Bekas Pegawai TLDM didakwa tipu kontrak bekal telefon bimbit

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,650
Reaction score
8,902
Points
2,226

KUALA LUMPUR: Seorang bekas Leftenan Komander Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menipu membabitkan kontrak pembekalan telefon bimbit Samsung Note 9 berjumlah RM236,000 di antara Februari dan Mac tahun lalu.

Mohd Zaidi Mohd Bishan, 34, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Hasbullah Adam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Zaidi didakwa mendorong Maizatul Nurain Mohamad, 24, untuk menyerahkan 80 unit telefon bimbit Samsung Note 9 berharga RM236,000 kerana mempercayai tertuduh menawarkan kontrak pembekalan telefon bimbit kepada markas TLDM sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan Kem Wardieburn, Jalan Genting Kelang, Setapak, di sini, di antara 28 Februari dan 8 Mac 2019 dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Hajar Hamzah, menawarkan jaminan RM80,000 dengan seorang penjamin dan dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon dikurangkan jaminan dengan alasan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hutang yang terpaksa dibayar secara ansuran.

“Ayah saya baru meninggal dunia minggu lalu dan perlu menanggung isteri dan ibu di kampung,” katanya.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 27 Februari ini untuk sebutan semula kes.


 
Sponsored Post

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,062
Reaction score
531
Points
111
macam mana mangsa boleh bagi camtu jer 80 biji telefon.. ada hitam putih ker
 
Sponsored Post
Top
Log in Register