BTC USD 66,497.3 Gold USD 2,405.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Wartawan Hiburan Terkenal Huzz Huzaini Meninggal Dunia

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
449,013
Paid Membership
Top Poster #6
Joined
Mar 15, 2010
Messages
449,013
Reaction score
36,274
Points
2,836
Awards
2

Bekas wartawan hiburan terkenal Huzz Huzaini meninggal dunia​


08 JUN 2024

2681664.jpeg

Huzz


SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Bekas wartawan hiburan terkenal, Huzz atau nama sebenar Kamal Huzaini Kamaludin menghembuskan nafas terakhir jam 6.10 petang pada Sabtu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh adiknya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Nur-ul Afida Kamaludin menerusi siaran di platform media sosial Facebook.

“Dukacita dimaklumkan kekanda kami, Kamal Huzaini Kamaludin atau Huzz meninggal dunia pada jam 6.10 petang 8 Jun 2024,” katanya pada Sabtu.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bertam.

Sebelum ini, Huzz, 59, dilaporkan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menerima rawatan sejak sekitar Mac lalu selepas dia disahkan menghidap kanser usus tahap empat.

Berita tersebut turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau menerusi Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi menziarahi Huzz pada 21 Mei lalu.

Allahyarham juga popular ketika era 80-an dan 90-an dahulu menerusi penulisan berkaitan dunia hiburan artis tanah air.

Pengalaman paling menarik Allahyarham adalah dia berjaya mengesan kisah cinta penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan mendedahkan artis tersebut berkawan dengan seorang usahawan dikenali dengan nama Datuk K.

Hasil penulisan berkenaan menyebabkan panggilan Datuk K yang merujuk kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kekal sinonim sehingga kini.

Allahyarham juga pernah menyertai Kumpulan Media Karangkraf dan bertugas bagi majalah Media Hiburan.
Allahyarham turut sertai Utusan Melayu (M) Berhad sebagai wartawan majalah URTV dan dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarang Majalah Mangga.

Jawatan terakhir Huzz yang berkhidmad di Utusan Melayu ialah sebagai Pengarang URTV sebelum bersara sepenuhnya selepas syarikat berkenaan menutup operasi pada 2019.

Selain itu, Allahyarham juga merupakan penulis lirik dan dikenali menerusi lagu nyanyian Ramlah Ram berjudul Keangkuhan Mu.


 
Sponsored Post

Allahyarham juga pernah menyertai Kumpulan Media Karangkraf dan bertugas bagi majalah Media Hiburan.
Allahyarham turut sertai Utusan Melayu (M) Berhad sebagai wartawan majalah URTV dan dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarang Majalah Mangga.
 
"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah." - Fahmi

 

Jasa dan kebaikan Huzz kekal terpahat dalam industri hiburan​


08 JUN 2024

2682140.jpg

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin menyiram air di pusara selepas pengebumian jenazah abangnya yang juga wartawan hiburan terkenal era 1980-an hingga 1990-an, Allahyarham Kamal Huzaini Kamaludin atau lebih dikenali sebagai Huzz, 58, di Tanah Perkuburan Islam Permatang Langsat di Kepala Batas, Pulau Pinang malam ini. Foto Bernama


KUALA LUMPUR – Dunia kewartawanan hiburan hari ini kehilangan sebutir permata yang mewarnai industri seni tempatan.

Pemergian Kamal Huzaini Kamaludin atau lebih popular dengan panggilan Huzz pada usia 58 tahun tepat 6.10 petang tadi, mengakhiri derita ditanggung Allahyarham akibat kanser usus tahap empat sejak Mac lepas.

Khabar duka pemergian Huzz meninggalkan kesan cukup mendalam bukan sahaja rakan-rakan wartawan tetapi juga dalam kalangan artis dan selebriti.

Allahyarham Huzz memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 1980-an bersama akhbar Harian Nasional, sebelum menjadi Pengarang Majalah URTV di Utusan Karya Sdn Bhd sekitar awal 1990.

