BTC USD 62,579.1 Gold USD 1,803.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas pegawai polis dakwa Dr M tersilap lantik Gani Patail sebagai peguam negara.

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
KUALA LUMPUR, 5 Sept — Bekas pegawai penyiasat polis dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mat Zain Ibrahim mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kesilapan dalam perlantikan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Bekas polis itu berkata ketelitian dan kesungguhan Dr Mahathir dalam meletakkan piawaian akhlak dan ekspektasi kebolehpercayaan yang begitu tinggi terhadap individu yang akan menggantikan beliau sebagai PM seharusnya turut terpakai dalam perlantikan peguam negara juga.

Mat Zain merujuk kepada memoir bekas PM itu yang bertajuk Doctor in the House dalam bahasa Inggeris dan Doktor Umum dalam bahasa Melayu, dimana Dr Mahathir menjustifikasikan tindakan beliau memecat Anwar oleh kerana bekas timbalan perdana menteri itu dikatakan mempunyai masalah akhlak dan moral.

“Tun Mahathir dilihat mengikuti dengan rapi keputusan-keputusan mahkamah, khususnya jika melibatkan Anwar, sepertimana yang terdapat dalam memoir Doktor Umum.

“Namun begitu, kita berasa musykil bagaimana Tun boleh terlepas pandang keputusan penting yang menyentuh kelakuan Gani yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim dalam kes Zainur Zakaria vs PP [2001] 3 CLJ. Diperturunkan seperti dibawah;
"Dalam keadaan ini, apakah dia (merujuk kepada Anwar Ibrahim) tidak dibenarkan, berdasarkan prima facie, mengadu bahawa kelakuan AGP (Gani Patail) pada mesyuarat pada 2 Oktober, 1998, adalah satu usaha untuk mendapatkan Nalla bagi memalsukan untuk mendakwa beliau (Anwar) bagi kesalahan seksual lain seperti yang didakwa?"

“Keputusan ini dibuat dalam bulan Jun 2001, beberapa bulan sahaja sebelum Gani dilantik,” kata beliau dalam sebuah kenyataan yang dihantar kepada The Malaysian Insider pagi tadi.
Mat Zain juga menimbulkan persoalan apakah pelantikkan Gani merupakan satu kompromi atau untuk membalas jasa beliau kerana menutup siasatan terhadap Dr Mahathir, Allahyarham Tan Sri Mokhtar Abdullah dan juga Gani sendiri, yang didakwa menyalahgunakan kuasa.

“Ketiga-tiga pihak dikatakan menyalahgunakan kuasa oleh kerana tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan salahguna kuasa dan rasuah beberapa VVIP diantaranya, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rahim Thamby Chik serta mendiang Tan Sri Eric Chia.

“Untuk makluman Tun, kes kes diatas tidak pernah disiasat apabila Gani dan Musa Hassan (Tan Sri) bersekongkol untuk hijack (merampas) penyiasatan daripada Polis Kuala Lumpur dalam bulan Ogos 1999.

“Kes-kes diatas juga tidak boleh ditutup sendiri oleh Allahyarham Mokhtar atau Gani kerana akan melibatkan conflict of interest (konflik kepentingan),” katanya lagi.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register