BTC USD 66,937.4 Gold USD 2,665.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beberapa Perjanjian Akan Di Meterai Semasa Lawatan Anwar

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,448
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
62,448
Reaction score
6,918
Points
916
Awards
1
14.08.2024 - Beberapa perjanjian dijangka ditandatangani antara India dan Malaysia semasa lawatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ke New Delhi minggu depan, menurut laporan media India. Perdagangan, pelaburan, teknologi, keselamatan serantau, buruh, pertahanan dan pelancongan dijangka menjadi topik utama perbincangan antara Perdana Menteri India Narendra Modi dan Anwar, menurut laporan itu. Anwar pernah berkunjung ke negara itu pada Januari 2019 untuk menghadiri persidangan di New Delhi dan mengadakan pertemuan dengan Modi ketika itu, tetapi ini merupakan lawatan pertamanya ke India sejak menjadi perdana menteri pada 2022. Media India menekankan hubungan ekonomi dua hala yang kukuh, dengan nilai perdagangan semasa tahun fiskal 2022-23 (April-Mac) sekitar AS$20 bilion.

"India dan Malaysia sedang dalam proses untuk memperkukuh rangka kerja bagi menjalankan perdagangan dalam mata wang negara," lapor akhbar Indian Express.

"Akhbar itu juga melaporkan bahawa kedua-dua pihak sedang "memulakan proses untuk menyemak semula Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (CECA) yang berusia 12 tahun bagi memasukkan domain dan item baharu." Topik utama perbincangan ialah pengambilan pekerja India oleh Malaysia. Antara perjanjian terpenting yang akan ditandatangani adalah memorandum persefahaman mengenai pengambilan, pekerjaan dan penghantaran pulang pekerja," lapor akhbar Hindustan Times.

Terdapat 185,000 ekspatriat India di Malaysia, menurut laporan itu yang memetik data rasmi. Anwar dijadual menyampaikan syarahan bertajuk "Towards a Rising Global South - Leveraging on Malaysia-India Ties" anjuran Majlis Hal Ehwal Dunia India (ICWA), sebuah badan pemikir yang bernaung di bawah Kementerian Luar semasa lawatannya.
1723622163728.png
 
Sponsored Post

Perdana Menteri Di Beri Sambutan Rasmi Sempena Lawatan Sulung Ke India

20.08.2024 - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi oleh kerajaan India sempena lawatan sulung beliau ke republik itu, di sini, hari ini. Perdana Menteri tiba di kediaman rasmi Presiden India di Rashtrapati Bhavan pada jam 9.00 pagi waktu tempatan (11.30 pagi waktu Malaysia) disambut oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi. Lawatan atas undangan Modi ini disifatkan penting dalam memperkukuhkan hubungan baik kedua-dua negara yang terjalin sejak 67 tahun lalu. Datuk Seri Anwar pernah berkunjung ke negara itu pada Januari 2019 untuk menghadiri persidangan di New Delhi dan mengadakan pertemuan dengan Modi ketika itu, tetapi ini merupakan lawatan pertamanya ke India sejak menjadi Perdana Menteri pada 2022. Delegasi Perdana Menteri turut diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Digital Gobind Singh Deo, Menteri Sumber Manusia Steven Sim dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing.

Perdana Menteri tiba di New Delhi malam 9.47 malam tadi (12.17 malam waktu Malaysia) menaiki pesawat khas yang mendarat di Pengkalan Tentera Udara di Palam. Lawatan ini diisi dengan jadual yang padat antara lain mengadakan kunjungan ke Kompleks Memorial Raj Ghat bagi meletakkan kalungan bunga sebagai tanda penghormatan kepada Bapa Negara India, Mahatma Ghandi. Kemudiannya, beliau akan menerima kunjungan hormat dari Menteri Luar India, S Jaishankar sebelum mengadakan pertemuan bersama rakan sejawat, Narendra Modi di Hyderabad House. Pertemuan itu disusuli dengan majlis pertukaran memorandum persefaham (MoU) melibatkan kerjasama perdagangan, digital, dan sumber manusia. Datuk Seri Anwar turut dijadualkan menyampaikan syarahan bertajuk Towards a Rising Global South – Leveraging on Malaysia-India Ties” anjuran Majlis Hal Ehwal Dunia India (ICWA), sebuah badan pemikir yang bernaung di bawah Kementerian Luar semasa lawatannya.

