BTC USD 59,968.6 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belaian Oscar Tanda Ajal Telah Sampai

highway

Active+ Member
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,417
Reaction score
293
Points
46
Belaian Oscar Tanda Ajal Telah Sampai
Oscar_mati_1_dua.jpg

Oscar, kucing yang berpelesiran di hospital Steere House di Rhode Island, Amerika Syarikat memiliki keupayaan menghidu kematian. - Foto www.metro.co.uk

BAGI mereka yang meminati kucing, setiap kali binatang peliharaan itu datang menghampiri mereka sambil dengan mengiau dan menggeselkan badan dengan penuh manja,hati yang gundah pasti cair dan akan terbit perasaan teruja, gembira dan rasa sayang.

Namun, berlainan pula dengan seekor kucing bernama Oscar yang berpelesiran di hospital Steere House di Rhode Island, Amerika Syarikat.

Kedatangannya di tepi katil pesakit amat digeruni oleh setiap orang.

Ini kerana kehadiran kucing berwarna coklat bertompok kelabu di belakang badan dan putih di bahagian perutnya itu menandakan si pesakit bakal menemui ajal dalam masa terdekat.

Semua kakitangan dan doktor hospital itu mengetahui kelebihan kucing yang mempunyai kelebihan luar biasa ini.

Oscar_mati_satu.jpg

Kehadiran Oscar 'digeruni' kerana ia menandakan ajal seseorang pesakit telah sampai.

Mereka tahu sudah sampai masanya untuk memberitahu ahli-ahli keluarga apabila Oscar 'melawat' si pesakit tertentu.

Jika diasingkan di luar bilik pesakit itu, kucing itu akan mencakar pintu dan dinding sebagai tanda ia ingin masuk ke bilik tersebut.

Malah sesetengah ahli keluarga memuji kucing itu kerana mereka percaya Oscar telah datang untuk memberikan sokongan moral atas kematian saudara-mara atau rakan.

Pelbagai teori dan andaian dibuat berhubung dengan kelebihan Oscar.

Ada yang berpendapat kucing tertentu memiliki keupayaan menghidu sel-sel pesakit yang sudah mati dan bakal menemui ajal tidak lama lagi.

Oscar dipercayai termasuk dalam golongan kucing istimewa yang memiliki keupayaan tersebut.
 
Sponsored Post

tokmat™

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Dec 23, 2005
Messages
33,932
Reaction score
277
Points
136
tak lama lagi Oscar pun akan mati macam sotong Paul......
 

mohdridzuan®

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Oct 16, 2008
Messages
11,852
Reaction score
40
Points
130
comel betul kuceng ni,
kalau den jumpe, memang amik bawak
balik umah terus :D
 

surfer957

Super Active Member
Joined
Mar 30, 2008
Messages
7,974
Reaction score
26
Points
70
kesian kucing tuh, mesti dibenci pesakit2 di hospital sebab disyaki membawa suey.. :))
 

hamtaro77

Active Member
Joined
Oct 28, 2008
Messages
2,266
Reaction score
25
Points
35
comel kucing nie...
jumpa kat aku...bawa lari balik umah la jawap nye...
hahaha...:))
 

Defxz

Fun Poster
Joined
Oct 2, 2010
Messages
369
Reaction score
34
Points
20
kucing ade power lak:-?
kalau kat hospital 2, msti lari kalau kucing 2 gi kat kita
sbb maksudnya mase nk sampai:p
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register