BTC USD 64,924.7 Gold USD 2,326.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekalan air di Hospital Sultanah Bahiyah kritikal

teng2964

Junior Member
Messages
66
Joined
Nov 6, 2010
Messages
66
Reaction score
0
Points
6
ALOR SETAR 5 Nov. - Masalah kekurangan bekalan air sejak empat hari lalu di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semakin kritikal dengan 55 pesakit setakat ini terpaksa dipindahkan ke hospital-hospital berdekatan bagi membolehkan mereka mendapat rawatan terbaik.

Pengarah HSB, Dr. Juita Ghazalie berkata, hospital itu pada masa ini memerlukan sekurang-kurangnya 25 tangki air bersih sehari bagi kelancaran operasi dan perkhidmatan yang ditawarkannya.

Bagaimanapun, katanya, setakat pagi ini, Syarikat Air Darul Aman (SADA) Sdn. Bhd. hanya mampu membekalkan lima tangki air.

''Keadaan menjadi lebih sukar kerana air yang dihantar tidak dapat dipamkan ke tangki simpanan utama untuk disalurkan ke wad-wad dan bilik operasi.

''Kakitangan hospital terpaksa mengangkut air menggunakan timba di bangunan setinggi tujuh tingkat,'' katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom di hospital itu hari ini.

Seluruh Kota Setar, Pokok Sena dan sebahagian kawasan di Pendang ketiadaan bekalan air paip sejak Rabu lalu berikutan pemberhentian operasi Loji Bukit Pinang akibat ditenggelami air.

Pemberhentian operasi Loji Bukit Pinang bukan sahaja disebabkan ia ditenggelami air malah bacaan NTU atau sukatan kekeruhan air sudah terlalu tinggi.

Menurut Juita, pihak hospital amat memerlukan bekalan air bersih untuk pelbagai kegunaan khususnya bagi melakukan ujian tertentu dan menjalankan rawatan hemodialisis.

Selain itu, katanya, Unit Rawatan Rapi turut menghadapi masalah kerana pendingin hawa tidak dapat dihidupkan ekoran ketiadaan air untuk disalurkan ke penyejuk tanpa beku.

''Pendingin hawa yang tidak dapat dihidupkan juga boleh mengakibatkan mayat yang disimpan berbau. Sehingga kini hanya satu daripada empat alat itu berfungsi dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat,'' katanya.

Juita berkata, berikutan kesulitan itu, pihaknya mengambil keputusan menghantar pesakit yang kritikal, bayi baru lahir dan tidak cukup bulan serta yang akan menjalani pembedahan ke hospital-hospital berdekatan.

Hampir seluruh negeri dah tenggelam tapi menghadapi masalah bekalan air...:-?:-?
 
Sponsored Post

Hospital buat ratus juta, peralatan sana sini canggih tapi peralatan backup untuk air dan elektrik pulak macam hampas ishh macam tak logik ja tak pun memang arkitek yang benggong...

huhuhuh...bkan akitek la.....akitek akan buat design mengikut BBL, tp lebih detail tgk pada MNE.....kalau ada sebarang kekurangan baru akitek revised design mengikut kehendak MNE......
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register