Beer Carlsberg untuk pasaran negara islam???

CG Sponsors




alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531


Carlberg keluarkan beer tanpa alcohol untuk pasaran Negara islam.

Carlsberg Brewery Malaysia Bhd yang beroperasi di Shah Alam, Selangor telah bertekad untuk meluaskan pasaran mereka khususnya ke negara Arab di Asia Barat bagi produk Beer tanpa alkohol.

Menurut Pengarah Urusan Carlsberg yang baru, Soren Holm Jensen dalam temubual bersama wartawan The Edge FinancialDaily, beer tanpa alkohol ini akan disasarkan kepada masyarakat Islam disana. Tiada sebarang logo halal akan diletakan pada pelekat botol minuman berkenaan, kerana ianya dikeluarkan dari kilang yang sama yang memproses minuman beralkohol yang lain keluaran syarikat ini.

Perkara ini sekaligus dilihat sebagai strategi untuk mempromosikan jenama Carlsberg di dunia arab dan tidak mustahil pada masa akan datang permintaan terhadap arak Carlsberg akan wujud di sana .

Langkah Kerajaan Malaysia menaikkan cukai minum keras, langsung tidak menjejaskan prestasi jualan syarikat ini yang kini mensasarkan Malaysia sebagai induk bagi pengeluaran produk minum syarikat Carlsberg untuk pasaran seluruh dunia.

Di mata dunia, umat Islam seluruh dunia melihat bahawa negara yang mempengerusikan OIC ini sebagai contoh 'negara Islam' yang berjaya. Hakikatnya Islam di negara ini berjaya menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak yang terbesar di rantau ini.

Seluruh Umat Islam dinegara ini akan berdosa sekiranya negara ini terus menerus menjadi negara pengeluar arak yang merosakkan umat Islam dan umat lain diseluruh dunia.

Di akui bahawa arak adalah kegemaran bagi beberapa golongan di Malaysia ini dan itu adalah hak asasi mereka. Walaubagaimana pun semua agama yang ada di Malaysia menolak arak atau beer sebagai minuman kerana ianya lebih banyak mendatangkan mudarat dari kebaikan.

Jumlah pengeluaran arak di Malaysia sudah melebihi dari jumlah keperluan pasaran dalam negara. Tindakan Carlsberg yang ingin meluaskan pasarannya benar-benar mencabar prinsip Islam Hadhari.


"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya ."






Kalau sudah nama nya arak...semestinya ia haram bagi org Islam.
:mad::(scam
 
Sponsored Post

tokmat™

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Dec 23, 2005
Messages
33,932
Reaction score
274
Points
136
Begitulah...
Kalau dah namanya arak... tetaplah arak juga......!
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
erkk ...macam2 hal lah.. ibarat nya ..kedai yg da biasa jual daging babeeee.. pas tu satu hari jual daging ayam plak:D utk tarik market~X(~X(..
p/s:eeee.. nk pegang botolnya pn gue takut:D
 

WnB

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2007
Messages
8,196
Reaction score
93
Points
80
mmg menggunakan jenama arak walaupun produk halal (cth : nama Anchor beer tp tengok produk air gas..mcm halal laa kan???) adalah satu langkah utk memperkenalkan jenama tersebut kepada masyarakat Islam..

semoga kita tak mudah tertipu... amin
 

taikunx

Active Member
Joined
Dec 21, 2007
Messages
1,395
Reaction score
9
Points
25
tahniah kerajaan Malaysia
1.Pengerusi OIC
2.Kilang arak D Malaysia
3.Islam Hadari
 

akay

Banned
Joined
Jan 30, 2008
Messages
14,865
Reaction score
17
Points
115
tgk la director dia sape

 

akay

Banned
Joined
Jan 30, 2008
Messages
14,865
Reaction score
17
Points
115
perrgh,ade org melayu lagi tu??????????:eek::eek::eek:
kalo ade gambar dia,bole tepek kat sini skali
ade gambar dia maleh aku nak tepek..

dia ni salah sorang lam BOD scomi gak
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
xpelik nehh.. try tgk genting plak.. ade x CEO/org2 besar melayu?
x silap setiap co BHD.. kena ade at least sorang bumi..
p/s: betulkn klu sy salah :)
 

akay

Banned
Joined
Jan 30, 2008
Messages
14,865
Reaction score
17
Points
115
xpelik nehh.. try tgk genting plak.. ade x CEO/org2 besar melayu?
x silap setiap co BHD.. kena ade at least sorang bumi..
p/s: betulkn klu sy salah :)
haah..

tu prosedur utk listing lam BSKL kot x silap
 
Sponsored Post
Top
Log in Register