BTC USD 44,049.1 Gold USD 1,763.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Bekas Pengerusi MCA Marang maut ditembak

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,338
Reaction score
397
Points
91
FB_IMG_1627038673406.jpg

*Bekas Pengerusi MCA Marang maut ditembak.*

23 Julai 2021

MARANG - Seorang bekas Pengerusi MCA Marang maut manakala anak saudaranya cedera parah akibat ditembak oleh seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dalam kejadian di Taman Raya, Wakaf Tapai dekat sini hari ini.

Mangsa yang mati ditembak dikenali sebagai Fong Swee Fuan, 65, manakala anak saudaranya yang cedera parah dikenali sebagai Teo Hock Beng, 45.

Suspek berusia 53 tahun yang merupakan rakan baik Swee Fuan dipercayai menembak kedua-dua mangsa menggunakan senapang patah milik Rela.

Dia kemudiannya dipercayai melarikan diri dengan sebuah kenderaan pacuan roda sebelum berjaya ditahan polis bersama selaras senapang dan beberapa butir peluru di Durian Mentangau, Dungun tidak lama kemudian.

Motif kejadian masih disiasat.
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
29,954
Reaction score
2,199
Points
206
Mcm kes berat ajo nih. Kawan baik tembak kawan baik.....?
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376
FB_IMG_1627038673406.jpg

*Bekas Pengerusi MCA Marang maut ditembak.*

23 Julai 2021

MARANG - Seorang bekas Pengerusi MCA Marang maut manakala anak saudaranya cedera parah akibat ditembak oleh seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dalam kejadian di Taman Raya, Wakaf Tapai dekat sini hari ini.

Mangsa yang mati ditembak dikenali sebagai Fong Swee Fuan, 65, manakala anak saudaranya yang cedera parah dikenali sebagai Teo Hock Beng, 45.

Suspek berusia 53 tahun yang merupakan rakan baik Swee Fuan dipercayai menembak kedua-dua mangsa menggunakan senapang patah milik Rela.

Dia kemudiannya dipercayai melarikan diri dengan sebuah kenderaan pacuan roda sebelum berjaya ditahan polis bersama selaras senapang dan beberapa butir peluru di Durian Mentangau, Dungun tidak lama kemudian.

Motif kejadian masih disiasat.

Ada baca jugak dalam group WhatsApp
Siap ada gambar saspek kena tangkap
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,772
Reaction score
14,745
Points
1,906
#Marang Kejadian sama turut menyebabkan anak saudara mereka, Teo Hock Beng, 45, parah di dada akibat terkena tembakan sama.
https://www.hmetro.com.my/.../ingatkan-bunyi-mercun...

'Ingatkan bunyi mercun, rupanya abang, anak saudara ditembak'​



FONG Swee Heng tidak dapat menahan kesedihan selepas abangnya maut manakala anak saudaranya parah selepas ditembak jirannya dipercayai menggunakan senapang patah di sini hari ini. FOTO Ghazali Kori
FONG Swee Heng tidak dapat menahan kesedihan selepas abangnya maut manakala anak saudaranya parah selepas ditembak jirannya dipercayai menggunakan senapang patah di sini hari ini. FOTO Ghazali Kori

Marang: "Saya tidak sangka kejadian ini berlaku kerana kami semua berkawan sejak kecil," kata Fong Swee Heng, 59.

Swee Heng adalah adik kepada Fong Swee Fuan, 65, yang juga bekas Ketua Bahagian MCA Marang yang maut selepas ditembak jirannya di Taman Raya Wakaf Tapai, di sini, hari ini.

Kejadian sama turut menyebabkan anak saudara mereka, Teo Hock Beng, 45, parah di dada akibat terkena tembakan sama.

Menurut Swee Heng, dia yang ketika itu mahu ke kedai berhampiran rumah dikejutkan dengan bunyi letupan yang disangka mercun.

"Saya ingat bunyi mercun sebelum ada rakan memaklumkan abang dan anak saudara ditembak.

"Saya ada terserempak dengan jiran (suspek) sebelum kawan beritahu dia yang tembak abang dan anak saudara.

"Walaupun terkejut tetapi saya hanya fikirkan keadaan abang dan anak saudara sebelum bergegas ke lokasi kejadian," katanya ketika ditemui, hari ini.

Swee Heng berkata, sebaik sampai abangnya sudah tidak bernyawa manakala anak saudara juga cedera.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku antara mereka dan menyerahkan segala-galanya (siasatan) kepada polis," katanya.
Disiarkan pada: Julai 23, 2021 @ 8:05pm

 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,051
Reaction score
2,371
Points
201
Kes dendam lama ka nie?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,772
Reaction score
14,745
Points
1,906
#UMjenayah #tembak #terengganu
“Perasaan pada waktu itu masih lagi antara percaya dengan tidak dan setibanya di sana, saya dapati abang sudah tidak bernyawa manakala anak saudara pula menahan kesakitan kerana parah ditembak".
https://www.utusan.com.my/.../suspek-beritahu-saya-dia.../

‘Suspek beritahu saya, dia telah tembak abang, anak saudara saya’​

WhatsApp-Image-2021-07-23-at-8.01.56-PM.jpeg
FONG Swee Heng tidak dapat mengawal perasaan susulan kematian abangnya akibat ditembak di Taman Raya, Wakaf Tapai di Marang. - UTUSAN/ PUQTRA HAIRRY ROSLI

  • 23 Julai 2021, 8:24 pm


MARANG: Adik kepada lelaki yang maut ditembak di Taman Raya, Wakaf Tapai di sini tidak menyangka bunyi letupan yang disangka mercun ketika berada di sebuah kedai rupa-rupanya adalah tembakan.

Fong Swee Heng, 59, berkata, berita sedih yang menimpanya abangnya, Fong Swee Fuan, 65, dan anak saudara, Teo Hock Beng, 45, itu hanya diketahui selepas dimaklumkan seorang rakan.

Katanya, dia bergegas ke lokasi kejadian dan sempat bertembung dengan kenderaan suspek yang juga rakan baik abangnya kira-kira 25 meter sebelum ke destinasi.

“Suspek memperlahankan kenderaan dan dengan tenang memberitahu telah menembak abang serta anak saudara saya sekali gus menyuruh saya pergi melihat keadaan mereka.

“Perasaan pada waktu itu masih lagi antara percaya dengan tidak dan setibanya di sana, saya dapati abang sudah tidak bernyawa manakala anak saudara pula menahan kesakitan kerana parah ditembak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadiaan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, kedua-dua bersaudara berkenaan dipercayai ditembak dengan senapang patah oleh lelaki berusia 57 tahun yang juga merupakan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Swee Heng tidak menolak kemungkinan sebelum kejadian mangsa bersama suspek berada di pondok Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di taman perumahan tersebut.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,413
Reaction score
21,618
Points
1,671
Gentle die bgtau die yg tembak. Motif mcm benda kecik je
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
RELA x payah pakai senjata api .. dari dulu dah tegur tapi masih degil nak jugak .. pakai baton je cukup, atau allocate dana beli taser ..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register