BTC USD 58,710.8 Gold USD 2,579.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas ADUN Sg Puyu Stabil, Masih Di Pantau

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,101
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
61,101
Reaction score
6,772
Points
916
Awards
1
03.08.2024 - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Puyu Datuk Seri Phee Boon Poh yang dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung pada Khamis lepas dilaporkan stabil dan kini dipantau di Unit Jagaan Koronari (CCU). Anak perempuan Phee yang juga Adun Sungai Puyu Phee Syn Tze berkata bapanya sedar pada malam tadi selepas menjalani pembedahan dan melepasi tahap kritikal, namun masih memerlukan pemantauan.

“Doktor baru memaklumkan bahawa semua lawatan dilarang untuk mengelakkan jangkitan bakteria selain perlu memastikan kadar degupan jantung kekal stabil. Sebarang lawatan boleh menjejaskan tekanan darah dan kadar degupan jantung. Kami berharap semua pihak dapat memberi kami sedikit ruang dan masa,” katanya dalam kenyataan di George Town hari ini.

Phee berkata bapanya turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesembuhannya. Semalam, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Phee,72, dirawat di hospital kerana serangan jantung. Beliau adalah bekas Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Pulau Pinang dan memegang jawatan Adun selama empat penggal sebelum bersara pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lepas.
1722691550639.png
 
Back
Top
Log in Register