BTC USD 94,163.0 Gold USD 2,688.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Pegawai Najib Di Tahan, Di Dakwa Minta Suapan Dari Pendakwah

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
64,283
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
64,283
Reaction score
7,059
Points
916
Awards
1
06.11.2024 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas pegawai Najib Razak bersama dua lagi lelaki kerana disyaki memeras ugut serta meminta suapan daripada mudir sebuah maahad tahfiz yang juga pendakwah bebas. Menurut sumber, dia dan salah seorang suspek ditahan di sebuah masjid di Bendong, Kedah semalam ketika didakwa mahu mengambil wang pendahuluan sebanyak RM20,000 daripada pendakwah terbabit. Manakala seorang lagi suspek ditahan di lokasi berasingan pada hari sama.

Kesemua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini bagi permohonan perintah tahanan reman. Perintah reman selama empat hari sehingga 9 November itu dikeluarkan Majistret, Siti Nor Hasliza Md Ali susulan permohonan SPRM. Aktivitis politik yang aktif di media sosial dalam mengulas isu politik khususnya membabitkan Najib, tiba di pekarangan mahkamah jam 9 pagi dengan berpakaian lokap. Difahamkan aktivis berkenaan didakwa memeras ugut pendakwah terbabit untuk mendapatkan sejumlah wang bagi menyelesaikan kes pengubahan wang haram (AMLA) yang masih dalam siasatan polis. Kesemua mereka yang berusia antara 30-an hingga 50-an ditahan antara jam 12 tengah hari hingga 5 petang semalam dalam operasi sekitar Bedong, Sungai Petani dan di Pejabat SPRM Kedah.

Berita Harian melaporkan, siasatan awal mendapati mereka dipercayai bersubahat meminta wang sebanyak RM150,000, namun hanya menerima RM20,000 tunai daripada pendakwah terbabit. Pengarah SPRM Kedah, Ahmad Nizam Ismail, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu. Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. Sementara itu, berdasarkan video yang dilihat Malaysiakini, aktivis berkenaan mendakwa dia telah dianiayai.

"Saya akan lawan, ini satu pembohong, penganiayaan .. kita akan lawan dan selepas ini saya nak bagi tahu kita akan buat laporan polis," katanya ketika diiringi pegawai SPRM.
1730889263433.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register