BTC USD 96,217.0 Gold USD 2,903.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Presiden Peru Toledo Dijatuhi Hukuman Penjara 20 Tahun Kesalahan Rasuah

Md Hanif

Fun Poster
Messages
848
Joined
Jun 13, 2023
Messages
848
Reaction score
64
Points
25
0c036afa7650418a81d07e6af443f4b7671731e9cd815

Bekas presiden Peru Alejandro Toledo dijatuhi hukuman penjara 20 tahun enam bulan pada Isnin kerana menerima rasuah dalam skandal rasuah yang melibatkan syarikat pembinaan Brazil, Odebrecht.

Mahkamah di Lima mendapati Toledo, yang memerintah Peru dari 2001 hingga 2006, menerima sogokan US$35 juta sebagai balasan untuk kontrak membina sebahagian Lebuhraya Interoceanic yang menghubungkan Rio de Janeiro dengan Lima, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Mahkamah menyatakan bahawa tindakan Toledo, 78 tahun, telah menyebabkan kerugian kewangan kepada negara. Kes yang dikenali sebagai Odebrecht affair ini dianggap sebagai skandal rasuah terbesar di Amerika Latin.

Selepas penggal presidennya berakhir pada 2006, Toledo berpindah ke Amerika Syarikat (AS).

Peru mengeluarkan waran tangkap terhadap Toledo pada 2017. Beliau ditahan di AS pada 2019, dan selepas melalui proses undang-undang yang panjang, Toledo menyerah diri kepada pihak berkuasa AS tahun lepas dan diekstradisi ke Peru.

Toledo menafikan dakwaan itu dan mendakwa dirinya menjadi mangsa penganiayaan politik.

Jabatan Kehakiman AS menyatakan bahawa syarikat pembinaan gergasi itu, yang diasaskan oleh pendatang Jerman, membayar hampir US$800 juta dalam bentuk sogokan kepada individu di 12 negara.

Projek pembinaan sering kali menelan belanja jauh lebih besar daripada yang dirancang. Sebagai contoh, bahagian Lebuhraya Interoceanic di Peru akhirnya menelan kos US$2.1 bilion berbanding anggaran asal US$850 juta.

 
Back
Top
Log in Register