masing-masing, sekali gus memperoleh minat yang tinggi dan penyertaan lebih 130 orang meliputi pengurus dana, penganalisis dan pelabur institusi.
-BERNAMA


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376

Bursa Malaysia meningkat selepas dibuka rendah​

September 15, 2021 @ 10:39am

stock-prices-bursa_1631673502.jpg


Kaunter saham Bursa Malaysia - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengalami peningkatan selepas dibuka rendah pada Rabu, disokong oleh pembelian semasa harga rendah ke atas saham berwajaran tinggi terpilih didahului kaunter perkhidmatan kewangan.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran naik 2.23 mata kepada 1,557.74 daripada 1,555.51 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka 0.65 mata lebih rendah kepada 1,554.86.

Lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 165 berbanding 158 manakala 277 kaunter tidak berubah, 1,668 kaunter tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 169.04 juta unit bernilai RM84.62 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, kebimbangan mengenai kemungkinan kadar faedah dikecualikan ke atas moratorium pembayaran balik pinjaman selain cukai keuntungan luar biasa yang dijangka dikenakan, telah menakutkan pasaran.

"Bagaimanapun, kami yakin pasaran dijangka mengalami situasi 'terlebih jual' dalam tempoh terdekat dan aktiviti pembelian semasa harga rendah akan muncul.

"Sementara itu, kaunter perladangan serta minyak dan gas mungkin memperoleh daya tarikan susulan kenaikan harga minyak sawit mentah dan minyak mentah," jelasnya dalam nota penyelidikan pada Rabu.

Firma pembrokeran itu turut yakin pelabur akan menumpukan sektor yang bertemakan pemulihan seperti penerbangan dan berkaitan dengan pengguna memandangkan pembukaan semula perniagaan mengikut Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan RHB Bank masing-masing naik satu sen kepada RM8.30, RM4.01 dan RM5.36 sementara Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.92 dan Tenaga Nasional turun dua sen kepada RM10.16.

Bagi kalangan saham aktif, Emico Holdings menambah 4.5 sen kepada 48.5 sen, Bintai Kinden naik 1.5 sen kepada 54.5 sen dan Techna-X meningkat setengah sen kepada 9.5 sen.

Saham paling untung ialah Hong Leong Bank yang melonjak 18 sen kepada RM18.64, Hong Leong Financial menokok 16 sen kepada RM18.46 dan Widetech menambah 12 sen kepada RM5.77.

Antara saham paling rugi, Sam Engineering yang merosot 46 sen kepada RM14.24, Gets Global turun 15 sen kepada RM1.80 dan PMB Technology susut 13 sen kepada RM7.02.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 16.71 mata kepada 11,411.51; Indeks FBMT 100 menokok 17.85 mata kepada 11,105.65 dan Indeks FBM Emas Syariah naik 8.01 mata kepada 12,499.05.

FBM 70 melonjak 31.69 mata kepada 14,991.11 sementara FBM ACE naik 0.18 mata kepada 7,139.47.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 24.70 mata kepada 6,477.69, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.02 mata kepada 197.96 serta Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 51.05 mata kepada 15,250.87.

-BERNAMA


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register