Bekas Mejar ATM didakwa tipu RM190,000

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,005
Reaction score
1,371
Points
151
Bekas Mejar ATM didakwa tipu RM190,000
mejar-atm-e1600139790665.jpg
Mohd. Suhaizal didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menipu RM190,000 bagi kerja senggaraan Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA)
SHAH ALAM – Seorang bekas pegawai tentera berpangkat Mejar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari atas pertuduhan menipu sebanyak RM190,000 bagi kerja senggaraan Pusat Latihan Tempur Tentera Darat ( PULADA ), empat tahun lalu.

Mohd. Suhaizal Mat Sulaiman, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Suhaizal yang merupakan bekas Pegawai Senggara 2 Sivil dan Struktur Angkatan Tentera Malaysia (ATM) didakwa dengan curang menipu dan memperdayakan seorang pengarah syarikat mempercayai surat rujukan PULADA berhubung kerja senggaraan Sivil, Mekanikal dan Elektrikal Fasilitas Infra Latihan dan Infra Mekanikal PULADA dengan nilai kontrak berjumlah RM2.5juta adalah tulen.

Dia kemudian telah mendorong pengarah syarikat itu menyerahkan wang tunai berjumlah RM190,000.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah syarikat di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi pada 22 September 2016.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zander Lim Wai Leong menawarkan jaminan RM15,000 berserta seorang penjamin dan memohon kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

“Tertuduh telah didakwa pada 26 Februari lalu atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mengikut Akta SPRM dan dua pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Fakta dan dokumen saling berkait dengan kesemua saksi tinggal di Johor Bahru dengan mahkamah telah menetapkan 29 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes,” katanya.

Sementara tertuduh yang sepatutnya diwakili seorang peguam namun tidak hadir telah merayu jaminan dikurangkan susulan tiada pendapatan tetap dengan hanya bekerja sebagai pengusaha kantin.

“Selain itu, saya telah diberhentikan khidmat dalam ATM dan perlu menanggung seorang isteri dan empat anak serta hanya menyediakan RM5,000 sahaja wang jaminan hari ini,” jelasnya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM5,000 dan seorang penjamin serta membenarkan permohonan kes dipindah ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru. – K! ONLINE
 
Top
Log in Register