BTC USD 57,010.0 Gold USD 1,787.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Bazar Ramadan 2021 mungkin akan dibenarkan - Zuraida

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906
Batal bazar Ramadan: Kelantan beri saguhati kepada peniaga terjejas

View attachment 360962

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta sebagai saguhati kepada 2,500 peniaga yang terkesan akibat pembatalan bazar Ramadan di negeri ini.

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, seramai 2,500 peniaga yang berdaftar di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri akan menerima manfaat tersebut dalam waktu terdekat.

“Kita cukup memahami bahawa setiap kali musim Ramadan, bazar Ramadan merupakan punca kepada peniaga kecil. Kita sudah menjangkakan kerugian akan dialami mereka kerana tidak meneruskan bazar ini.

"Kita cukup faham, ada sesetengah peniaga sudah beli barang. Oleh itu, saguhati ini diberikan atas kesusahan mereka. Kita berharap dengan sedikit pemberian ini dapat meringankan beban mereka,” katanya kepada pemberita di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Selasa.

Izani berkata, pembatalan bazar Ramadan tersebut dilakukan secara drastik kerana keadaan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 yang tidak stabil di negeri ini serta kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Jelasnya, kerajaan juga bimbang sekiranya jumlah kes Covid-19 berterusan yang berkemungkinan besar akan menyebabkan Kelantan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Keputusan untuk melaksanakan PKP atau PKP Bersyarat (PKPB) adalah daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jabatan Kesihatan Negeri akan memberikan laporan kepada MKN.

“Jika keadaan semakin tidak terkawal, kapasiti hospital tidak cukup dan sebagainya, dari situlah keputusan untuk melaksanakan PKP akan diputuskan oleh MKN, dan bukan kerajaan negeri.

“Cuma satu sahaja saya minta, kerjasama seluruh rakyat untuk terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP). Ini kerana jika kes meningkat, kita berada dalam PKP, rakyat akan susah. Kerajaan juga akan susah dan ekonomi akan kembali merudum.

“Walaupun kita hanya membatalkan bazar Ramadan, namun peniaga lain juga mestilah mematuhi peraturan ditetapkan. Semua pihak kena patuh," katanya.

alhamdulillah baguslah
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
13,941
Reaction score
2,223
Points
201
Buka je kat hotel
Isinar da dpt kan hehe
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
26,105
Reaction score
1,981
Points
206
Sudah tentu ramai teruja dan tidak sabar untuk mengunjungi bazar Ramadan yang telah dibenarkan beroperasi semula pada tahun ini. Siapa sahaja tidak merindui juadah yang dijual di Bazar Ramadan seperti ayam percik, roti john, murtabak, popia basah dan banyak lagi.

Pada 16 Mac lalu, kerajaan telah bersetuju membenarkan pengoperasian bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri untuk tahun 2021 berikutan penurunan kes jangkitan COVID-19. Walaubagaimanapun, orang ramai mestilah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN dan KKM.

Bazar Ramadan dibenarkan beroperasi bermula 3 petang hingga 8 malam sahaja. Manakala bazar Aidilfitri bermula 10 pagi hingga 12 tengah malam. Peniaga bazar Ramadan juga mestilah mematuhi penjarakan sosial yang ditetapkan iaitu 1 meter antara kanopi peniaga lain.


Jom lihat beberapa senarai lokasi bazar ramadan yang ada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor.

Petaling​

Tapak Pasar pagi Taman Medan PJS 2D
Kg. Lindungan PJS 6/3
SS8, Sg. Way
Seksyen 17/1A
Seksyen 14/27 (Pasar Sekyen 14)
Seksyen 51A, Kg Baiduri
Seksyen 8, Sg. Jernih
Seksyen 3, Jalan Sentosa 3/57
Jalan Teknologi 3/1 Kota Damansara
Apartment Meranti, Bandar Sri Damansara
Prima Damansara
bazaar-1-1024x538.jpg
Foto: Malaymail


Shah Alam​

Jalan Muara 8/9 (Hadapan Al-HishaTapak Pasar Malam, Jalan Utarid U5/18a, Mah Sing Seksyen U5
Tapak Pasar Malam, Jalan Bukit Raja 27/8 Seksyen 27 Tempat Letak Kereta, Jalan N Us/N (Bersebelahan Restoran Al-Ali) Seksyen 8
Jalan Anggerik Aranda D 31/0 (Tapak Tps) Seksyen 31Tempat Letak Kereta Jalan Pulau Lumut Pu10/P Seksyen 10
Tempat Letak Kereta Hadapan Giant Tempat Letak Kereta Jalan 1 B/2, Bdr. Baru Sg. Buloh, Fasa 2 (Hadapan Pej. Luncai Emas) Seksyen 20
Jalan Kemuning Utama Prima E33/E Seksyen 33 Tempat Letak Kereta, Jalan Nautika A U20/A (Hadapan Inn Hill View Hotel) Seksyen 20
Tempat Letak Kereta, Jalan Tun Teja B 35/B Seksyen 35Jalan Matahari U5/117 Seksyen U5
Tapak Pasar Malam, Jalan Saujana Indah, Ttdi Jaya (Restoran Sidah) Seksyen U2Tapak Pasar Malam Subang 2, Jalan U5/18a, Subang 2 Seksyen U5
bazar5.jpg
Foto: Malaymail


