BTC USD 60,144.3 Gold USD 2,579.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas polis tentera tembak rambang, 6 terbunuh, 4 cedera di Croatia

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
16,391
Joined
Dec 6, 2010
Messages
16,391
Reaction score
1,047
Points
201
b67120ed2bc8bf1e3bcf28137fc0a9b0669e83093a970

--REUTERS

Enam orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam kejadian tembakan di Rumah Orang Tua di Daruvar, timur Croatia, pada Isnin, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.

Polis berkata kejadian tembakan berlaku sekitar jam 10.10 pagi waktu tempatan apabila suspek, seorang bekas polis tentera berusia 51 tahun, Kresimir Pahoki, memasuki premis itu dan melepaskan tembakan, membunuh lima orang di tempat kejadian, termasuk empat penghuni warga emas dan seorang penjaga. Seorang lagi meninggal dunia kemudian akibat kecederaan di hospital.

Antara yang terkorban adalah ibu Pahoki, seorang penghuni di rumah jagaan itu.

Selepas serangan itu, Pahoki dilaporkan berjalan ke sebuah kafe berhampiran, memesan minuman dan menunggu polis untuk menangkapnya, menurut saksi.

Presiden Croatia Zoran Milanovic dan Perdana Menteri Andrej Plenkovic mengutuk serangan itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Milanovic mendoakan agar yang cedera cepat sembuh dan memuji tindakan pantas perkhidmatan perubatan kecemasan. Beliau juga menyeru agar siasatan "cepat dan menyeluruh" dijalankan serta memperketatkan kawalan pemilikan senjata.

Plenkovic meminta pihak berkuasa menentukan semua keadaan jenayah itu. Siasatan sedang dijalankan.

-- BERNAMA-XINHUA

 
Back
Top
Log in Register