cek mek molek
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 125,444
Paid Membership
Top Poster #2
- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 125,444
- Reaction score
- 21,326
- Points
- 2,866
- Awards
- 1
Bekas speaker PH, Ariff nafi spekulasi dilantik semula
December 4, 2022 6:25 PM
Ariff Md Yusof dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat dari Julai 2018 sehingga Julai 2020 selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang.
PETALING JAYA: Ariff Md Yusof menafikan spekulasi beliau mungkin dilantik semula sebagai Speaker Dewan Rakyat di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Pemilihan speaker bagi penggal Parlimen baharu menjadi agenda utama Dewan Rakyat yang akan bersidang dua hari mulai 19 Dis ini.
“Ia sekadar khabar angin. Saya tiada maklumat mengenainya,” katanya kepada FMT sambil menambah esok ialah tarikh akhir penyerahan nama untuk jawatan itu.
Bekas hakim itu menjadi Speaker Dewan Rakyat dari Julai 2018 hingga Julai 2020, selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang dan diambil alih Perikatan Nasional.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar menafikan khabar angin beliau akan menggantikan Azhar Harun sebagai Speaker Dewan Rakyat.
Sehingga kini, katanya, tiada notis atau makluman diterimanya untuk mengisi jawatan itu seperti yang dilaporkan.
Bekas Ahli Parlimen Santubong itu dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada 2008 selama satu penggal.
Azhar dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat pada Julai 2020.
Bekas ketua Suruhanjaya Pilihan Raya itu ialah calon tunggal kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin bagi jawatan itu, selepas usul untuk Ariff mengosongkan jawatannya diluluskan.
Sebagai protes, Ahli Parlimen pembangkang tidak mencalonkan sesiapa untuk jawatan itu.