Bekas Ahli MPPP saman fitnah YB Jelutong RM10j

CG Sponsors




Sarkozy

Fun Poster
Joined
Oct 28, 2008
Messages
272
Reaction score
0
Points
10
GEORGETOWN: Bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Razali Abdullah, semalam memfailkan saman RM10 juta terhadap Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Ooi Chuan Aun kerana memfitnahnya dengan niat jahat termasuk mendakwanya ekstremis Islam.

Mohd Razali yang juruukur tanah memfailkan saman melalui peguamnya, Abdul Fareed Abdul Gafoor di Mahkamah Tinggi di sini.

Beliau menuntut ganti rugi am RM10 juta, ganti rugi keterlaluan, teladan, kos tindakan dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Selain itu, satu injuksi kekal supaya tidak diulangi penyiaran perbuatan fitnah Ooi dan keperluan penyiaran permohonan maaf dalam akhbar tempatan pilihan Mohd Razali.

Dalam kenyataan tuntutan itu, Ooi didakwa mengeluarkan kata fitnah yang disiarkan dalam akhbar The Star, China Press, Guan Ming Daily, Kwong Wah Yit Poh dan laman web Malaysiakini serta blog Ooi sendiri.

Mohd Razali berkata, satu notis tuntutan bertarikh 12 Ogos 2009 melalui Tetuan VM Mohan, Fareed & Co; meminta Ooi memohon maaf dalam tempoh tujuh hari dari tarikh notis tetapi Ooi enggan, gagal dan atau ingkar untuk berbuat demikian.

Ooi mengeluarkan kenyataan Mohd Razali pelampau agama yang tidak berkemampuan secara profesional menjalankan tugas sebagai ahli majlis walaupun berkelayakan sebagai juruukur tanah.

Mohd Razali berkata, penerbitan artikel itu menjatuhkan maruahnya di sisi umum termasuk rakan dan keluarga kerana ia menjadi isu nasional.

Akibat pengulangan penyiaran fitnah, beliau dan keluarganya mengalami tekanan emosi, tersinggung perasaan, keagamaan, skandal awam, kebencian, cemuhan dan dipandang rendah oleh mereka yang mengenalinya. Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mohd Razali berkata, tujuannya mengambil tindakan undang-undang adalah bagi mempertahankan kredibilitinya sebagai bekas Ahli MPPP.

Sementara itu, Ooi berkata, beliau menerima apa saja tindakan yang diambil Razali terhadapnya dan semuanya akan diuruskan oleh peguamnya.
 
Sponsored Post

9w2mlw

Active Member
Joined
Jan 8, 2009
Messages
1,835
Reaction score
7
Points
25
kalau bukan duit...maruah hilang nak diganti dgn apa?
 

salehxs

Junior Member
Joined
Jan 1, 2009
Messages
66
Reaction score
0
Points
6
itu pasal cakap jagan sebarang cakap...tulis jangan sebarang tulis... kena saman sia2 je...
 

am_a_Golfer

Junior Member
Joined
Oct 28, 2008
Messages
95
Reaction score
1
Points
11
ape2 saje laa diorang nih. tak habis2 politik.
tak cukup gaduh sana sini.. skang gaduh dengan masing2 pulak
 

fareast262

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2007
Messages
4,010
Reaction score
7
Points
25
pergh...
harga saman semakin lama semakin naik...
jd aku rs mungkin lagi 5 tahun akan main skali saman 1 billion...

wei...fareast262 nak saman CG 1billion...sbb CG nih best...:D
 

salehxs

Junior Member
Joined
Jan 1, 2009
Messages
66
Reaction score
0
Points
6
pergh...
harga saman semakin lama semakin naik...
jd aku rs mungkin lagi 5 tahun akan main skali saman 1 billion...

wei...fareast262 nak saman CG 1billion...sbb CG nih best...:D
kalau lagi 5 tahun 1 bilion..maknanya 2020 20 billion kot...jap lagi ada bisnes buat saman plak..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register