BTC USD 100,043 Gold USD 2,680.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas setiausaha politik Hamzah Zainudin didakwa rasuah RM350,000

Luke

Legendary Member
gem
Messages
10,172
Joined
Sep 20, 2007
Messages
10,172
Reaction score
1,518
Points
201
https://www.sinarharian.com.my/arti...olitik-hamzah-zainudin-akan-didakwa-lagi-esok
................
Screenshot_2024-05-23-11-51-03-43_40deb401b9ffe8e1df2f1cc5ba480b12.jpg
 
Sponsored Post

biasa je SU politik mmg kne punya..
dgn kedudukan dia tu, mmg dia boleh atur job2 tertentu diberi kpd syarikat tertentu..

Normally syarikat bila bagi rasuah.. sumbangan ikhlas..
dia x pakai acct syarikat..
dia pkai 3rd party yg atur benda ni..
sama ada bank transfer dll..

kemudian bukan direct ke acct SU politik..
selalunya ada proxy atas proxy..

supaya benda ni x kantoi..

Semua kena belajar dari kes kelemahan najib..
dia masuk duit CSR atas account sendiri.. Punya bijak.. :ROFLMAO:

---


KUALA LUMPUR - Bekas setiausaha politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin akan didakwa lagi atas tuduhan meminta rasuah RM350,000 empat tahun lalu, di Mahkamah Sesyen Shah Alam, pada Jumaat.

Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 42, akan dituduh atas tuduhan berkenaan menerusi Pengarah Urusan Syarikat Nexuscorp Group Sdn Bhd, Wan Azhar Mohamed Yusof.

Pertuduhan terhadap bekas setiausaha politik bekas Menteri Dalam Negeri itu akan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen terbabit memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, di hadapan Hakim, Azura Alwi, Sayed Amir Muzzakkir didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah RM350,000 daripada Wan Azhar.

Timbalan Pendakwa Raya, Zander Lim Wai Keong berkata, tertuduh akan didakwa di Mahkamah Shah Alam pada Jumaat.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register