Bekas peguam negara Apandi tuntut ganti rugi atas penamatan khidmat oleh Dr M

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,236
Reaction score
11,721
Points
1,906
Sebuah firma undang-undang yang mewakili Apandi berkata saman akan difailkan melainkan klien mereka terima ganti rugi yang munasabah.

Bekas peguam negara Apandi tuntut ganti rugi atas penamatan khidmat oleh Dr M




October 1, 2020 9:12 AM


apandi-ali-bernama-011020-1.jpg

Bekas peguam negara Apandi Ali menegaskan pemecatannya menyalahi undang-undang dan dengan itu terbatal dan tidak sah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali menuntut ganti rugi dari kerajaan berikutan “penamatan tidak sah” oleh Dr Mahathir Mohamad 2 tahun lalu.

Dalam surat tuntutan yang dihantar ke Jabatan Peguam Negara pada 30 September, firma guaman Shukor Baljit & Partners berkata Apandi menyatakan pemecatannya menyalahi undang-undang dan dengan itu terbatal dan tidak sah.
“Akibatnya, klien kami mengalami kerugian, termasuk tetapi tidak terhad pada, hilang pendapatan dan faedah lain dari 27 Julai 2018 hingga 26 Julai 2021,” kata surat tuntutan yang dilihat FMT.
Difahamkan, kerugian yang dialami Apandi dalam tempoh tersebut adalah sekitar RM2 juta.

Firma guaman itu berkata saman akan difailkan selepas 7 hari notis itu melainkan Apandi menerima ganti rugi yang munasabah baginya.

Sepanjang penggal Apandi memegang jawatan itu menyaksikan pelbagai kontroversi sejak menggantikan Abdul Gani Patail, yang khidmatnya ditamatkan susulan apa yang dikatakan kerajaan atas alasan kesihatan.

Juga, pada awal 2016, Apandi membersihkan perdana menteri ketika itu, Najib Razak daripada kesalahan berkait 1MDB, langkah yang dipertikaikan Mahathir dan pembangkang.

Surat itu menyebut Apandi, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, dilantik Agong atas nasihat perdana menteri untuk tempoh 3 tahun hingga 26 Julai 2018.


Katanya, pelantikan Apandi hanya boleh ditamatkan Agong berdasarkan Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018, penggal Apandi dilanjutkan kepada 3 tahun lagi.

Pakatan Harapan menumbangkan kerajaan BN dengan Mahathir kembali sebagai perdana menteri untuk kali ke-2 pada 10 Mei 2018.

Surat itu turut menyebut ketua setiausaha negara dalam surat bertarikh 5 Jun 2018 memberitahu penamatan khidmatnya mendapat persetujuan Agong tetapi tiada bukti ditunjukkan.

Surat itu mendakwa perdana menteri yang memutuskan pemecatan itu, dan dengan itu beliau menyalahgunakan kedudukan itu dan melakukan “tort of misfeasance in public office”.

“Perdana menteri melibatkan diri dengan tujuan untuk menyebabkan atau mendorong pelanggaran kontrak antara kerajaan dan klien kami,” tulis surat itu.


 
Sponsored Post

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,550
Reaction score
480
Points
51
Apandi Ali saman Dr M kerana penamatan perkhidmatan..apa kata Ghani Patail saman Najib pulak..Najib buang Ghani Patail sama mcm Dr M buang Apandi Ali
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,500
Reaction score
1,885
Points
201
Dia tuntut ganti rugi drp kerajaan
Tp saman atok?

ke acaner
 

stonz

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,715
Reaction score
199
Points
43
pulak.... dia nak saman sape sebenarnya?
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,500
Reaction score
1,885
Points
201
Saman atuk
Mintak duit dgn atuk la

pehal tuntut ganti rugi dgn duit gomen plak :unsure:
 

stonz

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,715
Reaction score
199
Points
43
ni dah macam peribadi sangat ni
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,236
Reaction score
11,721
Points
1,906
ni dah macam peribadi sangat ni
Saman atuk
Mintak duit dgn atuk la

pehal tuntut ganti rugi dgn duit gomen plak :unsure:
pulak.... dia nak saman sape sebenarnya?
Dia tuntut ganti rugi drp kerajaan
Tp saman atok?

ke acaner
tn akudotcom, tn stonz yg dua dua saya hormati, saman ni mmg ditujukan kepada kerajaan malaysia (no 1), perdana menteri malaysia Tun M no (2). sebab masa tu dia dlm office jadi saman ditujukan kepada kerajaan malaysia, dan yg memberhentikan dia adalah Perdana menteri ketika itu.
misalnya klu TS Apandi Ali menang kes ni, maka kerajaan malaysia akan bayar padanya

tak, saman ni bukan bersifat peribadi. kerana saman ni diasaskan atas unlawful termination


kita boleh rujuk berita ni versi Bahasa Inggeris seperti berikut:-
PETALING JAYA: Former attorney-general Mohamed Apandi Ali is demanding compensation from the government for “unlawful termination” by Dr Mahathir Mohamad two years ago.

In a letter of demand sent to the Attorney-General’s Chambers on Sept 30, legal firm Shukor Baljit & Partners said Apandi categorically stated that his dismissal from office was unlawful and thus null and void.

“As a result, our client had suffered damages, including but not limited to, loss of earnings and other benefits from July 27, 2018 to July 26, 2021,” said the demand letter sighted by FMT.

It is learned that monetary loss suffered by Apandi during that period is about RM2 million.


It said the dismissal was decided by the prime minister himself, and that he had abused his position and committed the tort of misfeasance in public office.

“The prime minister had conducted himself with the intent to cause or induce a breach of contract between the government and our client,” the letter stated, adding that Mahathir’s conduct then was one of “colourable exercise of power”.

 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,500
Reaction score
1,885
Points
201
Ooo ok CCM
2 juta aje..tade hal
Kasi onnn
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,236
Reaction score
11,721
Points
1,906
Ooo ok CCM
2 juta aje..tade hal
Kasi onnn
tn akudotcom, berkenaan rm2 juta tu simply put and estimated by TS Apandi Ali

namun misalnya jika dia menang saman ni, Mahkamah akan assess, nilai balik perkara perkara yg relevan yg membabitkan kos dsb. tak semestinya Mahkamah akan benarkan rm2 juta seperti yg diminta
Mahkamah akan kira balik, jadi ada kemungkinan nilainya lagi berkurangan dari apa yg diletak oleh TS Apandi Ali
 
Sponsored Post
Top
Log in Register