BTC USD 43,898.5 Gold USD 1,762.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Bekas Pengerusi MCA Marang maut ditembak

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Gambat Tambahan

1627045607405.png


1627045619015.png
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376
KES BUNUH | Lelaki Maut Ditembak, Anak Saudara Parah

Seorang lelaki maut manakala anak saudaranya cedera akibat ditembak jiran mereka di Taman Raya Wakaf Tapai dekat Marang, Terengganu, siang tadi.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376
KES BUNUH | Suspek Tembak Mati Rakan Baik Direman Seminggu

Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kematian Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang ditembak di Taman Raya, Wakaf Tapai, dekat Marang, Terengganu, semalam.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376
Maut ditembak rakan baik

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,772
Reaction score
14,745
Points
1,906
"Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan." - Polis

1627207310053.png


Cabar-mencabar punca anggota Rela tembak rakan baik
25 Julai 2021

Seorang lelaki dilaporkan maut manakala anak saudaranya cedera parah ditembak rakan baik menggunakan senapang patah dalam kejadian di sebuah pondok KRT Taman Raya Wakaf Tapai di sini pada petang Jumaat. (Mohd Marzukhi)

KUALA TERENGGANU - Cabar-mencabar dipercayai menjadi punca seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menembak mati rakan baiknya dengan senapang patah dalam kejadian di sebuah pondok Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Raya Wakaf Tapai, Marang pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Fong Swee Fuan, 65, ditemui mati dalam keadaan terduduk di kerusi.

Beliau berkata, anak saudara mangsa, Teo Hock Beng, 45, yang cedera parah di bahagian dada dijumpai terbaring di lokasi kejadian dan kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ) serta dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan. Keterangan serta rakaman beberapa saksi kejadian sudah diambil. Kita akan merakamkan keterangan beberapa orang saksi lagi untuk melengkapkan kertas siasatan.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah kerana tembakan selepas menemui beberapa kesan tembakan pada badannya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Mohd Marzukhi berkata, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan Swee Fuan yang merupakan Timbalan Pengerusi KRT Wakaf Tapai maut, manakala anak saudaranya cedera parah ditembak rakan baik menggunakan senapang patah di sebuah pondok KRT di sini.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,413
Reaction score
21,618
Points
1,671
Cabar mcabar.

Mendiang baik dgn org melayu. Tgk kt fb mca ramai kenal n ucap takziah. Tukang n tauke kedai emas katanye

Mber masa kena tgkap pun muka ala sinyum je. Ada jgk kata sbb mintak hutang judi
 

akukuli

Active+ Member
Joined
Oct 17, 2013
Messages
2,798
Reaction score
261
Points
56
Masih ada cina di marang
Ingatkn dh pupus..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,772
Reaction score
14,745
Points
1,906
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan tertuduh, Ong Chow Lee, 57, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.
https://www.utusan.com.my/.../anggota-rela-didakwa-bunuh.../

Anggota Rela didakwa bunuh rakan​

WhatsApp-Image-2021-08-04-at-11.35.57-AM.jpeg
ONG Chow Lee ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Marang, Terengganu hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI


  • 4 Ogos 2021, 1:06 pm



MARANG: Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan baiknya, Fong Swee Fuan, 65, pada 23 Julai lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan tertuduh, Ong Chow Lee, 57, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Mengikut pertuduhan, Chow Lee didakwa membunuh hingga menyebabkan kematian Swee Fuan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bangsal bersebelahan pondok Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Taman Raya Wakaf Tapai di sini kira-kira pukul 1.55 petang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 13 Oktober depan untuk lantikan peguam.

Pada 23 Julai lalu, media melaporkan Swee Fuan ditemukan maut manakala anak saudaranya, Teo Hock Beng, 45, parah dipercayai ditembak dengan senapang patah oleh rakan baiknya. -UTUSAN ONLINE

 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,413
Reaction score
21,618
Points
1,671
Wpun pakai mask bole baca muka ala sinyum

WhatsApp-Image-2021-08-04-at-11.23.59-AM-750x500.jpeg
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376
Seorang anggota RELA dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang juga rakan baiknya di Taman Raya, Wakaf Tapai bulan lepas.


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register