Bekas pengurus bank didakwa pecah amanah RM150,000

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,862
Reaction score
11,466
Points
2,376

Seorang bekas Pengurus Bank Muamalat, Abdul Rahim Sharif, 50, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh selepas didakwa pecah amanah wang tunai sebanyak RM150,000 di bawah penguasaannya September tahun lalu

IPOH: Seorang bekas pengurus bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM150,000 dalam bilik kebal bank, September tahun lalu.

Abdul Rahim Sharif, 50, yang juga bekas Pengurus Bank Muamalat Cawangan Seri Manjung membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Bank Muamalat Cawangan Seri Manjung, antara jam 8.30 hingga 10 malam pada 13 September tahun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan pecah amanah terhadap penguasaan ke atas wang tunai sebanyak RM150,000 di dalam bilik kebal bank berkenaan untuk kegunaan sendiri dan dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Fadhli Ab Wahab di hadapan Hakim Azman Abu Hassan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Azman membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes berkenaan.

Fadhli sebelum itu memohon wang jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin kerana kesalahan tertuduh adalah serius.

Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh membayar wang jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes berkenaan.


 
Top
Log in Register