BTC USD 54,357.1 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beberapa jalan ditutup sempena KL World Marching Band esok

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar ibu negara akan ditutup esok dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam untuk memberi laluan kepada pertandingan Kuala Lumpur (KL) World Marching Band 2009.

Jalan-jalan yang terbabit ialah:

*Jalan Bukit Bintang bermula susur Jalan Raja Chulan/Jalan Bukit Bintang hingga Jalan Bukit Bintang/Jalan Sultan Ismail;

*Jalan Bukit Bintang/Jalan Sultan Ismail sehingga Jalan Sultan Ismail/Jalan Raja Chulan;

*Persimpangan Jalan Imbi/Jalan Sultan Ismail (jalan sebelah kanan) sehingga Jalan Sultan Ismail/Jalan Bukit Bintang.

Menurut kenyataan Polis Trafik KL hari ini, kerjasama orang ramai diperlukan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.

Pertandingan pancaragam itu diadakan buat tahun ketiga dan menarik penyertaan pasukan dari empat benua.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register