akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 58,763
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 58,763
- Reaction score
- 6,833
- Points
- 881
- Awards
- 1
Beban ekonomi 4 penyakit RM64.2 bilion, kata menteri
Menteri kesihatan berkata ia meliputi kos penjagaan kesihatan langsung bagi empat penyakit tidak berjangkit sebanyak RM12.4 bilion dan kos tidak langsung RM51.8 bilion.
Faiz Zainudin14 Nov 2024, 05:54 PM
Free Malaysia Today
Anggaran itu merangkumi kos penjagaan kesihatan langsung bagi empat penyakit tidak berjangkit dan kos tidak langsung akibat penurunan produktiviti serta kematian pramatang. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Laporan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) di Malaysia mendapati penyakit kardiovaskular, respiratori kronik, diabetes dan kanser akan menyebabkan negara terpaksa menanggung beban ekonomi dianggarkan berjumlah RM64.2 bilion.
Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, berkata laporan itu dihasilkan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan United Nations Interagency Task Force on NCDs.
Katanya, anggaran beban ekonomi itu merangkumi kos penjagaan kesihatan langsung bagi empat NCD sebanyak RM12.4 bilion dan kos tidak langsung akibat penurunan produktiviti serta kematian pramatang berjumlah RM51.8 bilion.
Katanya, laporan itu juga menggariskan empat intervensi utama yang memberi pulangan pelaburan (ROI) tertinggi dalam tempoh 15 tahun, dengan setiap RM1 dilaburkan dijangka memberikan pulangan RM60.06 untuk program pengurangan garam, RM6.64 (aktiviti fizikal) dan RM5.93 (kawalan tembakau).
“Pokoknya, kalau kerajaan berbelanja membuat tumpuan dengan apa pun yang terkait dengan garam, sama ada pengurangan garam, setiap RM1 yang kita belanjakan kita akan berakhir dengan seolah-olah mendapat RM60 pulangan.
“Bermaksud, sama ada seseorang itu dapat mengelakkan serangan jantung, angin ahmar atau mengelakkan dia bila ada ‘hypertension’ dia tak pergi kerja.
“Semua itu bila diukur dari sudut wang ringgit, ia akan memberikan pulangan setiap RM1 yang dimasukkan dalam tabung itu, kita dapat RM60 semula,” katanya selepas melancarkan laporan itu serta taklimat penguatkuasaan Akta 852 dan Inisiatif Kesihatan Paru-paru Kebangsaan 2025-2030 kepada Ahli Parlimen.
Dzulkefly berkata, kerajaan juga sedia mengkaji semula undang-undang berkaitan kawalan rokok elektronik (vape), jika ada penemuan baharu berhubung kesan penggunaannya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram