Bekas menteri Sabah kena jel

CG Sponsors

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KOTA KINABALU - Bekas Menteri Kabinet Sabah Datuk Conrad Mojuntin dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam kerana melakukan ugutan jenayah.

Dia dipenjara kerana melakukan ugutan jenayah terhadap seorang ahli perniagaan Doughty Disimon, 30, di luar SJD Cafe and Sports belakang Public Bank, Donggongon, Penampang dekat sini pada pukul 3.30 pagi, 23 Oktober 2005.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Rahman Sebli membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dan menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin.

Abdul Rahman turut mendenda Conrad, 60, dan anak saudaranya, David Mojuntin, 44, RM2,000 atau tiga bulan penjara setiap seorang kerana sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Chee Hee Fatt, 45, di tempat sama pada pukul 4 pagi hari yang sama. Mereka membayar denda berkenaan.

Pada 17 Disember, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret membebaskan kedua-dua tertuduh daripada kesemua tuduhan pada Mac tahun lepas. - Bernama

Dia menteri apa dulu?
 
Sponsored Post

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Jadi samseng pulak dah.....
 
roziex

Active Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
1,825
Reaction score
273
Points
41
salah guna kuasa mcm nie la jadinya
 
Sponsored Post
Top
Log in Register