BTC USD 67,037.3 Gold USD 2,331.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Menteri Kesihatan Chua Jui Meng Meninggal Dunia Pada Usia 80 Tahun

Sponsored Post

samy dh mati kan?

Dah mati September 2022

Thread 'Tun Samy Vellu meninggal dunia'

 

Chua Jui Meng banyak tabur bakti kepada negara - Anwar​


04 DEC 2023

2447539.jpg

Anwar zahir ucapan takziah kepada keluarga mendiang Chua Jui Meng yang meninggal dunia petang tadi.


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng yang meninggal dunia petang tadi.

Anwar berkata, mendiang merupakan figura yang telah banyak menabur bakti kepada negara khususnya selaku Menteri Kesihatan paling lama, selama sembilan tahun dari 1995 hingga 2004.

Selain itu beliau berkata, Jui Meng turut memainkan peranan penting sepanjang bersama Keadilan, tatkala mengemudi pimpinan parti itu di Johor.

“Segala jasa dan pengorbanannya pasti dikenang rakyat serta rakan-rakan yang sama turut sama berjuang untuk negara tercinta. Saya doakan urusan keluarganya dipermudah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Jui Meng, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang hari ini pada jam 4.04 petang.

Beliau yang sebelum ini bersama MCA menyertai PKR pada 2009 dan seterusnya dalam tempoh setahun bersama parti itu, beliau dilantik sebagai Naib Presiden parti. – Bernama
dia mcm kembau non
 
Jui Meng juga merupakan antara Menteri Kesihatan yang sangat berkesan kerana menyumbang jasa besar kepada negara terutama dalam bidang itu. - PM

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register