Bekas setiausaha sulit kanan bekas menteri pelancongan didakwa rasuah RM3 juta

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,578
Reaction score
10,834
Points
1,896
Bekas SUSK bekas menteri, tunang direman 5 hari


Bekas SUSK kepada bekas Menteri dan tunangnya direman lima hari. FOTO Luqman Hakim Zubir.

Bekas SUSK kepada bekas Menteri dan tunangnya direman lima hari. FOTO Luqman Hakim Zubir.


BEKAS setiausaha sulit kanan (SUSK) kepada bekas menteri bersama tunangnya direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan RM3.7 juta.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman kepada kedua-dua suspek sehingga 19 Ogos ini selepas mendengar permohonan dikemukakan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Sumber berkata, wang berkenaan dikaitkan dengan syarikat yang mendapat projek perkhidmatan pengiklanan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Menurut sumber, suspek disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Mereka ditahan pada 5.44 petang semalam selepas menyerah diri di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Terdahulu, suspek lelaki berusia 29 tahun dan pasangannya berusia 28 tahun tiba di perkarangan mahkamah pada 10.15 pagi dan memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga.

Pada 27 Julai lalu media melaporkan, SPRM mendakwa seorang pemilik syarikat atas tiga pertuduhan dan mempunyai kaitan dengan tender pengiklanan berkenaan.

Tertuduh didakwa mengikut seksyen 471 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengemukakan invois yang mengandungi butir matan palsu dan menggunakan dokumen palsu berhubung Tender RFP- Global Advertising Agencies and Promotion for Tourism bernilai RM89 juta bagi tempoh dua tahun.

Berita berkaitan
Bekas setiausaha sulit kanan menteri ditahan SPRM

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Ogos 2020 @ 12:23 PM


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,578
Reaction score
10,834
Points
1,896
Rasuah RM3.7 juta: Dakwa saya sekali di mahkamah jika ada bukti - Mohamaddin Ketapi

Astro Awani | Diterjemahkan oleh: Ridzal Abdullah

Diterbitkan pada
Ogos 15, 2020 11:44 +08 | Durasi: 1 minit, 2 saat


Rasuah RM3.7 juta: Dakwa saya sekali di mahkamah jika ada bukti - Mohamaddin Ketapi

Mohamaddin (tengah) berkata heretlah beliau sekali sekiranya ada bukti yang kukuh. -Astro AWANI

LAHAD DATU: "Tariklah saya ke mahkamah jika ada bukti ... kemukakan fail, kita lawan di mahkamah."

Demikian tegas bekas Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi ketika diminta mengulas mengenai bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) beliau yang dikehendaki berhubung kes rasuah membabitkan RM3.7 juta yang dibayar sebuah syarikat untuk mendapatkan projek kementerian berkenaan.

Bekas SUSK itu menyerah diri semalam di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah dilapor menghilangkan diri kira-kira dua bulan.

"Saya tiada komen mengenai hal ini. Apabila perkara itu keluar, datang pelbagai ancaman dan tawaran kepada saya.



"Saya rasa ini adalah tekanan daripada pihak tertentu agar saya berpaling dan menyokong kerajaan (waktu itu)," katanya selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan parti Warisan Sabah (WARISAN) bahagian Silam pada Sabtu.

Mohamaddin yang juga Ahli Parlimen Silam berkata heretlah beliau sekali sekiranya ada bukti yang kukuh.

Pada 12 Jun lalu SPRM telah mengeluarkan notis untuk mengesan suspek bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan projek pengiklanan di kementerian tersebut bernilai RM90 juta.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, namun enggan mengulas lanjut.



 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
5,913
Reaction score
417
Points
91
Kenapa plk bekas menteri yg meloncat?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,578
Reaction score
10,834
Points
1,896
Rabu, 19 Ogos 2020 | 11:51am


photo6188462487129663955_1597809543.jpg

Mohd Saifullah Mohd Minggu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, atas 18 tuduhan menerima dan meminta rasuah berjumlah lebih RM3.1 juta. - Foto Aswadi Alias
Bekas setiausaha sulit kanan bekas menteri didakwa rasuah RM3 juta


KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri pelancongan seni dan budaya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 18 tuduhan menerima dan meminta rasuah berjumlah lebih RM3.1 juta.

Mohd Saifullah Mohd Minggu, 29, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Turut didakwa ialah tunang Mohd Saifullah, Nurfadziana Abdul Kadir, 27, atas kesalahan bersubahat menerima rasuah berjumlah RM232,000.

Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM200,000 dan dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sebelum 2 September ini dan melaporkan diri di pejabat SPRM pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 September ini untuk sebutan semula kes.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,578
Reaction score
10,834
Points
1,896
Korek Korek
5m

Lagi pemimpin Warisan dikenakan pertuduhan rasuah & korupsi

1. Tadi, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengenakan 18 pertuduhan rasuah ke atas bekas Dr Saifullah Hisham, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pelancongan (PH-Warisan, Mohammadin Ketapi).

2. Nilai suapan ialah RM3.1 juta yang didakwa diterima sepanjang 19 Januari sehingga 19 Julai 2019, di pelbagai lokasi sekitar Kuala Lumpur, serta di pejabat kementerian (MoTAC) sendiri.

