BTC USD 64,574.8 Gold USD 1,789.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Timbalan Pendakwa Raya dijel kerana cuba lupus BMW curi

eboss

CG Hardcore
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KLANG - Seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah terhadap tuduhan cuba melupuskan sebuah kereta mewah milik isterinya yang dilaporkan dicuri empat tahun lalu.

Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman itu ke atas Lukman Zainuddin, 37, selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Yong Zarida menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh jatuh hukuman iaitu semalam selain memerintahkan penjara tiga bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda yang dikenakan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Lukman untuk menangguhkan hukuman penjara sehingga kes rayuan terhadap kes tertuduh selesai dengan mengekalkan jaminan RM5,000.

Lukman yang berkhidmat di Jabatan Peguam Negara pada 1997 dituduh cuba melupuskan sebuah kereta BMW 318 (i) (A) bernombor pendaftaran ADT 6677 di Pangsapuri Putra Harmoni di Precint 9, Putrajaya di antara pukul 11 malam 24 Mac 2006 hingga pukul 12.15 pagi pada 25 Mac 2006.

Terdahulu, peguam mewakili Lukman, Azizzul Shariman Mat Yusoff merayu agar mahkamah mengenakan hukuman ringan ke atas anak guamnya berdasarkan faktor kesalahan pertama, tiada rekod jenayah mahupun masalah disiplin di tempat kerja.
 
Sponsored Post

Uzyr R

Super Active Member
Joined
Jul 23, 2008
Messages
7,750
Reaction score
86
Points
70
pengamal undang2 pn takkan terlepas dari undang2..nasib le..
 

kalau

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
mlupus keta yg dicuri.....macam mana tu?
 

myrayyan

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2010
Messages
14,183
Reaction score
75
Points
130
tulah nak tau gak maksud lupus tu bakar ker?lain kali jumpa balik kete anda yg dicuri bgtau kat polis balik..ni nak pi lupus..ada kes tersembunyi kot.
 

Aqua-man

Legendary Member
Joined
Nov 8, 2009
Messages
11,415
Reaction score
8
Points
115
Terdahulu, peguam mewakili Lukman, Azizzul Shariman Mat Yusoff merayu agar mahkamah mengenakan hukuman ringan ke atas anak guamnya berdasarkan faktor kesalahan pertama, tiada rekod jenayah mahupun masalah disiplin di tempat kerja.
lepas jatuh hukum mesti ayat standard ni keluar, kenapo maso buat kojo tu tak pikir semua ni... :-? :-? :-?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register