BTC USD 84,300.0 Gold USD 3,022.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas pengerusi masjid didakwa kemuka senarai penama tidak layak terima zakat

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,867
Top Poster #1
Joined
Jun 17, 2007
Messages
58,867
Reaction score
6,841
Points
881
Awards
1
Bekas pengerusi masjid didakwa kemuka senarai penama tidak layak terima zakat

NORHASPIDA YATIM
Tertuduh (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Isnin atas empat pertuduhan mengemukakan senarai nama asnaf berstatus miskin tidak layak bagi agihan zakat kepada sebuah badan kebajikan swasta.
10 Feb 2025 12:03 pm

KUALA TERENGGANU - Bekas pengerusi masjid dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas empat pertuduhan mengemukakan senarai nama asnaf berstatus miskin tidak layak bagi agihan zakat kepada sebuah badan kebajikan swasta.

Tertuduh, Hamizan Amid, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan hakim Mohd Azhar Othman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memperdayakan Pegawai Agama Badan Kebajikan Islam Petronas (Bakip) dengan mengemukakan senarai nama komuniti Kampung Batu Putih yang dikategorikan sebagai asnaf bagi sesi 2024 yang mengandungi butiran empat penama bukan berstatus miskin dan tidak layak menerima wang zakat wakalah berjumlah RM4,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kampung Batu Putih, Kertih di Kemaman pada Mac 2024.

Tertuduh yang kini bekerja sebagai juruteknik kebakaran didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 oleh seorang penjamin dan menetapkan 10 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mariah Omar manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hisham Hashim.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register