Subang, Puchong, Kinrara, Seri Kembangan​

SubangUSJ 4, Subang Jaya (Jalan USJ 4/5)
USJ 7, Subang Jaya (berhadapan gerai majlis USJ 7)
Pinggiran USJ (Jalan Pinggiran USJ 1/1)
Putra Heights (tepi Jalan Petaling berhampiran Pangsapuri Seri Mutiara)
PuchongDataran Niaga Puchong Permai
Bandar kinrara 5 (Jalan BK 5A/1)
KinraraBandar kinrara 5 (Jalan BK 5A/1)
Seri Kembangan Taman Seri Serdang (Jalan 18/35)
Taman Equine (Jalan PP 1B)

Klang​

Taman Meru Indah (Hadapan Speedmart)Lorong Haji Umar, Pulau Indah (Kecuali hari Ahad)
Jalan Paip, Pekan Meru (Kecual hari Ahad)Jalan Petola, Kg Raja Uda (Kecuali hari Khamis)
Jalan Raja Mokhtar (Kecuall hari Jumaat)Flat Samudera
Taman Sg Kapar Indah (Kecual hari Sabtu)Bandar Armada Putra, Pulau Indah (Kecuali hari Selasa)
Taman Cempakasari (Kecuali hari Rabu)Jalan 66, Pandamaran Jaya (Kecuali hari Khamis)
Jalan Rantau PanjangJalan 9, Pandamaran Jaya
Lorong Musran, Rantau Panjang (Kecual hari Jumaat)Taman Pandamar Indah Bukit Tinggi, Flat Buklt Tinggi, Jalan Batu Nilam 34
Jalan Kuda 1, Bukit KudaJalan Gudang Nenas (Kecuall hari Sabtu)
Jalan Keretapi Lama, Batu 4 Jalan Kapar (Kecual hari Isnin)Bandar Baru Klang, Jalan Tlara (Hadapan Flat Mawar)
(Kecuali hari Jumaat & Ahad)Taman Sri Pekan (Kecuali hari Jumaat)
Bandar Putera 2, Johan SetlaKg Tok Muda
Bandar Puteri, Johan SetiaJalan Keretapl Lama, Kg Sementa
Taman Setia, Johan SetiaJalan Penghulu Abu Balcar / Jalan
Flat Sri Bayu (Kecual hari Sabtu)Persiaran Hamzah Alang
Simpang Empat, Sg UdangDewan Bukit Kapar
Jalan 5ri Sarawak (Kacuall hari Selasa)Taman Dato Bandar (Kecuali hari Isnin)
Kg. Delek (Kacuall hari Jumaat)Pangsapuri Meru Ehsan,

Hulu Selangor​

Tapak Penjaja JRD, Liga Mas Batang KaliAntara Gapi, Serendah
Tapak Pasar Pagi Taman Seri, Batang KaliJalan Samudera 1, Hulu Bernam
Taman Cempaka, SerendahJalan Kantan, Bukit Beruntung
Sebelah Meda Selera, Sungai BuayaJalan Seroja, Bukit Sentosa’
Tapak Pasar Malam, Bukit SentosaJalan Telipot, Bukit Sentosa

Gombak/Selayang​

-Tapak Parkir Pasar Selayang
Kompleks Mutiara, Batu 31/2 Jalan Ipoh
Taman Wilayah Selayang Fasa 3
Bazar Ramadan Selangor PPR Batu Muda
Sentul Pasar
Rumah Pangsa PKNS, Jalan Kuching
Hadapan Flat Taman Aman Putra Jinjang Utara
Pasar Ramadan Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh
Kuala Selangor

Parkir Awam MDKSHadapan Balai Raya, Saujana Utama
Hadapan IADA, Kuala Selangor Hadapan Medan MDKS, Tanjong KarangJalan Sejati 1, Kampung Ijok, Ijok
Tapak Pasar Awam Lama, Sungai BulohJalan DC 4/1, Desa Coalfields
Tapak Pasar Pagi, Batang BerjuntaiHadapan Pasaraya Tesco,Kuala Selangor
Hadapan Restoren Mumu FZ, Puncak AlamHadapan Pasaraya Sakan, Tanjong Karang
Hadapan Pasar Awam Sungai BulohFasa 2, Naluri Sukma, Puncak Alam
Dewan Bandar Baru, Kuala Selangor
SOURCE: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA, MAJLIS PERBANDARAN KLANG MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM MAJLIS BANDARAYA KUALA SELANGOR
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906

BERNAMA

· 1m ·

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Di kala keterujaan peniaga memulakan jualan bazar Ramadan di Wangsa Maju, nasib tidak memihak kepada salah sebuah gerai di situ apabila angin kencang serta hujan lebat menyebabkan khemah mereka runtuh dan makanan jualan bertaburan di atas jalan.
Semoga peniaga terus kuat dalam mendepani dugaan yang tiba.



 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,460
Reaction score
1,136
Points
156
Nak tanya CMM dapat sotong bakar tak hari ni? 😝
 

thehornbill

Junior Member
Joined
Dec 31, 2020
Messages
70
Reaction score
4
Points
11
Orang kelantan patut sedar dan berani berubah. Cukup cukup la undi parti lobai tu. Rakyat nak meniaga pun tak bagi. Guna alasan covid la pulak. Negeri lain elok je meniaga. Lobai lobai ni besar kepala.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register