BTC USD 96,644.7 Gold USD 2,696.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas ejen didakwa tawar pakej umrah tanpa lesen sah

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,539
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
56,539
Reaction score
6,645
Points
881
Awards
1
Bekas ejen didakwa tawar pakej umrah tanpa lesen sah

A view of the sea
GAMBAR hiasan
Kuala Lumpur: Seorang bekas ejen agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan pakej umrah tanpa lesen sah, dua tahun lalu.

Nur Zaidani Akmal Abd Majid, 40, didakwa menawarkan pakej itu tanpa lesen sah yang dikeluarkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di sebuah bank di Pusat Bandar Utara di Sentul di sini pada 10.11 malam, 10 Disember 2022.

Ibu enam anak itu didakwa mengikut Seksyen 5(2) Akta Industri Pelancongan 1992 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nom Phot Prackdit menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Lejerod Limpuong yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak bekerja dan tiada pendapatan tetap serta mempunyai tanggungan keluarga.

Majistret Illi Marisqa Khalizan membenarkan Nur Zaidani Akmal diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 September depan untuk sebutan semula kes.

Disiarkan pada: August 5, 2024 @ 3:06pm
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register