BTC USD 32,636.3 Gold USD 1,784.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Jurulatih Basikal Kebangsaan Daud Ibrahim Maut Dalam Kemalangan

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Bekas Jurulatih Basikal Kebangsaan Daud Ibrahim Maut Dalam Kemalangan

REMBAU, 11 Nov (Bernama) -- Bekas jurulatih basikal kebangsaan yang juga jaguh lumba basikal negara, Daud Ibrahim meninggal dunia apabila kereta yang dipandunya dilanggar dari belakang oleh sebuah treler di Kilometer 232.6, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, awal pagi ini.

Jurucakap polis berkata Daud, 63, yang beralamat Jalan Daud, Muar, Johor meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Beliau berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1 pagi ketika Allahyarham dan juga treler berkenaan yang membawa kontena, sedang dalam perjalanan menghala arah selatan.

Pemandu treler Ja'afar Abu Bakar, 44, berkata kereta di hadapannya secara tiba-tiba keluar dari lorong kecemasan dan terus masuk ke lorong pertama menyebabkan beliau gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang kereta itu, menyebabkan ia remuk.

Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau mengambil masa kira-kira lapan minit untuk mengeluarkan mayat Allahyarham yang tersepit.

Allahyarham yang memenangi pingat emas Sukan Asia dan Sukan SEAP dalam acara berbasikal, pernah diberi penghormatan untuk menyalakan obor Sukan SEA ke-21 di Stadium Nasional pada 2001.

Allahyarham yang membuat penyertaan sulungnya pada Sukan SEAP 1969 di Rangoon, mula menempa nama apabila meraih pingat emas dalam acara 1,600m di Sukan Asia pada 1970.

Setahun kemudian, beliau terus menguasai acara lumba basikal pada Sukan SEAP di Kuala Lumpur dengan meraih lima pingat emas, dan Allahyarham juga pernah mengambil bahagian dalam Sukan Komanwel ketujuh di Christcurch, New Zealand pada 1974 dan Sukan Olimpik 1972 di Munich.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

TITANIUM

Super Active Member
Joined
Feb 25, 2008
Messages
6,365
Reaction score
13
Points
65
satu lagi..kehilangan wira negara....
Al-Fatihah....
 

maibee71

Super Active Member
Joined
Oct 21, 2008
Messages
6,785
Reaction score
17
Points
65
innanillah. aku kenal mamat ni. dia bawak masuk pembantu rumah dari indonesia. maid pertama aku buat dengan dia ni lah. member aku sampai sekarang ni masih lagi amik maid dengan dia. lepas ni tak taulah nak amik maid dengan sapa lagi.
 

rijal2009

Marked as Scammer, (until issue resolved)
Joined
Jul 8, 2009
Messages
9,169
Reaction score
286
Points
81
Kereta dirempuh treler

pix_middle

REMUK...anggota polis memeriksa kereta arwah yang remuk dirempuh treler. Gambar kecil, Daud.

REMBAU: Bekas jaguh lumba basikal negara, [email protected] Ibrahim, terbunuh selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan treler di Kilometer 232.6, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, Dawod, 63, yang juga bekas jurulatih basikal kebangsaan mati di tempat kejadian kerana cedera parah di beberapa bahagian badan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila Proton Saga dipandu mangsa dalam perjalanan pulang ke Muar, Johor, dilanggar dari belakang treler.

Anak ketiga mangsa, Mohd Firdaus, 27, berkata, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika mereka berjumpa tengah hari kelmarin sebelum bapanya ke Kuala Lumpur kerana urusan perniagaan.


“Pada pertemuan Aidilfitri lalu, ayah berpesan supaya menjaga ibu tiri serta adik-beradik lain dengan baik dan tidak mahu ada perbalahan apabila dia tiada nanti.


“Saya menerima berita kejadian yang menimpa ayah jam 3 pagi selepas dimaklumkan polis Muar,” katanya ditemui di Rumah Mayat Hospital Tampin, semalam.

Turut melawat jenazah mangsa pelumba basikal serta sahabat handai termasuk jurulatih lumba basikal negara, Datuk Ng Joo Ngan. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rani Jurah, 22, dan 13 anak serta tiga cucu.

Sementara itu Joo Ngan berkata, sepanjang mengenali Dawod sejak 40 tahun lalu, arwah seorang disegani serta disenangi termasuk di kalangan anak didik dan pemergiannya kehilangan kepada sukan lumba basikal negara.

Allahyarham membuat penyertaan sulungnya pada Sukan SEAP 1969 di Rangoon, mula menempa nama apabila meraih pingat emas dalam acara 1,600 meter di Sukan Asia pada 1970.

Setahun kemudian, Dawod menguasai acara lumba basikal apabila meraih lima pingat emas Sukan SEAP di Kuala Lumpur serta pernah mewakili negara ke Sukan Komanwel Ketujuh di Christcurch, New Zealand pada 1974 dan Sukan Olimpik 1972 di Munich.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa yang memandu seorang diri dan dalam perjalanan menghala ke selatan, terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler yang bergerak dalam arah sama.
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
al fatihah
 

hunTer

Active Member
Joined
Jul 26, 2008
Messages
1,850
Reaction score
135
Points
33
Al Fatihah uuntuk Lagenda lumba basikal Allahyarham Daod..
 

A.K

Fun Poster
Joined
Oct 30, 2010
Messages
256
Reaction score
0
Points
10
Inalillah & Al-Fatihah
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register