Selain itu, Huzz juga pernah menyertai majalah Media Hiburan milik Kumpulan Karangkraf sebelum ‘berhijrah’ ke Utusan Malaysia serta pernah bergandingan dengan Allahyarham Juwie, seorang lagi wartawan hiburan popular seangkatannya di majalah Mangga, juga terbitan Utusan Karya.

Allahyarham terkenal dengan perwatakan ceria dan ramah, selain sikap profesional dalam melaksanakan tugas sehingga amat disenangi rakan seperjuangan dan artis.

Penulisan Huzz yang bersifat kritikan, teguran serta pandangannya dalam industri hiburan tempatan amat signifikan malah beliau dianggap antara sosok penting dalam perjalanan kerjaya seni ramai artis hebat seperti Biduwanita Sharifah Aini, Ramlah Ram dan penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Sekitar 2006, Huzz pernah menggegarkan industri hiburan negara apabila menjadi wartawan pertama mendedahkan kisah cinta Siti Nurhaliza bersama usahawan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dan hasil penulisan beliau yang menggunakan julukan nama ‘Datuk K’ terus menjadi fenomena dan kekal sehingga kini.

Selain hebat dalam penulisan berita hiburan, bakat Huzz turut menyinar dalam penulisan lirik menerusi lagu Keangkuhanmu dendangan Ramlah Ram.

Rakan seperjuangan Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) Tengku Datuk Khalidah Tengku Bidin berkata, walaupun Allahyarham berkhidmat dalam bidang kewartawanan hiburan namun hasil kerja Huzz amat berimpak tinggi dalam industri itu malah disifatkan sebagai pemula trend di kemuncak kerjayanya.

“Walaupun dia merupakan wartawan hiburan tetapi peranan dia dalam dunia kewartawanan Malaysia sangat besar dan merupakan pemula trend kepada industri ini. Dia kalau nak sesuatu berita, dia akan cari sampai ke lubang cacing…begitu semangat arwah.

“Berita-berita yang dibuat banyak beri impak kepada masyarakat terutama kepada individu yang berada dalam industri seni. Ada satu berita dia tulis elok-elok daripada artis itu nak cerai tiba-tiba terus tak jadi,” katanya kepada Bernama.

Beliau yang mengenali arwah sejak tahun 90-an berkata, Huzz juga antara individu terakhir yang mempertahankan Utusan Melayu Berhad sehingga syarikat penerbitan itu ditutup pada 2019.

Sementara itu, teman rapat arwah yang juga merupakan pelakon veteran Datuk Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra disapa Kak Ogy berkata, arwah seorang wartawan yang sangat amanah dalam menjaga rahsia selain suka membantu selebriti ketika itu.

“Dia memang seorang yang jaga rahsia. Kalau dia nak buka cerita buruk mengenai artis boleh tulis, tetapi dia bukan orang seperti itu. Malah Huzz sentiasa memberi sokongan banyak kepada rakan artis dan juga bukan jenis yang suka menunjuk-nunjuk bila tolong orang,” katanya.

Turut berkongsi kenangan bersama arwah, Siti Nurhaliza yang mengenali Huzz sejak dari awal bergelar artis selepas memenangi pertandingan Bintang HMI pada 1995.

Menurut penyanyi itu, beliau dan suami sempat menziarah Allahyarham di hospital sebelum ini dan Huzz bercerita tentang kisah dan pengalaman dilalui bersama sepanjang kerjasama antara artis dan wartawan.

“Sewaktu melawat beliau, kami juga sempat memberi khabar bahawa pihak Yayasan Nurjiwa akan menunaikan (upah) badal haji buat Allahyarham. Doakan agar urusan badal haji Allahyarham dapat kami sempurnakan,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Pemergian Huzz tentunya ditangisi namun jasa, semangat dan kecintaan Allahyarham dalam merancakkan industri hiburan tanah air pastinya akan diingati dan terpahat dalam dunia seni tempatan. – Bernama
 
"Kami semua bersyukur kerana arwah pergi dengan tenang dan mudah, malah selepas kematian urusan pengebumian berjalan lancar." - Keluarga

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register