BTC USD 27,905.6 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Suami Penyanyi Dangdut Belasah Wanita Di Percayai Isteri Baru

Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,401
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,401
Reaction score
5,117
Points
516
Awards
1
Bekas Suami Penyanyi Dangdut Popular Sudah Kena Cekup Di Setapak

19.11.2022 - Kuala Lumpur, Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki mendera isterinya di sebuah unit kondominium di Batu 9, Cheras, Kuala Lumpur. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek berusia 58 tahun itu ditahan di Setapak pada pukul 4.35 pagi pada Sabtu. Jelasnya, siasatan mendapati isterinya berusia 45 tahun dipukul dan ditendang oleh suspek sehingga menyebabkan badannya cedera.

"Suspek turut menarik rambutnya dan menendang kepalanya menyebabkan dia melarikan diri dari rumah. Pembantu rumah mereka dan anak perempuan mereka berusia tujuh tahun serta pemandu suspek menyaksikan kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah Mohd Zaid, mangsa menerima rawatan awal di hospital dan disahkan mengalami kecederaan akibat pukulan di kedua-dua belah mata, kepala, kaki dan belakang badan.

“Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan peras ugut,” katanya.

Suspek turut direman selama empat hari sehingga 22 November untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2017. Mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di 014- 5156933 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu Majoriti melaporkan video tular berdurasi satu minit tujuh saat itu menunjukkan seorang lelaki tidak berbaju, dipercayai bekas suami penyanyi dangdut popular 90-an dirakam menarik rambut isteri baharunya itu sebelum mengheretnya. Mangsa kemudian dipukul dan ditendang beberapa kali sementara seorang kanak-kanak turut berada di tempat kejadian menangis selain beberapa kali kedengaran merayu memohon maaf.

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2022...a-cekup-di-setapak-disyaki-dera-isteri-baharu
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,401
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,401
Reaction score
5,117
Points
516
Awards
1
Suami bekas penyanyi yang juga ahli perniagaan dihukum penjara tiga bulan dan denda RM2,000 di Mahkamah Majistret Kajang selepas didapati bersalah memukul isterinya.

1669100014666.png
 
Sponsored Post

Top
Log in Register