3. Untuk maklumat lebih lanjut, sila baca laporan Bernama: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1871764

4. Saifullah juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda Warisan Semporna (Wira Warisan).

5. Pada 12 Jun 2020, SPRM mengeluarkan pengumuman ‘memburu’ beliau. 16 Jun 2020, tunangnya, Nurfadziana Abdul Kadir pula dicari SPRM.
https://www.borneotoday.net/sprm-cari-pegawai-bekas-menteri/

6. Selepas dua bulan, kedua-dua mereka menyerah diri ke SPRM dan direman pada 15 Ogos 2020.

7. Tunangnya, dikenakan pertuduhan kerana didakwa bersubahat menerima RM232,000, iaitu wang suapan kepada Saifullah.

8. Pada Jun yang lalu, Naib Presiden Warisan, Peter Anthony dikenakan 5 pertuduhan pengubahan wang haram (membabitkan dana RM8.75 juta) dan 1 pertuduhan bersubahat pecah amanah membabitkan pembelian tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bernilai RM15,545,400.
https://www.bharian.com.my/…/peter-anthony-hadapi-5-pertudu… dan https://www.hmetro.com.my/…/peter-anthony-hadapi-satu-lagi-…

9. Manakala itu, bekas Menteri Pelancongan, Mohammadin Ketapi merangkap Ahli Majlis Tertinggi Warisan, apabila diminta mengulas isu SUSKnya - ‘mencabar’ agar: “"Tariklah saya ke mahkamah jika ada bukti ... kemukakan fail, kita lawan di mahkamah."
http://www.astroawani.com/…/rasuah-rm3-7-juta-dakwa-saya-se…

1597827671800.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,578
Reaction score
10,834
Points
1,896
Bekas SUSK bekas menteri didakwa rasuah RM106,500

17 September 2020

MGF170920_BEKAS-SETIAUSAHA-SULIT-KANAN-HADIR-MAHKAMAH-3-681x454.jpg

Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri pelancongan seni dan budaya, Mohd Saifullah Mohd Minggu, 29, hadir atas enam pertuduhan rasuah berhubung dua tender kempen pengiklanan Tourism Malaysia 2018 dan 2019 di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 17 SEPTEMBER 2020.

SHAH ALAM – Bekas setiausaha sulit kanan (SUSK) kepada bekas menteri Kabinet didakwa atas enam pertuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM106,500 berhubung projek perkhidmatan pengiklanan pelancongan.
Mohd Saifullah Mohd Minggu, 29, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik sahaja keenam-enam pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.


Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam, Mohd Saifullah sebagai setiausaha sulit kanan kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang bertugas di kementerian yang sama di Putrajaya didakwa telah menerima suapan daripada Ronald Seri Kong Seng, pemilik syarikat Inter Bev Network Sdn Bhd.

Keseluruhan wang suapan itu sebagai upah tertuduh berjanji untuk mendapatkan tender Perkhidmatan Penghasilan Penjenamaan dan Kreatif Bagi Pasaran Negara-Negara Asia Utara dan Asia Timur Tourism Malaysia kepada syarikat Inter Bev Network Sdn Bhd.

Mohd Saifullah didakwa melakukan perbuatan itu di No 13, Jalan Menteri U1/85, Temasya Anggun, Glenmarie, Shah Alam; Petronas Dengkil, Jalan Baiduri, Pekan Dengkil; Burger King Kota Damansara dan Ambank Berhad Bandar Puteri, Puchong antara 21 Disember 2018 hingga 30 Mac 2019.

Bagi kesemua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Asyraf Mohamed Tahir memohon keenam-enam pertuduhan itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi dibicarakan bersama 18 lagi pertuduhan pada 19 Ogos lalu.

Muhammad Asyraf juga memohon agar jaminan ke atas enam pertuduhan di Mahkmah Sesyen Shah Alam itu dikecualikan dan mengguna pakai jaminan RM200,000 yang dikenakan ke atas Mohd Saifullah, 19 Ogos lalu.

Bagaimanapun peguam, Md Yunos Shariff tidak membantah malah menyokong kedua-dua permohonan pihak pendakwaan itu.

“Malah anak guam saya telah membayar sepenuhnya wang jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin yang dikenakan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum ini.

“Anak guam saya juga telah menyerahkan pasport antarabangsa dan memenuhi syarat yang ditetapkan SPRM iaitu melaporkan diri setiap minggu pertama setiap bulan di pejabat agensi itu,” katanya.

Setelah mendengar hujah kedua belah pihak, Rozilah membenarkan keenam-enam pertuduhan ke atas Mohd Saifullah dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan jaminan juga dikecualikan dengan mengguna pakai jaminan terdahulu.

Hakim menetapkan sebutan kes bagi enam pertuduhan itu bersekali dengan 18 pertuduhan lalu pada 23 September depan. – MalaysiaGazette


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,578
Reaction score
10,834
Points
1,896
Syed Agil Jamalullail

18m ·

Terbaru Timbalan Wira Warisan (pemuda) bahagian Semporna, si Mohd Saifullah Mohd Minggu , pula didedahkan terlibat kes rasuah

Dia terima suapan RM90,000 drpd Ronald Seto Kong Seng, sbgai rasuah mendapatkan tender "Kempen Pengiklanan Tourism Malaysia", dan tender "Pembelian Ruang Iklan bagi Pasaran Negara-Negara Asia Utara dan Asia Timur Tourism Malaysia"

Terima RM16,500 drpd Ronald Seto Kong Seng utk deposit dan sewaan seunit rumah mewah di Vipod Residences, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.

Orang lain habis graduate, kena kumpul deposit sendiri , simpan gaji 3,4 bulan utk buat bayar deposit sewa rumah.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register