TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,138
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,138
- Reaction score
- 22,840
- Points
- 1,831
- Awards
- 1

Chef Atul Kochhar (kiri) dan Putera Charles. – AGENSI
LONDON 20 Okt. – Bekas tukang masak peribadi kepada Putera Charles mendedahkan, pihak istana menyediakan seorang ejen perkhidmatan rahsia untuk memantau gerak-gerinya ketika memasak kerana bimbang dia meracuni pewaris monarki Britain itu.
Laman web mirror.co.uk memetik laporan Chef Atul Kochhar, 45, sebagai berkata, seorang ejen ditempatkan di dapur untuk melihat dia memasak dari dekat dan perkara tersebut memberinya tekanan.
“Putera Charles merupakan seorang yang budiman dan tidak pernah merungut tentang hida*ngan yang disajikan. Beliau juga sering mengucapkan terima kasih dan memuji masakan saya.
“Tapi apa yang membuatkan saya tertekan adalah kehadiran seorang ejen yang sentiasa memerhatikan saya setiap masa,” jelas Kochhar ketika menjadi tetamu dalam rancangan C4’s Weekend Kitchen, semalam.
Kata Kochhar lagi, Putera Charles gemarkan makanan yang pedas dan sering memuji kari yang dimasaknya.
Menurut sumber, Kochhar berasa gembira kerana dapat menyediakan masakan yang berkualiti kepada pewaris kerajaan Britain itu, namun dia bersama kakita*ngannya sering mengalami dilema untuk memastikan masakan ber*kenaan tidak memudaratkan kesihatan Putera Charles.
“Makanan yang sudah disediakan perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum Putera Charles boleh menjamahnya,” ujar sumber.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/lua...charles-dipantau-1.15156#sthash.puLcOwpU.dpuf