India merupakan rakan dagang ke-12 terbesar Malaysia, dengan nilai perdagangan berjumlah RM77.76 bilion (AS$16.53 bilion).
1724126707254.png
 
Anwar Tiba Di New Delhi Perkukuh Hubungan 67 Tahun Malaysia-India

20.08.2024 - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di ibu negara India di sini pada Isnin, untuk lawatan rasmi tiga hari bagi mengukuhkan hubungan 67 tahun Malaysia-India dan mewujudkan agenda kerjasama pelbagai sektor untuk masa hadapan. Pesawat khas membawa Anwar mendarat di Pangkalan Tentera Udara Palam, di sini pada 9.47 malam (12.17 tengah malam waktu Malaysia). Mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Digital Gobind Singh Deo; dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Steven Sim.

Ketibaan Anwar disambut Menteri Kereta Api India V.Somanna, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B.N.Reddy dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Muzafar Shah Mustafa. Acara sambutan rasmi Perdana Menteri yang akan berada di sini dari 19-21 Ogos pada lawatan pertamanya ke India selepas memegang jawatan pada November 2022, akan berlangsung di pekarangan kediaman rasmi Presiden India Rashtrapati Bhavan di sini, diikuti mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya Narendra Modi pada Selasa. Mesyuarat ini akan membolehkan kedua-dua pemimpin mengkaji semula kerjasama semasa dan meneroka inisiatif bagi mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-India, yang telah dinaikkan kepada Perkongsian Strategik Dipertingkatkan pada 2015.

Kedua pemimpin itu juga akan membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama. Perdana Menteri dalam usaha memajukan lagi kerjasama ekonomi Malaysia-India akan turut menyertai mesyuarat meja bulat dengan beberapa pemimpin industri India. Pada 2023, jumlah dagangan Malaysia dan India mencecah RM76.62 bilion (US$16.53 bilion), dengan Malaysia menikmati lebihan RM15.89 bilion (US$3.43 bilion). India adalah pengimport terbesar minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit Malaysia dengan jumlah import RM11.31 bilion (US$2.44 bilion). Import utama Malaysia dari India termasuk produk petroleum (RM6.62 bilion atau US$1.44 bilion) dan produk pertanian, termasuk daging halal (RM5.79 bilion atau US$1.27 bilion).

Pada 2023, Malaysia merupakan rakan dagangan ketiga terbesar India dalam kalangan Negara Anggota ASEAN. Malaysia dan India mempunyai hubungan sejarah dan sosiobudaya yang rapat. Pada ketika kedua-dua negara memasuki dekad kedua Perkongsian Strategik Dipertingkat tahun depan, lawatan Anwar dijangka membuka jalan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia-India dengan merangka agenda kerjasama pelbagai sektor untuk masa depan.
1724126802067.png
 
Malaysia & India Perkukuh Hubungan, Meterai 8 MOU

20.08.2024 - Malaysia dan India hari ini mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara mereka dengan pemeteraian lapan Memorandum Persefahaman (MOU). MOU itu meliputi pelbagai sektor termasuk pengambilan pekerja, perubatan tradisional, teknologi digital, budaya, pelancongan dan pentadbiran awam. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam lawatan rasmi tiga hari ke India mulai Isnin dan rakan sejawatannya dari India Narendra Modi, bersama-sama menyaksikan pemeterian MOU itu di Hyderabad House di New Delhi. Hyderabad House merupakan bangunan khas yang digunakan oleh Kerajaan India bagi penganjuran majlis-majlis rasmi negara, terutamanya mesyuarat peringkat tinggi dan jamuan yang melibatkan tetamu kenamaan asing.

862f38d29149b5b2da22b7d37123ced0.jpg


MOU pertama adalah berkenaan pengambilan, penggajian, dan penghantaran pulang pekerja, yang menyaksikan saling pertukaran dokumen antara Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong dan Menteri Luar India Dr S.Jaishankar.

MOU kedua pula berkaitan rawatan Ayurveda dan sistem perubatan tradisional lain, yang menyaksikan pertukaran dokumen antara Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Jaishankar, manakala yang ketiga berkaitan kerjasama dalam bidang teknologi digital antara Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Jaishankar.

