BTC USD 49,084.2 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Bazar Ramadan 2021 mungkin akan dibenarkan - Zuraida

biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
4,663
Reaction score
1,403
Points
111
itu lerr... kelate ada 3 spital jaa yg ada ICU... Hrpz h.krai ngan h.tanah merah....yg sentiasa covid ready hrpz ngan h.krai... htm on..off... skrg kes tgh naik... h.tanah merah.. on balik icu covid..
Betul tu. H. Krai pun berapa katil je icu tu. Yang full force cuma hrpz.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
296,279
Reaction score
12,603
Points
2,376
hahaha sama la kita tn jaih, saya pun tak berapa percaya sangat dengan ore kelate jaga sop. terabur kebanyakannya hihi..

sori ore kelate, sori :D

Alek Trg pn ade jugok peseng gitu
Babil
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
296,279
Reaction score
12,603
Points
2,376

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
296,279
Reaction score
12,603
Points
2,376
aah ye bukan semua tapi gitu la :D
maroh demo tu ke saya nanti kata ggini 😅

Mende gini mmg tgk individu jugop
Tp bila majoriti buat peel udoh dlm komuniti
Orang lain pun akan terkesan skali
Contohnya mcm kes bazar ni la
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
23,470
Reaction score
2,357
Points
201
serba salah jugop exco.. kes tgh naik... nak teruskan ngan SOP ketat.. kompom rakyat langgar. ... kawe x caya sikit abuk ko org kelate bab pematuhan SOP hahaha.... degil lain macam..

darah pattani boh. meme degil lain mace.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906
Ribuan ringgit sudah dibelanjakan sebagai modal bagi persiapan berniaga, namun hangus begitu sahaja ekoran pembatalan berkenaan. -BeritaMkini

1618218831128.png


Peniaga terkesan bazar Ramadan di Kelantan dibatal mendadak​



Diterbitkan 12 Apr 2021, 5:06 pm

Dikemaskini 5:11 pm

A+A-
Golongan peniaga yang sepatutnya memulakan perniagaan di bazar Ramadan di Kelantan esok mengakui terkesan dan kesal dengan pengumuman kerajaan negeri membatalkan operasi Bazar Ramadan.
Ini selepas kerajaan Kelantan semalam menjelaskan pembatalan bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri pada tahun ini dibuat berikutan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.
Tinjauan Malaysiakini dalam kalangan peniaga bazar Ramadan di Kelantan mendapati ribuan ringgit sudah dibelanjakan mereka sebagai modal berniaga, namun hangus begitu sahaja ekoran pembatalan berkenaan.
Seorang peniaga murtabak dan kuih muih, Aminuddin Zaki, 47, berkata dia berasa sedih dan kecewa dengan pengumuman kerajaan negeri selepas mengeluarkan modal berniaga kira-kira RM1,000.


62e53159262b1158434a8218fceb24c8.jpg



"Mula-mula dapat tahu pasal pembatalan operasi ni, perasaan saya bercampur-baur. Rasa sedih dan kecewa sebab dah keluarkan modal untuk niaga.
“Sebab saya hanya pandai kerja berniaga murtabak sahaja. Pendapatan lain tak ada. Modal niaga saya dah habis dalam RM1,000.
“Yang bernasib baik, orang yang ada kedai dapat berniaga, tapi kami, nak berniaga dekat mana?" katanya yang memperoleh pendapatan bersih sekitar RM200 sehari sekiranya berniaga di bazar Ramadan.
Tambah Aminuddin lagi, ada di kalangan rakannya yang sanggup menggadai barang perhiasan untuk menyediakan modal tambahan bagi berniaga di Bazar Ramadan.
Sementara itu, seorang peniaga kuih onde-onde, Nisah Hassan, 57, pula amat terkejut dengan pengumuman kerajaan negeri semalam kerana dilakukan secara tiba-tiba.
Bagaimanapun, Nisah berkata dia sudah menjangkakan perkara sebegini akan berlaku.

