BTC USD 56,882.7 Gold USD 1,765.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas pengarah AIAC saman Tommy Thomas, 12 yang lain

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,446
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,446
Reaction score
16,545
Points
2,376

lau_kau

Legendary Member
Messages
16,628
Joined
Aug 2, 2007
Messages
16,628
Reaction score
2,741
Points
201
absolutely tn TXT
paling power dlm Malaysia semasa pegang kuasa tu
Patut kena mansuh la kekebalan tu....semua org terikat ngn undang2 xkira la sapa pun, buat keputusan silap pun patut kena....br adil dn saksama....
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,446
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,446
Reaction score
16,545
Points
2,376

yussv

Active+ Member
Messages
4,128
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,128
Reaction score
641
Points
81
Kes ni rasenye terkait sbb politik kn?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,153
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,153
Reaction score
15,421
Points
1,906
Saman difailkan Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia Prof N Sundra Rajoo yang mendakwa ditahan secara salah walaupun memiliki keistimewaan dan kekebalan seperti seseorang ejen diplomatik.


Tommy Thomas, 12 lain mohon batal saman pendakwaan salah​





November 12, 2021 5:36 PM


tommy-thomas-fmt-050219-1.jpg


Mahkamah menetapkan 3 Jan 2022 untuk pengurusan kes selanjutnya.

KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara Tommy Thomas dan 12 pihak lain memohon untuk membatalkan saman difailkan bekas Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Prof N Sundra Rajoo terhadap mereka berhubung penahanan dan pendakwaan salah berkaitan kes pecah amanah wang AIAC.

Sundra Rajoo selaku plaintif turut menamakan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Shukri Abdull; beberapa pegawai SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya iaitu Khong Hui Li; Mohd Adrian Zaiman Zainiar; Md Yusrin Md Yusof; Mohd Fadhly Mohd Zamry; T Nesavan; G Sharan Raj; Hasmizzy Md Hasim; Kamal Baharin Omar dan Mohd Zaki Mohd Salleh serta SPRM dan kerajaan Malaysia sebagai defendan dalam saman itu.

Berdasarkan notis permohonan pembatalan saman yang difailkan pada 5 Nov lalu, kesemua defendan mendakwa pernyataan tuntutan plaintif mendedahkan kausa yang tidak munasabah, mengaibkan, remeh dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili kesemua defendan ketika dihubungi pemberita berkata, ketika pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Nurliana Ismail hari ini, mahkamah menetapkan 3 Jan 2022 untuk pengurusan kes selanjutnya.



Menerusi pernyataan tuntutan, Sundra Rajoo mendakwa beliau telah ditahan oleh Mohd Adrian dan Md Yusrin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari 8 malam pada 20 Nov 2018 hingga 5 petang, 21 Nov 2018 atas arahan Mohamad Shukri dan Thomas dan mendakwa penahanannya itu melanggar undang-undang di bawah Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Sundra Rajoo mendakwa Mohd Adrian dan Md Yusrin menahannya walaupun beliau telah memberitahu mereka bahawa beliau diberikan keistimewaan dan kekebalan seperti yang diberikan kepada seseorang ejen diplomatik berkenaan dengan tindakan dan perkara yang dilaksanakan dalam kapasitinya sebagai pegawai tinggi.

Plaintif mendakwa ini kerana berdasarkan kedudukannya sebagai Pengarah AIAC (ketika itu), beliau merupakan seorang pegawai tinggi dalam tafsiran Peraturan-peraturan Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur 1996 (Peraturan-peraturan AIAC) yang dibuat di bawah Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1992 (Akta 485).

Selain itu, Sundra Rajoo mendakwa beliau juga telah direman dan disingkirkan secara paksa dari jawatannya sebagai Pengarah AIAC selain mendakwa akibat penahanan itu, beliau telah dicemuh dan reputasinya turut terjejas.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi khas berjumlah RM3,749,557.26, ganti rugi tambahan dan teladan, faedah pada kadar lima peratus dari tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian penuh ke atas semua jumlah yang diperintahkan, kos atau perintah lanjutan yang difikirkan wajar oleh mahkamah.


 

GamezStar

CG Top Poster Club
Messages
34,956
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,956
Reaction score
2,470
Points
201
Semua nak kebal dari buat salah.. hebat
 
Sponsored Post
Top
Log in Register