MOU berhubung kerjasama pelancongan, serta kerjasama dalam bidang kebudayaan, seni dan warisan menyaksikan pertukaran dokumen antara Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan Jaishankar.

MOU mengenai pentadbiran awam dan pembaharuan tadbir urus menyaksikan pertukaran dokumen antara Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Setiausaha Kementerian Luar India (Timur) Jaideep Mazumdar.

dc00ffdd699b805349198fef188b7dab.jpg


MOU kerjasama dalam bidang belia dan sukan sekali lagi menyaksikan pertukaran dokumen antara Mohamad Hasan dan Jaishankar, manakala MOU antara International Financial Services Centres Authority (IFSCA) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) melibatkan pertukaran dokumen antara Pengerusi LFSA Datuk Wan Mohd Fadzmi Che Wan Othman Fadzillah dan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia BN Reddy.

Pada majlis itu Pengerusi Bersama Forum CEO India-Malaysia Tan Sri Kuna Sittampalam menyampaikan Laporan Forum CEO India-Malaysia ke-2 kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Perjanjian ini dijangka mengukuhkan lagi perkongsian strategik antara kedua-dua negara, memupuk kerjasama merentasi pelbagai bidang di samping mewujudkan peluang baharu untuk pertumbuhan dan pembangunan bersama.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/716350
 
Anwar Temui Syarikat India, Pelawa Melabur Di Malaysia

21.08.2024 - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan pertemuan dua hala berasingan dengan tiga syarikat India yang berminat melabur di Malaysia selain menemui kira-kira 40 pemain serta peneraju pelbagai perindustrian dalam perjumpaan meja bulat di New Delhi hari ini. Perdana Menteri disertai Menteri Sumber Manusia, Steven Sim; Menteri Digital, Gobind Singh serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pertemuan dua hala dengan Emami Agrotech Limited, HCL Tech dan Tata Consultancy Services (TCS).

TCS diwakili oleh Presiden Perniagaan dan Akaun Strategik India-Pertumbuhan Pasaran, Ujjwal Mathur; Ketua Hal Ehwal Korporat Global, Mejar (Bersara) Ranjeet Goswami serta Ketua Negara dan Ahli Lembaga TCS Malaysia. Emami Agrotech Limited diwakili Pengarah Eksekutif, Manish Goenka; Pengarah, Vibhash Agarwal serta Ketua Perdagangan dan Penyumberan, Mayur Toshniwal. HCL Tech diwakili Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Global (CEO), C Vijayakumar; Presiden merangkap CEO Pertumbuhan Pasaran (Asia Barat dan APAC); Naib Presiden kanan merangkap Pengarah Urusan (ASEAN), Sandeep Sarkar serta Ketua Negara (Malaysia), Arun Rajendran.

TCL bernaung di bawah kumpulan Tata, sebuah konglomerat India yang terkemuka dan bersejarah, terbabit dalam pelbagai industri termasuk keluli, automotif, teknologi maklumat (IT), produk pengguna dan telekomunikasi. Emami Agro Tech ialah pemain utama dalam sektor minyak makan dan produk makanan India manakala HCL Technologies ialah syarikat perkhidmatan dan perundingan IT yang diiktiraf pada peringkat global, yang beribu pejabat di India. Terdahulu, Anwar bertemu dengan Ketua Pembangkan di Parlimen India, Rahul Ghandi, dalam, perjumpaan yang tidak dijadualkan dalam acara rasmi.

Selepas perjumpaan dengan pemain dan peneraju pelbagai perindustrian dalam perjumpaan meja bulat, Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan Presiden parti pemerintah India, BJP, JP Nadda, disusuli wawancara media eksklusif dengan India Today. Kemudian, Anwar akan berhubung dengan pemimpin agama Islam sebelum mengakhiri lawatannya dengan sidang media untuk media Malaysia. Perdana Menteri mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke India dengan mengadakan pertemuan bersama ulama Islam di New Delhi. Lawatan rasmi Anwar, daripada 19 hingga 21 Ogos, padat dengan pelbagai acara yang menjurus kepada usaha meningkatkan hubungan dua hala India-Malaysia daripada Perkongsian Strategik yang Dipertingkatkan kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.
1724225326940.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register