BTC USD 27,885.2 Gold USD 1,981.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bebas seminggu sebelum Deepavali

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,138
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,138
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
RASAH 14 Okt. - Perayaan Deepavali tahun ini memberi erti yang sangat besar bagi seorang pemuda, M. Koodiswaran, 24, apabila dia dibebaskan daripada tuduhan membunuh sepasang suami isteri di Port Dickson dalam satu kejadian dua tahun lalu.

Mahkamah Tinggi Seremban di sini hari ini membuat keputusan membebaskan dan melepaskan Koodiswaran tanpa dipanggil membela diri atas dua pertuduhan membunuh.

Hakim Datuk Zabariah Mohd. Yusof mencapai keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Koodiswaran yang tidak mempunyai pekerjaan.

Dalam penghakiman lisannya, beliau berkata, pihak pendakwaan telah diberi peluang untuk mengesan saksi-saksi kes tersebut sebelum perbicaraan berjalan namun tiada percubaan serius telah dibuat.

"Pihak pendakwaan diberi notis sebelum 9 Oktober lalu bahawa mahkamah tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana penangguhan.

"Dengan ini, tertuduh telah dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri atas dua pertuduhan membunuh yang dihadapinya," katanya.

Bagi pertuduhan pertama, Koodiswaran didakwa membunuh seorang wanita, Yee Ah Kiw, 61, di rumah No. 2, Ladang Sungai Salak Siliau, Lukut dekat Port Dickson antara pukul 8 pagi hingga 10.30 pagi, 5 Mac 2012.

Tertuduh yang diwakili peguam, M. Haresh dan Ramzani Idris juga didakwa melakukan perbuatan sama ke atas suami Ah Kiw, Koh Poi Lim, 64, pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.

Kedua-dua pertuduhan itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Selatan/20141015/ws_04/Bebas-seminggu-sebelum-Deepavali#ixzz3GA53zRSg
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Top
Log in Register