BTC USD 26,813.3 Gold USD 1,958.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas wartawan Melodi Nas Ahmad hidap penyakit jantung, reda diuji

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,405
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
40,405
Reaction score
5,236
Points
481
Awards
1
Bekas wartawan Melodi Nas Ahmad hidap penyakit jantung, reda diuji



2 min
KUALA LUMPUR: Kalau dahulu, saya siarkan cerita artis sakit dan terima sumbangan. Kali ini, cerita saya sakit pula dilaporkan media."

Demikian luahan bekas wartawan program hiburan popular, Melodi, iaitu Nas Ahmad, 61 tahun, yang menghidap penyakit jantung.

Nas yang popular dengan jolokan Abang Nas Terjah iaitu mengikut segmen kendaliannya dalam Melodi, menjelaskan penyakitnya dikesan sejak Januari tahun lalu.

Katanya, sebelum ini beliau tidak pernah mengalami sakit kronik atau dimasukkan ke wad.

"Ketika hendak tidur, tiba-tiba rasa susah hendak bernafas. Tunggang terbalik saya dibuatnya atas katil.

"Selepas sejam, keadaan masih sama. Jadi, saya ambil sahaja ubat yang ada di rumah seperti habatus sauda.

"Ketika hendak tidur, tiba-tiba rasa susah hendak bernafas. Tunggang terbalik saya dibuatnya atas katil.

"Memang terperanjat. Saya terus hubungi ambulans untuk dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB). Itulah pertama kali saya masuk wad," katanya kepada BH Online.


Mengulas lanjut mengenai punca penyakit jantung dihidapi, Nas atau nama sebenar, Mohd Nasir Ahmad berkata, keadaan itu disebabkan saluran darah tersumbat selain kesan menghisap rokok.

"Apa yang terjadi adalah saluran darah saya tersumbat. Selain itu, saya ini perokok. Kalau zaman muda dahulu, saya memang selalu hisap rokok.

"Apabila habis sahaja waktu sekolah, rokok yang saya akan cari," katanya.

Nas menjelaskan, beliau sepatutnya menjalani pembedahan angiogram di Hospital Serdang, Mac tahun lalu, namun ditunda kepada bulan lalu.

Akibatnya, Nas mengalami beberapa kesan sampingan sehingga sekali lagi terpaksa menunda pembedahan kepada Mac nanti.

"Ada beberapa kesan sampingan antaranya kaki bengkak kemudian naik kepada paha, pinggang dan akhirnya ke dada.

"Saya tidak dapat buat pembedahan kerana perlu pastikan bengkak surut.

"Mac nanti, saya masuk semula ke wad untuk menjalani Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).

"Selepas itu, keadaan saya akan dipantau sebelum dibenarkan untuk menjalani pembedahan," katanya.

Ditanya mengenai bantuan diterima, Nas berkata, ada pertubuhan kebajikan yang menghulurkan sumbangan.

Namun, akui Nas terperanjat apabila melihat namanya tersenarai sebagai penerima bantuan.

"Kalau dahulu orang kenal saya sebagai wartawan hiburan, tetapi sekarang perlu dibantu pula.

"Mungkin orang yang lihat saya di kaca televisyen (TV) dahulu ingat saya ini kaya. Hakikatnya, tidak begitu.

"Saya hanya manusia biasa. Jadi, saya serahkan kepada rezeki daripada Allah, masing-masing sudah ada bahagian sendiri," tambah beliau, menurut BH Online.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register