Belajar Melabur Saham di Bursa Malaysia

Recommended Brokers


Sponsored Post

cyborg

Active+ Member
Joined
Aug 14, 2008
Messages
4,542
Reaction score
95
Points
30
Aku nak tanya sikit pasal ODD LOT.
Dapat bonus share & bonus warrant .
Jumlah tak genap 1000 unit. ada dalam 478 unit macam tu.

Nak jual boleh tak 478 unit tu ?

Atau nak genapkan jadi 1000 , tambah lagi 522 unit saham ?

Macam mana pulak aku nak beli 522 unit tu ?
 

mytrade

Super Active Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
7,087
Reaction score
237
Points
73
Aku nak tanya sikit pasal ODD LOT.
Dapat bonus share & bonus warrant .
Jumlah tak genap 1000 unit. ada dalam 478 unit macam tu.

Nak jual boleh tak 478 unit tu ?

Atau nak genapkan jadi 1000 , tambah lagi 522 unit saham ?

Macam mana pulak aku nak beli 522 unit tu ?
Skrg 1 lot adalah 100 unit..
so bro ada 4lot 78 unit..
yg odd tu 78 unit je...
boleh jual cara odd..
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,864
Reaction score
20,716
Points
1,661
sime darby, plantation, property listed arini. xperasan plak
 

joee

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,610
Reaction score
907
Points
161
scomnet sapa ada pegang..
tp 0.350
cp 0.335
cl 0.290

sapa yg sauk 2hari lepak mmg mkn besar ler
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,864
Reaction score
20,716
Points
1,661
Saham Kinsteel jatuh 80 peratus

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Saham Kinsteel Bhd. (Kinsteel) jatuh 80 peratus dalam dagangan awal pagi ini selepas berdepan de*ngan penggantungan kerana gagal mengemukakan pelan penyusunan semula syarikat itu.


Kinsteel yang ditubuhkan pada 1991 dan disenaraikan pada 2002 merupakan satu daripada 18 syarikat tersenarai yang berada di bawah Amalan Nota 17 (PN17).

Pada pagi ini, kaunter saham syarikat jatuh dua sen atau 80 peratus dan mencatatkan serendah 0.5 sen dengan lebih 14 juta saham diniagakan.

Menurut Kinsteel, urus niaga syarikat akan digantung berkuat kuasa 5 Januari 2018 selepas Bursa Securities menolak permohonannya untuk melanjutkan tempoh bagi mengemukakan pelan tersebut.

“Syarikat akan dinyahsenarai pada 9 Januari 2018 melainkan rayuan dikemukakan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd. pada atau sebelum 4 Januari 2018. Selepas dinyahsenarai, syarikat akan terus wujud tetapi hanya kekal sebagai entiti tidak disenaraikan,” jelasnya dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Kinsteel berada dalam senarai PN17 sejak 23 Oktober 2016 selepas juruaudit mendapati wujud penafian pendapat dalam penya*ta kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2016. Disebabkan penafian itu, juruaudit luaran Crowe Horwath mendapati syarikat berdepan kerugian walaupun liabiliti semasa melebihi aset semasa.

Laporan audit itu juga menunjukkan syarikat mengalami kerugian bersih sebanyak RM91.7 juta dan RM87.7 juta masing-masing bagi tahun kewangan 2016. Ia turut mendapati setakat 30 Jun 2016, kumpulan dan liabiliti semasa syarikat melebihi aset semasa masing-masing sebanyak RM701.7 juta dan RM462 juta.

Kinsteel adalah pemegang saham yang mengawal pengeluar produk keluli huluan, Perwaja Holdings Bhd. yang sebelum ini berada dalam PN17 sejak akhir 2013.


http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/saham-kinsteel-jatuh-80-peratus-1.581134
 

gadgetmall

Super Active Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
7,063
Reaction score
31
Points
70
good news bro..minyak sawit harga memang cantik sekarang, kena time nak list, boleh try IPO..property tu mcm susah sikit, sbb sime darby dah kekeringan land bank. rasanya last area yang ada dengkil ke nilai kan? along guthrie highway dah abis..elimna yang last
bro..

tapi skrang ni bkn ke sime darby prop skrang ni nak develop negeri 9?

Plus, tgh venture UK market?

price pon tgh bullish.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register