df5ba7a7175315dada1a792be70e0bdf.jpg


“Memang saya was-was boleh berniaga pada mulanya. Persiapan dilakukan separuh daripada biasa. Tetapi, saya tidak menjangkakan yang keputusan pembatalan ini dilakukan secara drastik sebegini.
“Saya rasa sedih sebab pengumuman mendadak ni menyusahkan orang ramai. Segala modal barang, tapak berniaga, suntikan tifoid dan kad kesihatan sudah dibuat. Semua tu menelan kos hampir RM 2,000," jelasnya.
Menurut Nisah, dia merupakan golongan susah dan rumah yang diduduki juga menerima bantuan subsidi daripada kerajaan.
“Kalau boleh, saya naklah duit saya balik dan bantuan daripada kerajaan kerana ekonomi kami jatuh merudum disebabkan modal niaga hangus," katanya ketika ditemui Malaysiakini.
Menurut seorang peniaga masakan panas, Kamariah Zakaria, 59, modal bagi persiapan berniaga di bazar Ramadan berbeza dengan berniaga seharian.

98cf8d318db693a58d78894dedebac45.jpg


“Modal dan stok barangan bazar Ramadan harus disediakan terus selama satu minggu sebab kita keletihan untuk sediakan stok barang niaga sehari-hari.
“Jadi, modal tu dah banyak keluar, saya habis dalam RM7000. Saya cuba untuk cari alternatif lain untuk terus berniaga dalam bulan Ramadan ini.
“Harapan saya, agar kerajaan sediakan bantuan khas untuk peniaga yang terjejas kerana diberhentikan berniaga secara drastik macam ni,” katanya.

Semalam kerajaan Kelantan memutuskan untuk membatalkan kebenaran operasi bazar Ramadan dan bazar Aildilfitri tahun ini sebagai langkah menangani peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Kelantan, Dr Izani Husin berkata, keputusan itu dibuat untuk membendung penularan Covid-19 di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.


 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,210
Reaction score
2,785
Points
206
Batal bazar Ramadan: Kelantan beri saguhati kepada peniaga terjejas

1032217.jpg


KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta sebagai saguhati kepada 2,500 peniaga yang terkesan akibat pembatalan bazar Ramadan di negeri ini.

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, seramai 2,500 peniaga yang berdaftar di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri akan menerima manfaat tersebut dalam waktu terdekat.

“Kita cukup memahami bahawa setiap kali musim Ramadan, bazar Ramadan merupakan punca kepada peniaga kecil. Kita sudah menjangkakan kerugian akan dialami mereka kerana tidak meneruskan bazar ini.

"Kita cukup faham, ada sesetengah peniaga sudah beli barang. Oleh itu, saguhati ini diberikan atas kesusahan mereka. Kita berharap dengan sedikit pemberian ini dapat meringankan beban mereka,” katanya kepada pemberita di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Selasa.

Izani berkata, pembatalan bazar Ramadan tersebut dilakukan secara drastik kerana keadaan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 yang tidak stabil di negeri ini serta kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Jelasnya, kerajaan juga bimbang sekiranya jumlah kes Covid-19 berterusan yang berkemungkinan besar akan menyebabkan Kelantan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Keputusan untuk melaksanakan PKP atau PKP Bersyarat (PKPB) adalah daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jabatan Kesihatan Negeri akan memberikan laporan kepada MKN.

“Jika keadaan semakin tidak terkawal, kapasiti hospital tidak cukup dan sebagainya, dari situlah keputusan untuk melaksanakan PKP akan diputuskan oleh MKN, dan bukan kerajaan negeri.

“Cuma satu sahaja saya minta, kerjasama seluruh rakyat untuk terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP). Ini kerana jika kes meningkat, kita berada dalam PKP, rakyat akan susah. Kerajaan juga akan susah dan ekonomi akan kembali merudum.

“Walaupun kita hanya membatalkan bazar Ramadan, namun peniaga lain juga mestilah mematuhi peraturan ditetapkan. Semua pihak kena patuh," katanya.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register