BTC USD 43,699.0 Gold USD 2,027.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas CEO MBI Kedah didakwa minta, terima rasuah kes lombong REE

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
138,222
Paid Membership
Top Poster #6
Joined
Jun 3, 2013
Messages
138,222
Reaction score
24,461
Points
2,866
Awards
1
1700459942110.png


Bekas CEO MBI Kedah didakwa minta, terima rasuah kes lombong REE

Diterbitkan: Nov 20, 2023 1:45 PM

Dikemaskini: 1:45 PM


https://www.facebook.com/share.php?u=https://www.malaysiakini.com/news/687164
https://wa.me/?text=https://www.malaysiakini.com/news/687164
https://twitter.com/share?url=https://www.malaysiakini.com/news/687164
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI Kedah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Alor Setar hari ini terhadap dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berkaitan usaha sama perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah pada pada Mei lepas.

Muhamad Sobri Osman, 63, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rohatul Akmal Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan wang tunai berjumlah RM4 juta daripada John Abad Pe sebagai dorongan untuk membantu syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd menjalankan usaha sama perlombongan REE di Kedah melalui satu memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat itu dengan MBI Kedah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di Hatyai, Thailand pada 20 Mei lepas.




Bagi pertuduhan itu, pihak pendakwaan memohon untuk mengguna pakai peruntukan di bawah Seksyen 66, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukan mana-mana warganegara dan pemastautin tetap Malaysia yang melakukan kesalahan di bawah akta itu di luar negara boleh didakwa di negara ini.

Bagi pertuduhan kedua pula, Muhamad Sobri didakwa menerima suapan iaitu wang tunai berjumlah RM1 juta daripada John Abad Pe melalui Liyana Mamat@Khalid sebagai dorongan untuk membantu syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd untuk menjalankan usaha sama perlombongan REE di Kedah melalui MoU antara syarikat itu dengan MBI Kedah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di perkarangan tempat letak kereta Wisma Darul Aman, Jalan Tunku Bendahara, di sini pada 29 Mei lepas.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Muhamad Sobri didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda daripada jumlah atau nilai suapan.


Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM100,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin, manakala pihak pembelaan memohon jaminan sebanyak RM60,000 dikenakan bagi kedua-dua pertuduhan berikutan tertuduh tidak lagi bekerja dan perlu menyara isteri dan seorang anak yang masih belajar.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM100,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin selain menetapkan syarat tambahan iaitu pasport perlu diserahkan kepada mahkamah, melapor diri pada minggu pertama setiap bulan ke pejabat SPRM berhampiran dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan 22 Jan depan untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Farah Yasmin Salleh, Natrah Fareha Rahmat dan Muhammad Asnaf Mohamed Tahir, manakala tertuduh diwakili peguam Ibrahim Ismail dan Mohammed Zamri Ibrahim.
- Bernama
 
Sponsored Post

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI Kedah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Alor Setar hari ini terhadap dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berkaitan usaha sama perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah pada pada Mei lepas.

Muhamad Sobri Osman, 63, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rohatul Akmal Abdullah.
 
Bekas Setiausaha MB Kedah Di Dakwa

20.11.2023 - Bekas setiausaha politik kepada Menteri Besar Kedah, Mohamad Hilmi Abdul Wahab, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan berkaitan projek perlombongan unsur nadir bumi (REE) di sekitar negeri itu pada Julai lepas. Mohamad Hilmi, 50, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim Suzana Hussin. Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Hilmi didakwa meminta suapan wang tunai berjumlah RM250,000 daripada Pengarah Syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd, Liana Mamat @ Khalid, 40, melalui Syed Muhammad Syid Aluvi, 34.

Ia sebagai dorongan bagi tertuduh - yang ketika itu menjadi setiausaha politik kepada Muhammad Sanusi Md Nor - membantu syarikat berkenaan mendapat kelulusan permohonan lesen perlombongan dan lesen penjelajahan REE di sekitar Kedah. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Sunway Kiara Hills, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 4 Julai lepas. Dia turut didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM150,000 daripada Liana bagi tujuan sama di sebuah restoran di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 11 Julai lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Suzana kemudian membenarkan Mohamad Hilmi diikat jamin RM45,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan selain tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM Kedah sebulan sekali sehingga kes selesai.

“Tertuduh juga tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai. Tarikh sebutan ditetapkan pada 12 Jan depan,” katanya.

Terdahulu, timbalan pendakwa raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon jaminan antara RM30,000 hingga RM60,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

“Syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM Kedah setiap bulan kerana alamat tertuduh di Kuala Ketil. Tertuduh juga tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai,” katanya.

Peguam Syed Naqiuddin Shahab yang mewakili Mohamad Hilmi memohon jaminan RM20,000 kerana anak guamnya perlu menanggung lima anak yang masih bersekolah, ibu dan bapa mentua serta ibu kepada tertuduh yang uzur.

“Anak guam tidak bekerja dan sudah ditamatkan kontrak (sebagai setiausaha politik Muhammad Sanusi) selepas Pilihan Raya Negeri Kedah sebelum ini. Semua syarat tambahan boleh dituruti dan ia dapat mengurangkan jumlah jaminan bagi kedua-dua kes. Anak guam juga memberi kerjasama sepenuhnya kepada pegawai penyiasat sejak disiasat pada Julai lalu,” katanya.
1700467397879.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register