TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,118
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,118
- Reaction score
- 22,834
- Points
- 1,831
- Awards
- 1

Ketiga-tiga senjata api yang ditemui bersama suspek berkenaan dirampas polis bagi membantu siasatan.
KOTA BHARU - Taktik seorang bekas tentera menyorokkan senjata api dalam sebuah tong minyak di belakang rumahnya terbongkas sejurus ditahan dalam serbuan di Kampung Padang Bemban, di sini, Khamis lalu.
Suspek berusia 41 tahun tersebut ditahan dalam Ops Api oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan JSJ Ibu Pejabat Polis Tumpat pada jam 6.40 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, hasil soal siasat ke atas suspek, lelaki tersebut menunjukkan lokasi senjata itu disimpan iaitu di bahagian belakang rumahnya yang berhampiran dengan bangsal kereta.
“Pemeriksaan dibuat ke atas tong minyak plastik berwarna hijau bertulis ‘BP Visco Diesel’ itu mendapati di dalamnya terdapat beberapa beg plastik yang ditutup. Apabila dibuka, terdapat satu pucuk pistol berwarna hitam bertulis Made In Taiwan Cobra Coperation CCT dan bahagian pemegangnya bertulis ‘UTK 075’. Juga ada di dalam tong itu ialah satu buku lima berwarna keemasan.
“Turut dijumpai tersandar di bahagian tepi stor, satu senapang angin buatan sendiri yang dibalut di bahagian badannya dengan kain Bendif dan berlilit pita pelekat bewarna hitam,” katanya kepada pemberita di IPK, di sini, pagi tadi.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut kemudian dilakukan dan menjumpai satu lagi senjata senapang angin berwarna hitam bertulis ‘Sharp Innova Patent Japan & USA’, tersandar di tepi dinding di dalam bilik tidur suspek.
“Siasatan awal terhadap pemilikan senjata tanpa lesen itu, suspek mengaku memperolehnya dari negara jiran sebelum diubahsuai bagi kegunaan sendiri iaitu untuk menembak musuh tanaman, bagaimanapun siasatan terperinci terhadap motif pemilikan ketiga-tiga senjata itu, masih disiasat polis,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/senjata-api-dalam-tong-minyak-1.323959