BTC USD 32,667.0 Gold USD 1,785.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas pelumba basikal kebangsaan maut

highway

Active+ Member
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,417
Reaction score
293
Points
46
Bekas pelumba basikal kebangsaan maut
8395067.jpg

BEKAS jaguh lumba basikal kebangsaan, Dawod @ Daud Ibrahim, 63, maut selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah treler di Kilometer 232.6 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang berasal dari Jalan Daud, Muar, Johor dipercayai dalam perjalanan pulang sebelum terbabit dalam kemalangan.

"Kereta jenis Proton Saga dipandu mangsa dikatakan dirempuh dari belakang oleh treler yang membawa kontena.

"Kemalangan itu mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan cedera parah di kepala,” katanya ketika mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau mengambil masa kira-kira lapan minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam keretanya yang remuk.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat, sementara pemandu treler, Ja’afar Abu Bakar, 44, tidak mengalami kecederaan.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.
 
Sponsored Post

Aqua-man

Legendary Member
Joined
Nov 8, 2009
Messages
11,415
Reaction score
8
Points
115
innalillahi wainna ilahi rajiun... al-Fatehah... takziah kepada keluarga arwah agar redha dengan ketentuan Allah...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register