Beego berpeluk di tandas?

CG Sponsors




ayeen38

Active+ Member
Joined
Jul 5, 2006
Messages
3,322
Reaction score
2
Points
25
KUALA LUMPUR: “Gambar itu diambil sebagai koleksi simpanan satu eksperimen fotografi di sebuah studio milik seorang rakan dan ia adalah milik peribadi,” kata pelakon Beego atau Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 28, berhubung gambarnya berpelukan dengan seorang gadis di dalam lokasi persis tandas mula tersebar meluas di Internet hingga menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat.

Dia yang terkejut dengan penyebaran gambar itu berkata, ketika diambil, terdapat beberapa orang lagi yang menjaga pencahayaan di kiri dan kanan tempat itu.

“Memang ia diambil dalam tandas di studio di Kuala Lumpur baru-baru ini tetapi sebagai koleksi saja dan saya tidak tahu bagaimana boleh tersebar,” katanya.

Menurutnya, wanita bersama dengannya itu adalah seorang model dan mereka bekerjasama menghasilkan gambar berkenaan secara profesional.

“Ramai orang berada di situ semasa penggambaran dilakukan dan ia adalah sesuatu yang amat peribadi bagi saya bukan untuk disiarkan di mana-mana,” katanya.

Melalui gambar yang disebarkan berkenaan, Beego didapati dalam keadaan seolah-olah keasyikan memejam mata sambil didakap dari belakang oleh gadis berkenaan yang memeluk pinggangnya.

Bagaimanapun, pelayar laman web tertanya-tanya berhubung identiti gadis memakai topi dan bercermin mata yang dilihat mesra dengan Beego hingga menimbulkan gosip panas di kalangan peminat.

Bukti menunjukkan gambar berkenaan dirakamkan di dalam tandas dibuktikan melalui kewujudan paip pada tepi dinding dan tangki pam tandas di belakang gadis berkenaan.

Seorang pelayar laman web, Siti Maslinda Zakaria, 25, yang menghubungi Harian Metro menyatakan terkejut menerima kiriman gambar artis kesayangannya itu berikutan Beego masih dalam proses perceraian.

Menurutnya, kiriman e-mail yang diterima dari rakan-rakannya itu dianggap kurang manis.

Pelakon yang terkenal menerusi sitkom Puteri sebelum ini menjadi perhatian umum selepas perceraiannya dengan Intan Shahira Mohd Shahru, 27.

Sehingga kini kes perceraian Beego dan bekas isterinya masih dibicarakan di mahkamah dan belum mendapatkan keputusan hakim selepas kali terakhir dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah pada Julai tahun lalu.
gambo x dapek carik.. sapa ada?? :)):))
 
Last edited:
Sponsored Post

ForexGirl

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
3,022
Reaction score
30
Points
30
pulak dah..
apo kono artis la ni haa?
 

kasmarol

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2008
Messages
9,935
Reaction score
59
Points
80
mane picnyer uhuhuhu x best x nmpak ni!!!
 

SarjanBluess

Active Member
Platinum Member
Joined
Mar 25, 2008
Messages
1,819
Reaction score
0
Points
25
Ramai yang nak tengok...:D
Currently Active Users Viewing This Thread: 13 (9 members and 4 guests)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register