- Joined
- Mar 1, 2008
- Messages
- 62,520
- Reaction score
- 426
- Points
- 531

Ada daripada kalangan bekas ahli jawatankuasa Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang bersedia tampil secara sukarela untuk memberi keterangan dalam siasatan awam berhubung jutaan ringgit dana badan tersebut.
Siasatan awam tersebut akan diadakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijadualkan awal tahun depan.
Anggota Selcat, Haniza Mohd Talha hari ini berkata, mereka menyatakan kesediaan memberi kerjasama kepada siasatan tersebut selepas dihubungi pihaknya baru-baru ini.
Di samping itu, katanya kepada Malaysiakini, pihaknya juga akan memanggil bekas setiausaha Balkis, Datin Pon Ishak untuk memberikan keterangan.
Isu Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu sejumlah RM9.9 juta, dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas.
Yang dipertuanya Zaharah Kechik, yang juga isteri bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (foto kanan), dilaporkan memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac untuk membubarkannya dan menutup akaun sehari kemudian.
Wang itu kemudiannya dilaporkan disalurkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti), sebuah gabungan badan-badan amal isteri wakil rakyat BN di peringkat negeri-negeri.
Malaysiakini kelmarin melaporkan, siasatan awal Selcat mendapati ada "kes-kes yang memerlukan siasatan lanjut".