Bekas Pegawai Kewangan Kelantan didakwa

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KOTA BAHARU 1 Feb. - Bekas Pegawai Kewangan Kelantan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan bersubahat membuat tuntutan palsu membabitkan projek Istana bernilai RM267,960 pada Disember 2008.

Bekas Pegawai Kewangan itu, Datuk Shkori Mohammad, 57, dituduh melakukan kesalahan itu apabila Yusri Che Noh memberikan dokumen, yang mengandungi butiran palsu, berbentuk invois bernombor 1302, bertarikh 3 Dis 2008, bertajuk “Tuntutan Membekal Bahan dan Kerja-Kerja Membina” bagi menyiapkan Rumah Puyuh di Projek Diraja, Banggol di sini, dengan keluasan 7,656 kaki persegi bernilai RM267,960.

Shkori dituduh bersubahat dalam tuntutan itu kerana ketika dokumen tuntutan diserahkan kepada beliau di pejabat Perbendaharaan Negeri, di sini, pada Disember 2008, projek Rumah Puyuh itu tidak dilaksanakan.

Shkori didakwa mengikut Seksyen 11(C), Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut seksyen sama dan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan (Akta 574), yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda suapan atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim Zainal L. Salleh membenarkan Shkori diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta pasportnya dipegang mahkamah dan menetapkan tarikh 2 dan 3 Mac untuk sebutan kes. - Bernama
 
Sponsored Post

abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,951
Reaction score
124
Points
123
menggeletar la raja pompuan kelantan lps ni..terbongkar abis penyelewengan raja pompuan kelantan lps ni :))

padan muka shakori :))
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
byk woo kes camni. denda jauh lebih rendah dari nilai damage.
songlap RM267,960, denda max RM10,000 :)paid
 

abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,951
Reaction score
124
Points
123
kesian si yusri tu..yusri hanyala kambing hitam raja pompuan..proxy raja pompuan...x psl2 dia kena menanggung jgk..
 

Megat Sri Rama

CG Top Poster Club
Joined
Aug 28, 2007
Messages
20,277
Reaction score
506
Points
161
byk woo kes camni. denda jauh lebih rendah dari nilai damage.
songlap RM267,960, denda max RM10,000 :)paid
denda
  • lima kali ganda suapan
  • atau nilai suapan
  • atau RM10,000
mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register